Saturday, July 11, 2009

PERSOALAN....

Maksud Ayat ومن لم يحكم بما انزل الله Soalan:
(a) Adakah boleh digunakan sebagai dalil keterangannya (ومن لم يحكم بما انزل الله فأولئك هم الكافرون، الفاسقون، الظالمون. ( Dan bolehkah ditujukan kepada kerajaan yang ada pada hari ini?

(b) Sekiranya di tempat saya pada tahun 1959 (hari pilihanraya) ada 2 calon bertanding satu Parti Islam (PAS) dan lainnya Parti Perikatan dan dan saya undi Perikatan adakah saya termasuk sebagai orang ingkar, murtad kerana melawan Parti PAS bagaimana hukumnya?

(c) Seseorang Islam yang tidak masuk parti Islam maka orang itu dikatakan tidak sempurna Islamnya @ ingkar seterusnya kafir dan murtad adakah benar?

(d) Adakah benar Parti itu aqidah dan bagaimanakah hukum seseorang Islam mengatakan Parti itu aqidah, harap diberi jawapan.

Jawapan:
(a) Saya tidak boleh menentukan @ menunjukan kepada satu-satu kerajaan @ satu-satu orang Yahudi @ kafir kerana demikian berlawanan dengan kaedah fatwa, hanya boleh saya katakan barang siapa meninggalkan hukum-hukum Allah yang ada di dalam Quran dan Hadith mutawatir @ ijmak Ummah Islamiah @ yang maklum من الدين بالضرورة maka jika ia meninggalkannya dengan tiada percaya @ melawan @ benci kepada hukum itu @ ingkarkan dia maka telah menetapkan oleh ulama’ bahawa ia kafir.

(b) Ada banyak parti-parti yang telah menggunakan nama Islam tetapi namanya sahaja walhal dalam dasarnya dan cara-caranya jauh bahkan selalu bertentangan dengan hukum-hukum Islam tetapi jika lihat kepada dasar perjalanannya menurut hukum-hukum Islam dengan betul boleh diberi fatwa dan orang-orang Islam telah maklum padanya barangsiapa melawan agama Islam maka ia orang kafir @ fasik begitu juga jika mereka melawan orang-orang Islam yang diberi atas jalan yang benar dan lurus.

(c) Itu sebenarnya jika ada parti yang diberi dan berjuang supaya jadilah kalimah الله هي العليا.

(d) Parti itu bukan aqidah tetapi satu Jamaah(kumpulan) yang mempunyai satu cita-cita dan tujuan, cita-cita itu boleh benar, manakala berjalan di atas dasar Islam dan boleh salah kalau menyalahinya. Kita boleh tahu setelah menyaksikan bagaimana dia mencubakan aturannya dan amalannya.

Negara asal : Malaysia
Negeri : Johor
Badan yang mengisu fatwa : Mufti Kerajaan Johor
Penulis/Ulama : Dato’ Said Alwe Tahir Al- Hadad

Tarikh Diisu : 1936-1961

No comments: