Sunday, December 6, 2009

Kita akan kalah jika terus mengalah

Ramai orang bertanya, kenapa Lee Kuan Yew berjaya dengan sistem satu aliran pendidikan di Singapura dengan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Lee Kuan Yew dipuji melambung kerana dikatakan sanggup korbankan bahasa ibunda demi kepentingan negara. Betulkah? Jawapan saya, Lee Kuan Yew tidak ada pilihan.


Justeru, beliau terpaksa bertindak tegas. Jika ada pilihan, saya yakin beliau tidak akan bertindak sedemikian. Ingat! bahasa Mandarin masih dijadikan subjek penting di sana berbanding bahasa Melayu, dengan alasan mereka adalah majoriti.

Sejarah Singapura perlu difahami kenapa Lee Kuan Yew memilih bahasa Inggeris? Jika Singapura bukan berasal daripada sistem kenegaraan Melayu, saya yakin Lee Kuan Yew tidak akan memilih bahasa Inggeris. Lee Kuan Yew sudah lama dapat membaca pemikiran psikologi orang Melayu. Kebolehan beliau menulis dan membaca jawi sudah dapat mencairkan orang Melayu. Jika bahasa Cina digunakan, sudah tentu ia akan ditentang oleh orang Melayu ketika itu.



Singapura tidak boleh dipisahkan dengan Melayu. Sehingga ke hari inipun saya masih mengatakan Singapura adalah sebuah negara Melayu di Kepulauan Melayu. Kecuali Singapura itu berada di gugusan kepulauan seperti Taiwan, baru saya mengikhtiraf negara itu sebagai negara bangsanya. Lee Kuan Yew hanya mengorbankan bahasa mandarin buat sementara waktu. Janganlah kita buat andaian bahawa Singapura maju kerana menggunakan bahasa Inggeris. Sifat ultra kiasu amat berkait rapat.



Kita pula janganlah terlalu hairan kenapa Singapura boleh keluar sebagai negara maju dalam jangka masa cepat? Jika ditakdirkan Singapura sebesar Malaysia atau Indonesia, saya yakin ia tidak ke mana juga. Singapura bernasib baik sebab faktor lokasi dan saiz banyak membantunya untuk keluar menjadi negara maju. Jangan terlalu kagum dengan kepemimpinan mereka, sehingga kita lupa apa yang telah dilakukan terhadap negara kita sebelum ini. Masih ingatkah sejarah dan titik hitam pemisahan Singapura-Malaysia? Adakah kemasukan Singapura ke dalam Malaysia benar-benar ikhlas? Bacalah sejarah. Apa yang penting hari ini ialah bagaimana untuk menangani sikap ultra kiasu mereka yang amat bahaya kepada politik negara kita. Ingat, pengikut-pengikut ultra kiasu Singapura ini masih ramai berada di negara kita, dengan sebab itu mereka tidak habis-habis menuntut dan mendesak. Apakah kita masih tidak sedar? Ringkasnya, mereka tidak bersendirian.



Lihatlah berapa banyak tanah-tanah strategik yang telah tergadai? Begitu juga dengan rumah-rumah mewah yang telah dibeli? Jangan lupa perjanjian air dan kawasan tadahan air yang dijaga oleh tentera Singapura walaupun berada di Johor. Lee Kuan Yew teramat jarang melawat Malaysia selepas pemisahan, kenapa beliau sanggup ke negara kita baru-baru ini terutama ke Pulau Pinang? Sedarkah kita apa yang dibincangkan secara tersurat dan tersirat? Fikirkanlah. Jangan terlepas pandang pula nasib Melayu di Pulau Pinang? Janganlah bila sudah terhantuk baru mengadah. Sebelum terhantuk perlulah berhati-hati. Bila nasi sudah menjadi bubur sudah terlambat. Perpecahan sesama kita adalah petanda jelas kejayaan mereka.



Sedarlah wahai saudaraku, Melayu Islam di Singapura telah berjaya dicairkan. Hari ini segelintir orang Melayu yang digula-gulakan dengan kuasa sudah tidak seperti Melayu Islam. Mereka bukan sahaja telah cair, tetapi sudah tidak berhati Melayu Islam, kecuali mereka yang masih bertahan di madrasah. Sejauhmana madrasah dapat bertahan? Itu masih menjadi persoalan besar hari ini. Kedudukan madrasah menjadi semakin terhimpit. Begitu juga dengan masjid-masjid mereka. Apakah kita belum sedar? Cukuplah Pulau Batu Putih yang telah terlepas. Janganlah selepas ini kita berputih mata. Ambillah pengajaran ini sebelum terlambat. Mereka yang kuat berjiwa Melayu Islam memang tidak akan terpilih menjadi pemimpin atau menteri di sana. Dengan sebab itu, orang seperti Dr Lily Zubaidah Rahim (2001) terbuang di bumi sendiri. Hanya kerana bercakap menjaga kepentingan Melayu Islam. Apakah kita tidak mengambil pengajaran?



Cuba kita fikir kenapa hari ini Singapura membelanjakan hampir USD11 bilion setahun memperkuatkan sistem pertahanan negaranya dengan populasi hanya 4.6 juta yakni nombor 23 dalam ranking dunia? Lebih dua kali ganda lebih besar daripada perbelanjaan pertahanan Indonesia (USD 4.7 bilion). Perbelanjaan pertahanannya jauh meninggalkan negara kita yang tidak langsung tersenarai dalam ranking dunia. Sedarkah kita sekutu rapat mereka adalah musuh-musuh Islam seperti Israel, Amerika, Australia, Britain dan sebagainya? Tidakkah kita terfikir, apakah agenda mereka sebenarnya kalau bukan kita? Saya yakin kita tidak akan terlepas pulau Batu Putih jika kekuatan kita melebihi kekuatan mereka. Ancaman dan amaran kita sudah cukup untuk menggetarkan mereka. Tetapi kenapa mereka begitu berani dan kurang ajar? Sebab mereka tahu, sejauhmana kekuatan mereka dan telah bersedia menghadapi apa jua situasi. Tendensi untuk mereka menang besar adalah tinggi.



Mungkin pakar-pakar pertahanan tidak bersetuju dengan saya. Tetapi kita mesti ingat, hari ini kita tidak lagi berperang menggunakan manusia, kecanggihan teknologi adalah kekuatannya. Bandingkan teknologi pertahanan perang kita dengan Singapura. Bezanya ibarat langit dengan bumi. Kita sepatutnya membelanjakan wang negara untuk pertahanan. Malangnya, wang ringgit kita banyak digunakan untuk berpolitik daripada mempertahankan negara. Sudah sampai masanya kita kurangkan sedikit berpolitik untuk membina kekuatan pertahanan negara.



Sampai bilakah kita mahu terus bersangka baik dengan mengatakan perang dingin telah tamat, dunia sudah aman? Musuh telah tiada, maka kita tidak perlu menjadi kuat? Tidakkah kita sedar bahawa musuh bertambah kuat dan sentiasa berpakat merancang untuk memusnahkan kita?



Justeru, saya menyerukan supaya kita jangan terlalu berpolitik. Masa dan wang ringgit banyak dihabis untuk menewaskan sesama sendiri. Malangnya, kita tidak hanya berpolitik dalam politik, tetapi dalam bidang lain pun berpolitik juga. Misalnya perebutan jawatan atau kuasa dalam badan-badan awam, berkanun, NGO dan sebagainya. Ini belum termasuk isu rasuah. Pendek kata, dalam bidang apapun diperkatakan, umat Islam kita berpolitik. Politik yang merugikan dan melemahkan. Ultra kiasu ambil kesempatan.



Musuh sentiasa merancangkan untuk melaga-laga kita sesama umat Islam. Hari ini kita dilaga-lagakan dengan Indonesia? Siapakah provokatornya? Marilah kita fikirkan bersama. Logiknya mudah, bila negara-negara Islam berjiran bergaduh sesama sendiri, mudahlah negara ultra kiasu dan orang ultra kiasu ini menyusun strateginya. Janganlah kita terlalu beremosi, takut memakan diri.



Barat telah berjaya melaga-lagakan negara-negara Arab. Hasilnya, negara haram Israel berjaya menguasai negara-negara Arab dengan nisbah 1 orang Israel, lebih 100 orang Arab. 100 Arab tidak dapat mengalah 1 Israel. Sedangkan dari segi logik, akan banjir 1 orang jika 100 orang pakat-pakat kencing ke atas Israel ini. Keadaan berlaku sebaliknya. 1 berjaya mengalahkan 100. Senario Arab-Israel hampir sama dengan negara kepulauan Melayu-Singapura. Mereka sudah bersedia dengan segala kekuatan teknologi. Kita asyik berpolitik tanpa kesudahan.



Kita bernasib baik kerana hari ini kita menjadi pengguna teknologi, bukan pencipta. Kebaikannya, kita tidak perlu lagi menghabiskan masa mencipta teknologi kerana ianya telah tersedia dicipta. Masa mencipta teknologi telah banyak dijimatkan. Tuntutan hari ini adalah menggunakan teknologi tersebut sepenuhnya dan diperkembangkan lagi kehebatan seperti yang cuba dilakukan oleh Iran hari ini. Tetapi Iran cuba dimangsakan oleh barat.



Barat dan ultra kiasu ini telah berjaya membaca pemikiran umat Islam. Mereka tahu teknologi mereka digunakan oleh Islam. Orang Islam akan menjadi kuat jika memperkembangkannya. Justeru, sebelum ia berlaku maka dipecah-belahkan dan dicairkan mereka supaya mudah dikuasai. Ternyata strategi mereka berjaya. Umat Islam berjaya dikuasai dan dipecah-belahkan. Bukan kerana mereka tidak pandai menggunakan teknologi, mereka pandai. Tetapi mereka dihasut supaya mempertikai atau bergaduh sesama sendiri dalam isu-isu remeh temeh seperti tarian pendet Bali. Malangnya, yang tidak bergaduh pula tidak memanfaatkan teknologi, tetapi menggunakannya secara salah. Akhirnya jiwa menjadi kosong dan cair.



Justeru, saya merayu agar kita dapat memulakan langkah pertama dengan menyelesaikan isu-isu asas mengenai pendidikan di negara kita. Ini kerana pendidikan amat penting sebagai benteng pertahanan. Ia harus dimulakan dengan sekolah satu sistem. Asas-asas patriotisme berada di situ. Jangan perjudikan masa depan dan keselamatan negara sistem ini demi untuk mempertahankan kuasa hari ini. Jika dengan kehilangan populariti, masa depan pendidikan boleh dipertahankan, rasanya tidak mengapa kita tidak popular buat sementara waktu. Apa guna populariti, jika masa depan pendidikan dan negara menjadi semakin terhakis. Berundur bukan bererti kita mengalah. Tetapi untuk bersiap sedia dengan kekuatan, daripada kita terus mengalah dan terus kalah. Saya masih teringat kata-kata latin yang berbunyi si vis pacem para bellum, bermaksud jika mahukan keamanan bersedialah untuk berperang. Adakah kita sudah bersedia ke arah itu, di kala orang lain telah lama bersedia? Jika mereka terlalu ultra kiasu, adakah kita akan terus mengalah? Kitapun kena bertindak tegas ke atas mereka untuk kepentingan masa depan. Ingat! kita akan kalah jika terus mengalah.



Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Sunday, October 25, 2009

MLM dari perspektif Fiqh Islami

Lajnah Keahlian & Ulama Pelapis,Dewan Ulama PAS Pusat
Fri | Apr 13, 07 | 5:10:52 pm MYT

'Multi Level Marketing' (MLM) adalah salah satu strategi pemasaran yang digunakan secara meluas kini. Walaupun MLM berteraskan jualan langsung, tetapi sistem dan perjalanan antara MLM tertentu dengan yang lain adalah berbeza.
Justeru, hukum halal dan haram MLM tidak boleh diukur kepada namanya sahaja, tetapi ia mesti dilihat perjalanan MLM itu sendiri. Ini kerana, hukum sesuatu perkara berkait rapat dengan hakikatnya.
Untuk mengukur MLM dari perspektif Islam, kita perlu melihat beberapa sudut seperti hukum asal MLM, faktor yang mengharamkannya dan cara untuk keluar daripada unsur-unsur haram itu.
MLM dari sudut positif
Jika dilihat sudut positif, MLM berperanan 'pemecah' kepada pemonopolian pasaran bagi sesetengah produk. Tanpa disedari, barangan orang Islam tempatan hampir tiada di pasar raya di negara kita hatta pasar kecil atau kedai runcit. Sedangkan sebahagian produk orang Islam tempatan mempunyai mutu yang baik dan terjamin halalnya.
Apabila orang Islam yang mampu mengeluarkan produk tersendiri, tetapi apabila berdepan pasaran yang sebahagiannya boleh disifatkan sebagai 'dibentengi' menyebabkan kemampuan orang Islam mengeluarkan produk akhirnya terhenti akibat tidak dapat bersaing dengan pengeluar lain dari sudut pemasaran.
Hakikatnya orang Islam yang mempunyai keupayaan menghasilkan produk mempunyai modal kecil berbanding syarikat gergasi antarabangsa serta mereka tidak mampu menanggung kos pemasaran yang tinggi berbanding syarikat gergasi yang lain.
Akhirnya mereka berdepan kelembapan pasaran seterusnya keupayaan dan potensi orang Islam yang sepatutnya boleh dibangun dan dipertingkatkan mati begitu sahaja. Lebih parah apabila kerajaan membuat perjanjian FTA dan serangan globalisasi yang menyebabkan persaingan tidak adil antara pemodal besar dan peniaga kecil.
MLM dari sudut positifnya boleh menjadi strategi pemasaran bagi memecahkan pasaran yang dibentengi tembok tertentu. Ia berguna bagi memperkenalkan produk terutamanya produk halal orang Islam tempatan.
Justeru, MLM perlu dilihat dari sudut positif dan kita sepatutnya sama-sama berusaha memperbaikinya supaya bertepatan dengan syariat sehingga sistem MLM dapat menjadi penyumbang kepada pemasaran barangan orang Islam.
Hukum asal MLM
Hukum asal bagi setiap muamalat adalah harus selama mana tidak terdapat dalil dan faktor yang mengharamkannya. �Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi.� (maksud al-Baqarah 29).
HUKUM ASAL BG SEGALA SESUATU ADALAH HARUS. Berdasarkan kaedah ini, hukum asal sistem dan konsep MLM adalah harus selama mana tidak terdapat faktor yang mengharamkannya. Untuk menghukumkan sesuatu muamalat sebagai haram mestilah bersandarkan dalil. Selama mana tidak terdapat dalil dan faktor haram, maka selama itu muamalat tersebut kekal harus.
Dengan kata lain, keharusan sesuatu muamalat seperti MLM tidak memerlukan dalil, sebaliknya pengharaman sesuatu muamalat memerlukan kepastian dan sandaran dalil yang kuat, seperti haramnya sesuatu muamalat kerana kepastian terdapat riba di dalamnya di mana riba adalah haram secara putus dan ijmak di kalangan ulama.
Berdasarkan kaedah syariat, pengharaman sesuatu yang asalnya harus tidak boleh bersandarkan kepada hukum khilafiah, kecuali ketika penggubalan undang-undang. Contohnya, jika ulama khilaf berkenaan dengan Ghabnun dan 'had maksimum keuntungan', maka kita tidak boleh mengharamkan MLM disebabkan harganya yang tinggi berbanding barangan lain.
Oleh itu, untuk mengukur sesuatu muamalat halal atau haram memerlukan kepada:
1. Memastikan benar-benar terdapat unsur haram di dalamnya seperti pemastian bonus yang diagihkan berasaskan perjudian yang akhirnya menyebabkan muamalat tersebut haram.
2. Unsur tersebut hendaklah haram secara putus dari sudut syariat. Seperti unsur riba, unsur perjudian, unsur kezaliman dan sebagainya. Sebaliknya, tidak boleh kita menghukumkan haram sesuatu muamalat jika ia bersandarkan kepada unsur yang khilafiah dari sudut halal dan haramseperti muamalat yang berasaskan kepada bai' 'inah, ghabnun yang tidak faahish dan seumpamanya.
Perlu difahami asas kepada muamalat ialah mudah dan toleransi. Berbeza dengan asas kepada ibadat yang bersandarkan kepada ikutan dan ta'abbudi.
Justeru, talfik mazhab atau penggabungan mazhab dalam muamalat adalah dibenarkan berbeza dengan talfik dalam ibadat di mana hukum talfiknya lebih ketat berbanding talfik dalam muamalat.
FAKTOR2 HARAM...
Selama mana sesuatu muamalat tidak dimasuki unsur dan faktor haram, maka hukumnya harus sebagaimana asal. Setakat ini faktor haram di sebalik MLM ialah:
1. Perjudian
Perjudian yang terdapat dalam sesetengah MLM dinamakan judi '21 up'. Judi '21 up' bermaksud, setiap yang terlibat di dalam perjudian tersebut mempertaruhkan sejumlah wang tertentu seperti setiap penjudi mempertaruhkan RM10. Selepas pengagihan daun terup dan kiraan mata dikumpulkan, maka penjudi pertama yang dapat mengumpulkan sebanyak 21 mata akan mengambil semua wang yang dipertaruhkan.
Konsep ini diamalkan dalam sebahagian MLM bagi memberi bonus yang tinggi kepada orang yang mencapai point tertinggi atau jualan tertinggi dalam sesuatu level. Contohnya, andai kata dalam level ketiga terdapat 3 orang menjual ubat gigi yang harga jualannya RM5. Daripada RM5 itu, syarikat mengambil RM3 sebagai kos dan untung, manakala penjual MLM mendapat RM1 daripada setiap unit yang dijual. Baki RM1 dipegang syarikat untuk diberikan kepada orang pertama dalam level tersebut yang mencapai tahap jualan sebanyak 5 unit.
Jika penjual pertama berjaya menjual 3 unit, penjual kedua sebanyak 2 unit dan penjual ketiga sebanyak 5 unit, maka penjual ketiga akan memperolehi bonus RM10 kerana dia adalah orang pertama dalam level tersebut mencapai jualan 5 unit.
Hakikatnya, RM5 daripada RM10 bonus itu adalah hak penjual pertama (RM3) dan hak penjual kedua (RM2) yang dipegang syarikat yang akhirnya diserahkan kepada penjual ketiga kerana berjaya mencapai jualan target.
Bonus dalam bentuk ini secara pastinya adalah perjudian yang diharamkan Islam kerana si penjual pertama dan si penjual kedua dinafikan haknya kerana kalah, justeru tidak mencapai jualan �target�. Sedangkan konsep keuntungan dalam muamalat Islam yang berpandukan surah al-Baqarah ayat 286 ialah, 'setiap yang berusaha berhak mendapat hasil yang diusahakan'.
Bagaimanapun, perjudian yang mencemari MLM ini dapat dibersihkan dengan pelbagai cara seperti pembahagian bonus, bersumberkan keuntungan syarikat yang diagihkan kepada setiap penjual MLM berpandukan unit yang berjaya dijual.
Walaupun bonus yang berkonsepkan pembahagian yang berpandukan jumlah jualan tidak dapat dijadikan bahan kempen kerana jumlah bonus penjual tertinggi lebih rendah berbanding bonus yang berkonsepkan perjudian, tetapi ia bersifat adil untuk semua pihak.
Sememangnya sebahagian pembuat sistem MLM lebih tertarik dengan bonus yang berkonsepkan perjudian kerana ia boleh dijadikan bahan untuk menarik orang ramai menyertainya justeru nilaiannya yang sangat tinggi, tetapi ia diharamkan kerana nilai yang tinggi tadi diperolehi dengan menzalimi pihak lain.
2. Riba
Apabila terdapat 'fixed return' atau janji kemasukan tetap dalam sesuatu sistem MLM, maka ia adalah riba yang diharamkan. Contohnya, setiap ahli yang menyertai rangkaian MLM mestilah membayar yuran RM50. Setelah ia menjadi ahli dengan pembayaran yuran, maka ia berhak mendapat RM5 setiap bulan sebagaimana dijanjikan syarikat di samping keuntungan jualan atau keuntungan melalui poin penggunaan produk MLM.
'Fixed return' tersebut adalah riba yang mencemarkan keharusan sistem MLM. Jelasnya, 'fixed return' ini juga diadakan guna untuk menarik orang ramai menyertai rangkaian MLM tersebut. Bagaimanapun, sistem MLM yang dicemari riba ini boleh dibersihkan melalui pelbagai cara.
Contohnya agihan keuntungan berdasarkan mata penggunaan melalui konsep mudharabah, dimana setiap ahli yang membeli adalah mudhorib (pencarum) yang berhak mendapat peratusan keuntungan syarikat MLM dalam tempoh setahun sebagai contoh. Cara ini bersih daripada riba dan boleh menarik orang ramai menjadi ahli MLM ini.
3. Tadlis, taghrir dan Syamta'
Tadlis bermaksud memalsukan, taghrir bermaksud memperdayakan dan syamta' pula bermaksud 'make up' hamba yang hodoh sehingga kelihatan cantik dengan tujuan memperdayakan pembeli.
Contohnya, syarikat yang berkempen menarik keahlian dengan mengeluarkan buletin yang mempamerkan ahli yang dihadiahkan bonus kereta BMW 3 Series. Ahli dan orang ramai yang melihat buletin tersebut secara umumnya memahami syarikat menghadiahkan kereta tersebut kepada ahli berkenaan tanpa bayaran-bayaran tambahan. Sedangkan syarikat hanya membayar muka pendahuluan RM1,000 untuk diserahkan kepada ahli yang diiklankan sebagai paling cemerlang.
Apabila ahli tersebut menerimanya, ia terpaksa menanggung ansuran bulanan yang tinggi yang akhirnya menyebabkan ahli tadi hanya mampu memakai kereta tersebut dalam tempoh dua hingga tiga bulan.
Syarikat berjaya mengiklankan si ahli tersebut berjaya mendapatkan BMW 3 Series tanpa menjelaskan keadaan sebenar syarikat yang hanya membayar down payment RM1000. Apabila diiklankan 'dihadiahkan' atau 'menerima hadiah' atau 'berjaya memperolehi', umum memahami si ahli memperolehi secara seratus peratus kereta tersebut tanpa apa-apa ansuran bulanan.
Menyembunyikan hakikat pembayaran RM1000 sebagai down payment pastinya bersalahan dengan pemahaman umum. Ini menyebabkan pengiklanan tadi boleh dikategorikan sebagai 'taghrir' (memperdayakan) dalam bentuk 'Syamta' yang diharamkan.
Syamta' ini boleh dibersihkan melalui pelbagai alternatif. Syarikat boleh menganjurkan majlis penyampaian bonus yang halal kepada ahli-ahli yang mencapai jualan tertinggi dan diiklankan dalam buletin. Sekalipun iklan dalam bentuk ini tidak semenarik iklan ahli yang mendapat BMW 3 Series, tetapi ia berupaya menarik ahli baru dalam bentuk tidak memperdayakan dan tidak menghiasi sesuatu hakikat yang tidak benar.
4. Mengambil hak orang lain dengan cara yang salah
Terdapat MLM yang sistemnya berkonsepkan kutu yang haram seperti penggunaan konsep �Auto Placement�. Dalam konsep �Auto Placement� ini, ahli pertama perlu mencari dua ahli di bawahnya dan setiap ahli dikenakan yuran RM2. Yuran RM2 tadi terkumpul dan akan dinikmati ahli yang awal sehinggalah yang pertama terkeluar dengan masuknya ahli baru.
Konsep ini asalnya bukan sistem MLM bahkan ia konsep kutu yang haram. Tetapi ada sistem MLM menggunakan kaedah kutu yang haram ini bagi penetapan yuran keahlian dan jumlah yuran ahli yang terkumpul dijadikan bonus bagi level yang paling tinggi.
Di sini, syarikat MLM yang menggunakan konsep ini tidak mementingkan barang, tetapi ia mementingkan keahlian kerana bonus yang diperolehi �upline� adalah yuran ahli yang terkumpul. Ini punca sesetengah barangan yang tidak jelas dalam sebahagian MLM.
Jika ada bertanya, apa salahnya jika pembayaran yuran berasaskan reda sebagaimana dalam hukum hibah dan tabarru'? Jawapannya, reda yang menjadi syarat halal tersebut mesti didahului atau disertai perniagaan halal sebagaimana ayat 29, an-Nisaa'. Jika tiada perniagaan, iaitu wang yang dikeluarkan hanyalah berbentuk yuran terkumpul yang dipusingkan di kalangan ahli tanpa ada apa-apa pertukaran, maka reda tidak boleh menjadi sebab untuk menghalalkannya.
Tambahan pula, hibah dan tabarru' yang halal dan harus tidak boleh disertai dengan tujuan seperti hibah untuk mendapatkan untung, dan sebagainya. Jika hibah dengan niat ini, ada pendapat yang menyatakan batal dan ada menyatakan ia berubah menjadi transaksi jual beli atau seumpamanya dan bukan lagi hibah sebenar.
Jika berpandukan pendapat yang menyatakan batal, maka penyertaan dalam MLM yang bersifat seperti ini adalah batal. Dan jika berpandukan pendapat hibah dengan niat mendapatkan keuntungan ini berubah menjadi hukum jual beli, maka tuntasnya jika ketiadaan barang yang menjadi pertukaran maka hukumnya adalah haram kerana si pemakannya memakan hak orang lain tanpa sebab yang harus sebagaimana konsep kutu yang haram di atas.
Bukan semua hibah hukumnya harus bahkan kadangkala hibah menjadi haram seperti hibah yang menjadi syarat pinjaman yang dikategorikan sebagai riba yang haram.
5. Penindasan
Bagi sesetengah sistem MLM, ia mensyaratkan jumlah jualan tertentu bagi mendapatkan keuntungan. Sebagaimana diterangkan, ahli-ahli yang tidak mencapai jualan �target� akan dicabut bahagian keuntungannya dan pihak syarikat akan memberikan kepada orang yang mencapai jualan �target�.
Seorang ahli yang berjaya menjual 5 produk yang sepatutnya mendapat keuntungan asal bagi setiap satunya berjumlah RM2, tetapi ahli tersebut hanya diberikan RM1 kerana tidak berjaya mencapai jualan �target� dan baki RM1 diambil syarikat untuk diserahkan kepada ahli satu level yang berjaya mencapai jualan target.
Ini bermakna, ahli yang berjaya menjual 5 produk diberikan RM5 dan RM5 lagi diserahkan kepada ahli yang berjaya mencapai jualan �target� seperti berjaya menjual 10 produk. Justeru, ahli yang berjaya menjual 10 produk mendapat RM25 (RM20 untung jualan dan ditambah bonus RM5 yang diambil daripada ahli yang tidak dapat mencapai jualan �target�).
Di samping mengandungi unsur perjudian, ia juga mengandungi penindasan yang menjadi punca haram. Sedangkan konsep muamalat Islam ialah, setiap seseorang berhak mendapat apa yang ia usahakan. Berdasarkan konsep Islam ini, si ahli yang berjaya menjual lima produk sepatutnya mendapat RM10 sebagaimana ahli yang berjaya menjual 10 produk mendapat RM20.
Apakah alternatifnya?
Sebenarnya, Islam hanya menyenaraikan unsur-unsur haram sahaja dan selainnya halal. Ada ulama hanya menyimpulkan sebab-sebab haram hanya tiga perkara, iaitu riba, gharar dan zalim. Jika sesuatu muamalat bersih daripada ketiga-tiga unsur ini, maka hukumnya halal.
Justeru, alternatif kepada unsur-unsur haram ini terlalu banyak jika dibincangkan secara serius dan bersama. Contohnya, jika 'upline' haram mendapatkan bahagian yuran 'downline' kerana ia termasuk dalam kategori 'memakan harta orang lain secara batil' seperti bentuk yang diterangkan, pihak syarikat boleh menyediakan jumlah tertentu sebagai kos marketing untuk diberikan kepada 'upline' yang berjaya mencari 'downline' atau ahli pengguna baru dengan perincian tertentu.
Berdasarkan konsep Islam, �upline� boleh mendapatkan bahagian upahnya mencari pengguna baru kerana itu hasil usaha dan titik peluhnya, tetapi disyaratkan perolehannya tadi bukan dengan cara memakan hasil orang lain.
Justeru, apabila disebut 'upline' haram mendapatkan bahagian yuran �downline� maka kita memahami bahawa 'upline' tidak berhak mendapat apa-apa. Ini menatijahkan 'upline' yang bertindak sebagai pekerja marketing tidak akan melakukan kerja promosi dan akhirnya syarikat tidak berkembang dan barangan produknya akan mati begitu sahaja.
Unsur haram pada MLM tanpa disusuli usaha mencari alternatifnya akan mematikan sebahagian pembangunan produk orang-orang Islam dalam konteks dan suasana ekonomi kita sekarang.
Pakar-pakar ekonomi yang mencipta sistem MLM jangan berputus asa apabila sistemnya disifatkan haram atau mengandungi unsur haram. Mereka mestilah meningkatkan usaha dan meninggikan semangat melalui perbincangan dengan ulama berkebolehan di lapangan ekonomi dan muamalat Islam bagi mencari jalan penyelesaian kepada perkara-perkara buntu serta alternatif kepada unsur-unsur haram.
Sikap, tindakan dan peranan umat Islam
� Tidak boleh cepat menghukum: Apabila diperhatikan unsur haram yang disenaraikan di atas, kita dapati sebahagiannya hanya diketahui pihak yang menggubal sistem MLM itu sendiri. Contohnya hakikat kepada sumber bonus yang diagihkan hanya diketahui oleh pembuat sistem MLM sahaja sekalipun terdapat beberapa petunjuk yang menjadi ukuran kepada sumbernya.
Sikap kita sebagai pemerhati tidak boleh terlalu cepat menghukum halal atau haram sesuatu MLM melainkan melalui penyelidikan atau terdapat sebab yang jelas keharamannya. Ini dari sudut kita sebagai pemerhati yang tidak terlibat dengan sistem MLM.
� Tidak terlibat dalam perkara yang tidak jelas: Jika kita ingin menyertai, sepatutnya kita mengetahui dengan jelas apakah sumber bonus yang bakal kita perolehi, apakah punca pengembangan modal yang dilaburkan dan sebagainya. Jika ia tidak jelas dan masih keliru dengan sistem atau rangkaian MLM, ia tidak sepatutnya melibatkan diri.
� Tidak terpedaya dengan kempen �cepat kaya�: kadangkala faktor yang menjebakkan seseorang ke dalam rangkaian MLM yang haram disebabkan keghairahan keuntungan yang ditawarkan. Sepatutnya kita perlu berfikir rasional dan logik kerana ulama Islam menggariskan sebab-sebab pulangan di dalam lingkungan tiga perkara: modal, kerja dan dhoman.
Jika sesuatu keuntungan yang dijanjikan bukan selain daripada tiga perkara tadi, sama ada ia menyebabkan kita akan tertipu atau akan mengalami kerugian atau memang benar-benar mendapat untung sebagaimana yang dijanjikan tetapi keuntungan tadi dibina di atas kezaliman dan penindasan terhadap orang lain.
� Bantu membantu dalam kebaikan: Kita perlu membantu ekonomi orang-orang Islam dengan membeli barangan keluaran mereka sekalipun harganya lebih mahal dan mutunya mungkin lebih rendah.
Ini kerana, modal yang dimiliki orang Islam lebih rendah berbanding bukan Islam, menyebabkan kos pengeluaran dan pemasaran lebih tinggi berbanding mereka yang bermodal besar seterusnya menyebabkan harganya tidak mampu diturunkan lebih rendah daripada produk antarabangsa yang kuantiti pengeluaranya lebih banyak dan pasarannya lebih meluas.
Jika orang Islam tidak membantu dan hanya memilih barangan lebih murah dan bermutu tanpa melihat kepada 'konsep membantu orang Islam', ia akan melenyapkan produktiviti orang Islam dan menyuburkan produktiviti orang bukan Islam.
Jika orang Islam bersabar dengan menjadi pengguna tetap kepada produk keluaran orang Islam sekalipun harganya lebih tinggi dan mutunya lebih rendah berbanding produk antarabangsa yang bukan Islam, maka ia dapat meningkatkan mutu keluaran orang Islam dan membantu menurunkan harga barangan tersebut apabila keupayaan meningkatkan kuantiti pengeluaran produk orang Islam bertambah dengan sokongan kita melalui pembelian dan menjadi pengguna tetap.
Penutup
Hukum asal MLM harus kecuali apabila dimasuki faktor-faktor haram. Dari sudut positif, sistem MLM boleh bertindak sebagai pemecah kepada tembok monopoli pasaran seterusnya membantu orang Islam mengembangkan produk mereka. Justeru, pembinaan ini mestilah digabungkan antara kepakaran ahli-ahli ekonomi dan perniagaan dengan ulama-ulama yang berkebolehan dalam bidang ekonomi dan muamalat Islam.
Pembaikan sistem MLM supaya bertepatan dengan syariat sebagai strategi pemasaran produk orang Islam amat penting dalam keadaan dan suasanan negara yang semakin membuka pintu globalisasi ekonomi, terutama ketika berdepan FTA. Pengemblengan tenaga antara ulama dan ahli perniagaan amat penting bagi memastikan kemajuan ekonomi umat Islam._

Friday, September 18, 2009

PEDIHNYE HATI SEORANG IBU..

JOHOR BAHRU: Sekeras-keras batu, keras lagi hati seorang anak lelaki yang tergamak memecut kereta meninggalkan ibunya.

Lebih memilukan, dia tergamak membiarkan wanita tua itu berlari mengejarnya kira-kira 20 meter kerana mahu mengikut si anak pulang menyambut Aidilfitri di rumah.

Namun, apalah kudrat seorang wanita berusia 70-an, apatah lagi terpaksa menggendong bungkusan baju dalam kain batik, untuk mengejar kereta anaknya berusia 40-an yang semakin jauh meninggalkannya.

Ia bukan babak menyayat hati dalam drama televisyen, tetapi realiti hidup ditempuhi seorang penghuni rumah jagaan warga emas dan psikatri di Jalan Denai 1, Kempas di sini, yang begitu mengharapkan untuk pulang menyambut hari raya bersama anak dan cucunya di Masai, dekat sini.





Kisah sedih pada pertengahan Ramadan itu diceritakan Pengasas Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor, Norijah Bidin kepada wartawan Harian Metro, semalam.

Menurut Norijah, beliau masih mengingati detik cukup menyentuh perasaan itu, apatah lagi kakitangan rumah jagaan berkenaan terpaksa memujuk warga emas uzur terbabit supaya bersabar dan wanita tua itu hanya mampu menangis mengenangkan nasibnya ditinggalkan anak sendiri.

Katanya, kejadian bermula apabila lelaki berkenaan datang menziarahi ibunya di rumah penjagaan itu bagi memaklumkan dia tidak dapat dibawa pulang pada hari raya kali ini kerana tiada sesiapa menjaganya.

“Kami menyangka dia ingin membawa ibunya pulang bagi menyambut Aidilfitri kerana sudah dua tahun wanita berkenaan beraya di sini,” katanya ketika ditemui.

Menurutnya, terlalu seronok dengan kunjungan anak lelakinya, wanita tua terbabit terus menyalin pakaian dan bersiap untuk mengikut pulang ke rumah keluarganya di Masai.

“Kami melihat wanita itu bersungguh-sungguh membungkus pakaiannya ke dalam kain batik kerana mahu pulang ke rumah anaknya,” katanya.

Menurut Norijah, tanpa disangka-sangka, ketika si ibu sedang sibuk berkemas, lelaki berkenaan beredar dari situ secara senyap-senyap tanpa memaklumkan sesiapa.

“Menyedari anak lelakinya mahu beredar, wanita itu panik dan mengejar kereta anaknya yang mula meninggalkan kawasan rumah kebajikan.

“Wanita tua itu berlari kira-kira 20 meter untuk mengejar kereta berkenaan, tetapi anaknya tetap meninggalkannya.

“Si ibu yang terkilan dengan perbuatan anaknya bukan saja mengalami masalah kesihatan, malah kemurungan selama beberapa hari kerana hampa tidak dapat pulang beraya di rumah,” katanya.

Norijah yang bertugas sebagai jururawat di Hospital Permai di sini, berkata daripada 11 warga emas yang mendapatkan perlindungan di pusat jagaan berkenaan, segelintir masih mempunyai ahli keluarga termasuk anak.

Menurutnya, lebih mengecewakan, waris warga emas berkenaan yang juga bekas pesakit psikiatri tidak datang menjenguk mereka menjelang 1 Syawal yang bakal tiba.

“Ia mengakibatkan warga emas itu menyambut Aidilfitri bersama penghuni lain di pusat jagaan ini walaupun mereka merindui suasana beraya dengan keluarga di kampung.

“Sempena Aidilfitri kali ini, kami amat berharap jika anak warga emas mahupun waris penghuni di sini, datanglah berkunjung bagi menggembirakan mereka. Kalau bukan selalu, setahun sekalipun cukuplah,” katanya.

Thursday, August 27, 2009

FATWA SYEIKH AL-QARADAWI MENGENAI WAKTU BERBUKA PUASA BAGI MEREKA YANG BERADA DI UDARA

As-syeikh Dr. Yusuf Al-qaradawi, ketua persatuan ulamak sedunia telah mengeluarkan fatwa pada hari ahad lepas mengenai penentuan waktu berbuka puasa bagi orang yang bermusafir dengan menaiki kapal terbang.


Beliau menyatakan bahawa waktu berbuka puasa bagi mereka ini adalah ketika jatuhnya matahari atau hilangnya matahari dari penglihatan mereka, iaitu bukan mengikut negara yang ia berada di atasnya.

Mengikut fatwanya, setiap penumpang-penumpang kapal terbang yang ingin berbuka puasa, waktunya tidak boleh mengikut negara yang mereka bertolak daripadanya dan juga tidak boleh mengikut negara yang ditujukannya dan juga negara yang ia berada atasnya. Akan tetapi waktunya ialah ketika hilangnya matahari daripada penglihatan mata lender meraka.

Asyeikh berkata, sesungguhnya dia dikejutkan ketika sekembalinya beliau daripada Kaherah ke Doha pada awal ramadhan baru-baru ini dengan pengumuman daripada seorang pilot asing yang bukan islam bahawa sekarang telah masuknya waktu berbuka puasa, dalam waktu yang sama matahari masih terpampang dan siangnya masih jelas. Pengumuman itu berpandukan kepada negara yang berada di bawahnya telah memasuki waktu berbuka.

Fadhilatussyeikh telah menceritakan dialognya bersama penumpang-penumpang first class yang duduk bersebelahannya. Syeikh berkata, tidak harus kamu berbuka puasa sebelum terbenamnya matahari, sebenarnya waktu maghrib masih belum masuk, adakah sah kamu solat maghrib pada tika ini? Jawab mereka, tidak!! Maka aku menjawab balik, demikianlah juga berbuka puasa, tidak boleh ia dilakukan sebelum tiba masanya.

Aku mengakhirkan kalamku dengan mengatakan bahawa manusia itu setiapkali dia berada ditempat tinggi daripada bumi maka akan lewat matahari itu terbenam. Demikianlah juga orang-orang yang tinggal di bukit-bukau atau ditempat –tempat yang tinggi maka akan lewatlah terbenamnya matahari dari penglihatan mereka berbanding dengan orang-orang yang tinggal berhampirannya di tempat rendah atau tanah berdatar.

Akhirnya, Al-qaradawi telah meminta pesawat Qatar(yang berlaku kejadian ini) dan juga pesawat-pesawat arab lain supaya memperingatkan pilot-pilot supaya berhati-hati dengan perkara ini dan memastikan waktu berbuka puasa betul-betul selepas terbenamnya matahari.http://qaradawi.net

Sunday, August 23, 2009

SELEPAS KUASAI EKONOMI...ADAKAH POLITIK??



ANDAIAN sebelum ini bahawa kaum Cina hanya berminat untuk menguasai ekonomi sementara kuasa politik akan terus dipegang oleh orang Melayu, nampaknya tidak lagi begitu.

Pasca Pilihan Raya Umum Ke-12 membuktikan bahawa banyak pihak kaum Cina sedang mengasak habis-habisan untuk turut sama menguasai politik negara ini.

Makin banyak petunjuk ke arah itu termasuk menerusi laporan media tertentu khususnya berbahasa Cina yang mempromosi sentimen sedemikian. Mesej yang boleh dibaca ialah banyak kalangan kaum Cina sudah tidak berpuas hati dengan sekadar menguasai ekonomi?

Persoalannya apakah yang akan berlaku jika kaum Cina juga menguasai politik dan di mana kedudukan Melayu nanti? Awang lontarkan persoalan ini untuk renungan kita semua lebih-lebih lagi kedudukan Melayu kini makin kritikal.

Apa sahaja yang tinggal pada Melayu mahu dirungkai termasuk yang termaktub dalam perlembagaan negara. Realitinya walaupun Melayu menguasai politik tetapi yang lebih berkuasa di negara ini adalah kaum Cina disebabkan penguasaan dalam ekonomi yang amat ketara.

Di sebalik banyak rungutan terhadap dasar kerajaan, sebenarnya kaum Cina paling banyak mendapat nikmat. Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilaksanakan sebelum ini hanya memberikan kouta 30 peratus kepada bumiputera tetapi penguasaan 70 peratus terus dinikmati oleh masyarakat usahawan Cina yang sudah membentuk kartel mega, selain berlaku gejala ali baba dan ketirisan dalam 30 peratus kouta bumiputera.

Jika Melayu dibantu dalam bidang perniagaan ia dianggap tongkat tetapi jika syarikat-syarikat Cina diselamatkan oleh kerajaan, ia didiamkan sahaja. Jika banyak usahawan bukan Melayu mendapat bisnes monopoli seperti gula, stesen televisyen satelit, stesen janakuasa bebas dan sebagainya sehingga menjadi kaya raya dan mengalihkan berbilion ringgit ke luar negara, ia juga tidak mengapa. Jika ada usahawan Melayu cuba menceburi bidang penguasaan usahawan Cina seperti membekalkan limau, ia akan diboikot sampai gagal. Namun jika ada usahawan bukan Melayu menguasai bisnes seperti pengedaran produk daging dan ayam halal, yang melibatkan pasaran orang Islam, itu dianggap biasa.

Penguasaan Cina dalam syarikat-syarikat swasta dan persendirian selain mengutamakan pekerja kaum itu juga bukan isu. Pada masa yang sama majoriti Melayu di sektor awam makin hebat dipersoalkan malah terus diperlekehkan.

Awang bukanlah mahu bersikap rasis. Apa yang disuarakan ini sekadar menyanggah gelombang fitnah, tohmahan dan persepsi liar banyak pihak terhadap usaha meningkatkan pencapaian bumiputera, yang masih jauh ketinggalan berbanding kaum Cina.

Begitulah kebijaksanaan banyak pihak kaum Cina berpercaturan. Dalam mereka mengeluh dan merintih, mereka terus kaya dan berkuasa. Kouta untuk bumiputera mahu dihapuskan tetapi 'kouta khas' bukan bumiputera seperti bisnes berkaitan pusat hiburan, arak, judi dan maksiat yang mereka kuasai selama ini, tidak boleh disentuh sama sekali.

Pada hari ini, kaum Cina yang merupakan 24 peratus penduduk negara ini menguasai ekonomi. Tradisi dan budaya niaga yang lama terpahat selain dasar kerajaan yang terbuka, membolehkan kaum Cina terus melonjak. Masyarakat Cina mempunyai simpanan wang yang banyak berbanding kaum lain dan itulah antara asas kekuatan ekonomi kaum itu. Sedangkan Melayu yang merupakan kaum majoriti terus keciciran. Bayangkan seketika jika Melayu lenyap kuasa politik?

Friday, August 21, 2009

KENAPA ORG ISLAM TERKENE JUGA WABAK SELSEME BABI

Salah seorang rakan saya bernama Syeikh Sahib bekerja sebagai pegawai di Badan Pengawasan Ubat & Makanan (POM) di Pegal, Perancis. Tugasnya adalah mencatat semua mereka barang, makanan dan ubat-ubatan.
Produk apa pun yang akan disajikan suatu perusahaan ke pasaran, bahan-bahan produk tersebut harus terlebih dahulu mendapat izin dari Badan pengawas Ubat dan Makanan Perancis dan Syeikh Sahib bekerja diBadan tersebut bahagian QC, oleh sebab itu dia mengetahui pelbagai jenis bahan makanan yang dipasarkan.

Banyak daripada bahan-bahan tersebut dituliskan dengan istilah ilmiah namun ada juga beberapa yang dituliskan dalam bentuk matematik seperti E-904, E-141. Awalnya, saat Syeikh Sahib menemukan bentuk matematik tersebut, dia ingin tahu dan kemudian menanyakan kod matematik tersebut kepada seorang Perancis yang berwenang dalam bidang itu dan orang tersebut menjawab "KERJAKAN SAJA TUGASMU, DAN JANGAN BANYAK TANYA.

Jawaban tersebut menimbulkan kecurigaan buat Syeikh Sahib dan dia kemudian mula mencari tahu kod matematik tersebut dalam dokumen yang ada. Ternyata apa yang dia temukan cukup memeranjatkan kaum Muslimin di dunia.

Hampir di seluruh negara barat termasuk Eropah, pilihan utama untuk daging adalah daging babi. Penternakan babi sangat banyak di negara-negara tersebut. Di Perancis sendiri jumlah penternak babi mencapai lebih dari 42,000.

Jumlah kandungan lemak dalam tubuh babi sangat tinggi dibandingkan dengan haiwan lainnya. Namun orang Eropah dan Amerika berusaha menghindari lemak-lemak tersebut.
Kemudian yang menjadi pertanyaan sekarang; di manakah lemak-lemak babi tersebut? Jawapannya adalah: Babi-babi tersebut dipotong di tempat perniagaan (secara) kecil-kecilan dalam pengawasan Badan POM dan yang memusingkan badan babi tersebut adalah untuk membuang lemak yang sudah dipisahkan dari daging babi. Dahulu kira-kira 60 tahun yang lalu, lemak-lemak tersebut dibakar.

Kemudian mereka berfikir untuk memanfaatkan lemak-lemak tersebut. Sebagai awal kajian, mereka membuat sabun dengan bahan lemak tersebut dan ternyata itu berhasil.
Lemak-lemak tersebut diproses secara kimiawi, dikemas sedemikian rupa dan dipasarkan Dalam pada itu negara-negara di Eropah memperlakukan aturan yang mengharuskan bahan-bahan dari setiap produk makanan, ubat-ubatan harus dicantumkan pada kemasan.

Oleh karena itu bahan yang terbuat dari lemak babi dicantumkan dengan nama Pig Fat (lemak babi) pada kemasan produk. Mereka yang sudah tinggal di Eropah selama 40 tahun terakhir ini mengetahui hal tersebut.

Namun produk dengan bahan lemak babi tersebut dilarang masuk ke negara-negara Islam pada saat itu sehingga menimbulkan deficit perdagangan bagi negara pengeksport.
Menoleh ke masa lalu, jika anda hubungkan dengan Asia Tenggara, anda mungkin tahu tentang faktor yang menimbulkan perang saudara. Pada saat itu, peluru senapang dibuat di Eropah dan diangkut ke belahan benua melalui jalur laut. Perjalanannya memakan waktu berbulan-bulan hingga mencapai tempat tujuan sehingga bubuk mesiu yang ada di dalamnya mengalami kerosakan karena terkena air laut.

Kemudian mereka punya ide untuk melapisi peluru tersebut dengan lemak babi. Lapisan lemak tersebut harus digigit dengan gigi terlebih dahulu sebelum digunakan. Saat berita mengenai pelapisan tersebut tersebar dan sampai ke telinga tentera yang kebanyakan Muslim dan beberapa Vegetarian (orang yang tidak makan daging), maka tentera–tentera tersebut menolak berperang sehingga mengakibatkan perang saudara (civil war).

Negara-negara Eropah mengakui fakta tersebut dan kemudian menggantikan penulisan lemak babi dalam kemasan dengan menuliskan lemak haiwan. Semua orang yang tinggal di Eropah sejak tahun 1970 -an mengetahuinya.

Saat perusahaan produsen ditanya oleh pihak berwenang dari Negara Islam mengenai lemak haiwan tersebut, maka jawapannya bahawa lemak tersebut adalah lemak sapi (lembu) & domba, walaupun demikian lemak-lemak tersebut haram bagi Muslim kerana penyembelihan haiwan ternak tersebut tidak mengikuti syariat Islam. Oleh karena itu produk dengan label baru tersebut dilarang masuk ke negara-negara Islam.

Sebagai akibatnya, pengusaha produk menghadapi masalah kewangan yang sangat serius kerana 75% penghasilan mereka diperoleh dengan menjual produknya ke negara Islam, di mana laba penjualan ke negara Islam bisa mencapai jutaan dolar.

Akhirnya mereka memutuskan untuk membuat kodifikasi bahasa yang hanya diketahui oleh Badan POM sementara orang awam tidak mengetahuinya. Kod tersebut diawalkan dengan kod E-CODES. E-INGREDIENTS ini terdapat di banyak produk perusahaan multinasional termasuk pasta gigi, sejenis permen karet, coklat, gula-gula, biskut, makanan dalam tin, buah-buahan dalam tin dan beberapa multi vitamin dan masih banyak lagi jenis produk makanan & ubat-ubatan lainnya.

Semenjak produk-produk tersebut di atas banyak di konsumsi [penggunaan barang-barang (spt hasil pertanian, perusahaan, dll)]. oleh negara-negara Muslim, kita sebagai masyarakat Muslim tidak terkecuali sedang menghadapi masalah penyakit masyarakat yakni hilangnya rasa malu, kekerasan dan seks bebas.

Oleh itu, saya mohon kepada semua umat Islam untuk memeriksa terlebih dahulu bahan-bahan produk yang akan kita konsumsi dan mencocokkannya dengan daftar kod E-CODES berikut ini. Jika ditemukan kod-kod berikut ini dalam kemasan produk yang akan kita beli, maka hendaknya dapat dihindari karena produk dengan kod-kod tersebut dibawah ini mengandung lemak babi.
Adalah tanggung jawab kita semua sebagai umat Islam untuk mengikuti syariat Islam dan juga memberitahukan informasi ini kepada saudara kita.

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM..

KOD LEMAK BABI PD MAKANAN...

Friday, August 14, 2009

SELSEME BABI....

Apa itu H1N1?
viral novel influenza type A H1N1. ianya berasal dr virus avian flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung dengan swine flu (yg sepatutnya hanya menjangkit ternakan babi sahaja) dan telah evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam ‘host’ yg lebih tinggi di dlm rantaian makanan @ manusia. dan semasa di dlm badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi ‘air born’ dan menjangkit dr manusia kpd manusia.

jangka hayat virus

Oleh kerana ia adalah viurs yg air born, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja. jika selepas tempoh tersebut ia idak mendapat perumah @ host( badan manusia) ia akan mati.

Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan air ventilation yg baik….akan ‘bersih’ dr virus tersebut.

Apa yg perlu tahu ?

Asal virus ini

Sebenarnya telah terdapat outbrake di US sebelum terjadi outbrake di mexico tp tidak dilaporkan kpd WHO. kemungkinan outbrake ini telah dikesan dan US mahu ‘baling batu sembunyi tangan’ lalu tercetus la outbrake di mexico .

virologi virus H1N1

incubation period yg singkat pada purata 2 hari dgn julat 1 – 4 hari
ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkit pesakit
pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkit paling cepat dan selewat2nya hari ke-4
H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kpd pesakit yg berisiko, ia dapat membunuh. jika pesakit adalah seorang yg normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.

cara serangan

virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan
virus ini akan menyerang sistem pernafasan ( seperti selsema burung dan SARS)
peringkat awal, ia hanya pada ‘trakea’ jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru2 dan boleh menyebabkan kematian akibat ‘lung collapse’
ia amat merbahaya kpd golongan yg berisiko tinggi

siapa yang berisiko
1.orang yg ada masaalah ‘obesiti’ @ gemok
2. perempuan yg mengandung
3 .orang yg ada astmatic
4 . orang2 yg bermasalah dgn sistem imunisasi ( menjalani ‘operation yg besar’, kanak2 yg belum cukup suntikan imunisasi, golongan2 yg rendah tahap imuniti eg. HIV ext.)
* kematian yg telah dilaporkan terdiri drpd golongan2 di atas

simptom2

day 1 – rasa kurang sihat, tak bermaya
day 2 – selsema, batuk dan demam yg kekal ( demam tidak turun walaupun telah mkn ubt demam)
day 3 – rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas
day 4 – sakit dada yg teruk……..jumpa doktor dengan segera…….

day 5 and above lung collapse @ koma

langkah2 kawalan
1 – golongan2 yg berisiko, elakakn drpd kesesakan ( kawasan yg padat dgn orang ramai)

2 – menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dgn betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran

3 – elakkan diri jika terdapat ‘orang batuk, bersin dan kurang sihat’

4 – jika kurang sihat, elakan diri dr beraktiviti (sosial dan berkumpulan)

5 – jika kurang sihat dan ada ILI ( influenza light illness @ selsema biasa) jgn hadirkan diri di kawasan orang ramai. jika terpaksa, pakai ‘mask’ (sekurang2 nya 3 ply mask)

6 – utk org yg sihat, elakkan dr kawasan yg padat.

7 – jika ada tanda2 simptom diatas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan

8 – jika sihat, jgn ke hospital atau klinik utk ‘checkup’ kerana di kawasan tersebut mengandungi bnyk virus.

9 – tak perlu ambil anti-viral @ apa2 ubt influenza!!!!!!!!!!. jika sihat dan mengambilnya, akn mengakibatkan resistan kpd vaksin @ ubt2 untuk merawat jika terkena jangkitan. ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran badan yg telah mengambil ubt2 tersebut terlebih awal.

10 – vaksin hanya akan ‘wujud’ seawal2nya pada oktober dan hanya utk ‘frontliner’ shj. dan utk awam selewat2nya pada 2010.

11 utk makluman, influenza test hanya dijalankan di 2 makmal shj di malaysia . mengambil masa 6 jam utk run test kpd 1 batch sample. jika klinik menyatakan mereka boleh jlnkan ujian, itu tidak betul. tak perlu ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.

12 – tahap kesedaran dan pengetahuan yg tinggi amat perlu utk kita sama2 menghadapi outbreak ini. sama2lah kita berdoa kpd ALLAH s.w.t agar bala ini cepat berlalu.
Amin.

(Ini adalah sumber dr taklimat H1N1 oleh pengarah kawalan penyakit berjangkit dr kem. kesihatan m’sia di Pan Pacific KLIA pada 01.08.2009.)

Friday, July 24, 2009

Menghayati Isra' dan Mikraj


Hari ini kawang ingin berkongsi sedikit tazkirah hasil daripada catatan ringkas Israk dan Mikraj oleh Yang Berbahagia Ustaz Tarmidzi Abdul Rahman di Teluk Intan. Kawang begitu tertarik dengan isi ceramah yang disampaikan kerana ia menceritakan persoalan dan falsafah perjalanan Nabi pada malam Israk dan Mikraj.

Kita sering berulangkali mendengar bagaimana perjalanan Israk dan Mikraj nabi tetapi jarang meneliti pengajaran dan simbolik daripada perjalanan ini. Semoga kita mendapat manfaat sedikit sebanyak daripada perkongsian ini.

Perlu ditegaskan bahawa perjalanan Israk dan Mikraj merupakan satu persoalan akidah yang wajib diiktikadkan oleh umat Islam.Ia merupakan perkara yang wajib diimani oleh seluruh umat Islam. Kedua-dua peristiwa Israk (perjalanan dari Masjidil Haram ke Baitul Maqdis) dan Mikraj (Baitul Maqdis ke Sidrotul Muntaha) perlu diterima. Kita tidak boleh menerima satu peristiwa dan menolak peristiwa yang lainnya.

Kebelakangan ini kedengaran banyak suara-suara sumbang yang mempersoalkan perjalanan Israk dan Mikraj ini. Logik akal telah menguasai umat kini. Apa yang tidak kedengaran logik kepada akal ditolak. Perlu dipertegaskan bahawa perjalanan Nabi adalah melalui roh dan jasad sekali. Keraguan terhadap peristiwa ini boleh menyebabkan terbatalnya iman.
Dari satu sudut pengajaran yang tersirat adalah :-

i) Hadis Nabi :


"Kalaulah kamu dapat melihat apa yang aku lihat, hidup kamu akan berubah daripada ketawa sedikit kepada menangis banyak."

- Ia adalah antara ucapan pertama yang diberitahu kepada sahabat selepas daripada peristiwa Israk dan Mikraj. Ia menunjukkan betapa pentingnya apa yang diberitahu oleh Rasulullah Sallahu Alaih Wasalam tentang hal ini. Ia perlu dihayati dan kita perlu menghisab diri kita.

- Kita setiap hari akan ketawa, namun ketawa itu janganlah sampai melampaui batas kerana banyak ketawa itu mematikan hati.

- Hidup kita perlu berubah. Berapa kali dalam hidup kita, kita menangis kerana berasa gerun dan takut akan Allah. Juga menangis kerana risau akan apa yang menanti kita di kubu, titian sirat, padang Masyhar dan akhirat nanti. Betapa diri kita ini terlalu banyak dosa dan penderhakaan kepada Allah.
- Mungkin kita tidak pernah menyedari bahawa tangisan jenis ini tidak pernah ada dalam hidup kita. Malah mungkin kita tidak pernah menangis sekalipun apabila didengarkan dengan ayat-ayat Allah. Malah jarang sekali kita mendengar ayat-ayat Allah di radio, sudah pasti ditukarkan dengan lagu-lagu hiburan yang terkini.
- Orang-orang yang beriman hanya ketawa besar pada hari akhirat nanti apabila mereka mendapat suratan amalan pada tangan kanan. Pada masa itulah mereka kembali kepada keluarga mereka dan bergelak ketawa kerana telah mendapat kemenangan yang besar.
- Orang yang tidak beriman sudah ketawa besar di dunia. Oleh itu tiada apa lagi yang tinggal kepada mereka di akhirat nanti.
- Adakah kita pernah menangis di dalam solat, apabila ayat Al-Quran dibacakan kepada kita. Ini menunjukkan betapa hati kita telah menjadi keras.
- Gunakanlah ramadhan yang mana ia merupakan bulan yang dipenuhi dengan tangisan oleh sahabat-sahabat Rasulullah Sallahualaih Wasalam.

2) Israk dan Mikraj merupakan suatu perjalanan untuk mengadap Allah S.w.t
- di dunia ini juga kita sedang dalam proses untuk menghadap Allah.
- Nikmat yang terbesar di akhirat adalah melihat zat Allah. Ia hanya boleh diperolehi oleh penghuni
syurga sahaja.
- Oleh itu apakah bekalan yang dibawa oleh kita semasa mengadap Allah nanti. Apakah telah siap
amalan dan bekalan dengan masa yang diberikan oleh Allah.
- Apakah persiapan kita terhadap akidah, syariat, perjuangan, anak yang soleh, ilmu yang
bermanfaat dan sebagainya.
- Sakit adalah merupakan peringatan dari Allah.
- Hidup ini perhentiannya adalah untuk menghadap Allah.
- Roh kita juga akan mengalami perjalanan yang dilakukan oleh nabi apabila sampai masanya.
Dengan diuruskan oleh malaikat, roh kita akan naik ke langit pertama sehinggalah ke -7.

3) Perjalanan dimulakan dengan proses pembersihan hati terlebih dahulu.

Semasa nabi di Baitullah, dada nabi telah dibelah dan diisi dengan 3 perkara: ilmu, iman dan hikmah. Ia merupakan perkara yang menjadi mukjizat nabi. Begitu juga dengan kita, sebelum memulakan perjalanan, proses pembersihan hati perlu dilakukan terlebih dahulu. Di sinilah kita perlu mengetahui cara dan kaedah pembersihan hati. Untuk menghadap Allah, perlu kembali dengan hati yang bersih.

i) pembersihan akidah

Bersih dari syirik, kufur, munafik dan nifa’ serta perkara-perkara yang membatalkan iman, syahadah, islam dan akidah.

ii) Pembersihan diri dari dosa-dosa besar dan kecil(pembersihan syariah).

Dosa besar memerlukan kepada taubat nasuha, sementara dosa kecil dengan istighfar.

iii) Pembersihan akhlak/ tasawwuf

membersihkan diri dari sifat-sifat nafsu mazmumah – takabur, ujub dan riak

menanamkan sifat-sifat mahmudah

tidak akan masuk syurga jika kita masih memiliki sifat takabur walau sebesar zarah

(Tambahan) Akhir-akhir ini kita mendengar banyak-banyak perkara sumbang yang menolak thariqah dan tassawuf ini. Ini kerana banyak Tariqah yang dikatakan sesat walhal banyak tariqah yang muktabar masih lagi terdapat di luar sana. Rujuklah kepada alim ulama kita. Janganlah kita tergolong orang yang rugi dan buta hati dan hanya menyedari kerugian tersebut setelah kita mati.

4) Perjalanan Rasulullah dihalang/ dikacau serta cuba disesatkan dari 4 penjuru. Melalui 4 peristiwa berikut:

i) Syaitan yang mengejar dari arah belakang bersama obor api

ii) Wanita cantik dengan tubuh yang dibalut dengan perhiasan dari hadapan (dunia dan isinya – harta, pangkat, jawatan)

iii) Suara dari sebelah kanan (Yahudi)

iv) Suara dari sebelah kiri (Nasrani)
Nabi dikepong daripada 4 penjuru. Depan, belakang, kiri dan kanan. Begitu juga perjalanan hidup kita ini untuk menuju ke jalan yang lurus. Namun, dalam perjalanan itu kita dikepong dari 4 penjuru. Syaitan yang menjadi musuh nyata kepada manusia sentiasa mencari peluang setiap masa dan ketika untuk menyesatkan kita. Ia sentiasa berbisik kepada hati dan nafsu untuk mengalakkan kita melakukan maksiat dan penderhakaan kepada Allah.

Dunia pula merupakan sebuah tempat yang indah dan cantik. Ia sentiasa menggoda kita untuk mencintainya dan melupakan akhirat yang merupakan tempat yang kekal dan abadi.

Hollywood, bollywood dan lain-lain hiburan pula merupakan media yang dikuasai oleh Yahudi yang berperanan besar menjauhkan umat Islam daripada ajaran Islam yang sebenar.

Persoalannya, adakah kita mempunyai ruang dan peluang untuk melepaskan diri daripada serangan 4 penjuru ini? Lalu hanya 2 penjuru yang tertinggal kepada kita untuk menyelamatkan dari serangan-serangan ini iaitu dari penjuru atas dan bawah.

Ia membawa maksud penjuru bawah adalah supaya kita sentiasa sujud dan mengingati Allah sentiasa. Dari bahagian atas pula kita perlu sentiasa mengangkat tangan memohon hidayah, doa dan keampunan daripada Allah. Semoga Allah membimbing kita ke jalan yang benar dan diredhainya.

5) Perjalanan dimulakan dari dua tempat suci umat Islam iaitu Tanah Haram – Mekah dan Baitul Maqdis
Kita mengetahui bahawa Baitul Maqdis sedang dikuasai dan dijajah oleh kaum Yahudi Zionis dan wajib dibebaskan. Ia merupakan satu tanggungjawab yang perlu dipikul oleh setiap umat Islam. Ini kerana ia merupakan sebuah tempat yang suci dan wajib dipelihara.
Nifsu Syaaban yang disambut umat Islam setiap tahun merupakan hari pertukaran kiblat dari Baitul Maqdis kepada Masjidil Haram. Walaupun demikian ia merupakan kiblat pertama umat Islam.

Cara untuk mengembalikan Palestin adalah dengan memenangkan perjuangan Islam di setiap tempat. Dengan itu barulah khalifah Islamiah boleh diwujudkan kembali. Mahu atau tidak usaha dakwah ini perlu didukung oleh setiap umat Islam. Usaha untuk memenangkan Islam perlulah dipertingkatkan dan didokong oleh setiap umat Islam.


Simbolik bagi bendera Israel
Dua garisan pada bendera Israel merupakan sempadan dari Sg Nil sehingga sungai Qura’ dan Dajlah di Iraq.Ia merupakan perancangan besar Yahudi Zionis untuk membentuk sebuah negara Israel. Oleh itu, matlamat utama mereka adalah untuk menguasai seluruh negara Arab. Penjajahan Palestin kita hanyalah sebahagian usaha mereka untuk menguasai tempat yang lebih besar. Mahu tidak mahu umat Islam perlu berusaha untuk melahirkan Sallahuddin Al-Ayubi yang kedua. Dengan demikian, Israk dan Mikraj bukan sekadar cerita semata-mata tetapi memerlukan kepada pengamalan.

Sunday, July 19, 2009

Perayaan :

Soalan 1: Hukum Membuat Maulid Nabi Muhammad Shallallahu `Alaihi Wasallam

Apakah hukum kita membuat maulid Nabi atas qaul 4 mazhab dan adakah membuat maulid ini bid`ah sepertimana kata-kata puak Wahabi?


Jawapan:

الحمد لله الفتاح الوهاب الهادى إلى الحق والصواب ، والصلاة والسلام على رسوله خاتم الأنبياء والرسل ، وآله وصحبه أجمعين.

Perkara hukum, sama ada boleh atau tidak mengadakan perayaan atau memperingati Maulid Nabi besar Muhammad Shallallahu `alaihi wasallam telah lama diputuskan oleh ulama, termasuk oleh Imam as-Suyuthi yang meninggal pada abad ke-10H.

Jadi kita pada masa ini hanyalah mengikut aliran pendapat mereka itu.

Berikut ialah perkara-perkara yang berkaitan dengan pendapat tersebut yang dimulai dengan perkara tarikh kelahiran Nabi besar Muhammad Shallallahu `alaihi wasallam:





1. Tarikh , Hari Dan Tahun Keputeraan


Ahli sejarah Islam dahulu dan sekarang tidak sependapat dalam menetapkan tarikh tepat keputeraan Baginda Shallallahu `alaihi wasallam.

Di antara mereka itu ada yang berpendapat 12hb. Rabiulawal dan inilah pendapat yang masyhur di kalangan orang ramai. Ada pula yang berpendapat 08hb. atau 09hb. Atau 10hb. Rabiulawal.Selain daripada pendapat-pendapat ini ada lagi beberapa pendapat lain , tetapi mengikut ahli sejarah islam pendapat-pendapat lain itu terlalu lemah dan tidak dapat dipertanggungjawabkan.

Walaupun tarikh 12hb. Lebih dikenali dan masyhur, namun berdasarkan pendapat para ulama terdahulu dan kajian para sarjana mutakhir di samping kajian dan penyelidikanulama-ulama falak Islam, maka Baginda Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam diputerakan pada hari ke-9 bulan Rabiulawal.

Dengan menolak pendapat yang lemah yang tidak dapat dipertanggungjawabkan, maka dapatlah ditentukan bahawa tarikh yang diperselisihkan itu ialah antara 08hb, 09hb, 10hb, dan 12hb. Rabiulawal dan mengikut perkiraan falak adalah di antara keempat-empat tarikh itu hanya 09hb sahaja yang jatuh dan tepat pada hari isnin. Jadi tarikh inilah yang lebih hampir kepada ketepatan , dan ia bertepatan dengan hasil kajian yang di buat oleh ulama falak yang terkenal, Mahmud Basya al-Falakiyang di sebutkannya dalam kitabnya Nata’ij al-Afham fi Taqwim al-`Arab Qabl al-Islam.

Adapun hari, bulan dan tahunnya adalah disepakati, iaitu hari Isnin, bulan Rabiulawal, tahun Gajah.Mengikut tersebut tarikh keputeraan Baginda Shallallahu `alaihi wasallam itu adalah bersamaan dengan 20hb. April, 571 Masihi.

Setelah menyebut semua pendapat tentng tarikh keputeraan Baginda dan setelah membuat kajian dan analisis mengenainya, pengarang berkata:

ويتلخص من هذا ىأن سيدنا محمدا صلى الله عليه وسلم ولد يوم الإثنين ٩ ربيع الأول الموافق ٢٠ ابريل سنة ٥٧١ مسيحية ، فاحرص على هذا التحقيق ولا تكن أسير التقليد


Ertinya: “Disimpulkan daripada ini, bahawa Sayyidina Muhammad Shallallahu `alaihi wasallam itu dilahirkan pada hari Isnin, sembilan Rabiulawal, bersamaan 20hb. April, tahun 571 Masihi. Oleh itu berpeganglah kepada kajian ini dan jangan bertaqlid secara membuta.”

Berkaitan dengan hari Isnin itu, di dalam kitab Shahih Muslim menerusi hadis Abu Qatadah al-Anshari, dia berkata: “Nabi Shallallahu `alaihi wasallam pernah ditanya tentang berpuasa pada hari Isnin, lalu Baginda bersabda:




ذَلِكَ يَوْمٌ وُلِدْتُ فِيْهِ وَيَوْمٌ بُعِثْتُ أَوْ أُنْزِلَ عَلَي فِيهِ (رواه المسلم)

Maksudnya: “(Hari Isnin itu) adalah hari aku dilahirkan, dan hari aku dilantik sebagai rasul, atau pada hari itulah wahyu (pertama) diturunkan kepadaku.”

(Hadis riwayat Muslim)

Sementara petunjuk yang meliputi tentang hari, bulan dan tahun, Imam Muslim telah meriwayatkan daripada Jabir dan Ibnu ‘Abbas:

ولد رسول الله صلى الله عليه وسلم عام الفيل يوم الإثنين الثانى عشر من ربيع الأول، وفيه بعث وفيه عرج به إلى السماء وفيه هاجر وفيه مات ، أى فى فى شهر ربيع الأول.

Ertinya: “Rasulullah Shallallahu `alaihi Wasallam diputerakan pada tahun Gajah,hari Isnin ,dua belas Rabiulawal, dan pada hari Isnin Baginda dilantik sebagai Rasul dan padanya di mi`rajkan ke langit, padanya Baginda berhijrah dan padanya Baginda wafat,yakni pada bulan Rabiulawal.” (Ahsan al-Kalam:6/98

Nampaknya umat Islam adalah sekata memilih riwayat ini sebagai sandaran bagi penetapan tahun, bulan dan hari keputeraan Baginda Shallallahu `alaihi Wasallam tanpa menghiraukan lain-lain teori atau pendapat mengenainya.

Sheikh `Athiyah Saqar Rahimahullah pula berkata bahawa Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam telah bersabda bahawa hari Baginda diputerakan itu mempunyai kelebihan berbanding hari-hari lain. Oleh sebab itu orang-orang beriman hendaklah berlumba-lumba menambahkan pahalanyadengan melakukan perkara-perkara yang baik pada hari yang berkat itu, kerana sudah sedia dimaklumi bahawa jika melakukan amal kebajikan bertepatan pada waktu-waktu yang berkat sudah barang tentu pahalanya berlipat kali ganda.

Jadinya membuat karaian atau kesukaan pada hari itu sebagai tanda syukur kepada Allah Ta`ala di atas limpah kurnianya mengutus nabinya yang mulia adalah suatuperkara yang diperakui oleh syara’ tetapi dengan syarat keraian atau perayaan tersebut jangan dicampur dengan perkara-perkara bathil yang ditegah oleh syara’.


2. Asal Usul

Para sejarawan Islam belum dapat memastikan adanya orang atau pihak tertentu yang pernah mengadakan mengadakan sambutan perayaan maulid Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam sebelum munculnya pemerintahan Fatimiyah.




Mengikut catatan sejarah, Kerajaan Fatimiyah adalah salah satu kerajaan Islam yang pernah menguasai kawasan Maghribi sehingga kawasan Mesir selama lebih kurang 3 abad , iaitu dari tahun 297 sehingga 568H (abad ke-3-6). Di antara khalifahnya: Abdullah al-Mahdi, Abu Qasim Nizar, Ismail (al-Manshurah), al-Mu’iz li Dinilillah, al-`Aziz, al-Hakim fi Amarillah bin al-Aziz,az-Zahir, al-Mustanshir Billah, al-Musta’ala billah dan alAmir fi Ahkamillah (Muhammad Farid Wajdi, Daiirah Ma’arif al-Qarn al-‘Isyrin: 7/314-325).

Berdasarkan catatan ini,selama 297 tahun sejak Hijrah belum ada perayaan berkenaan , dan sejak tahun 297H, barulah perayaan itu diperkenalkan oleh khalifah-khalifah Fatimiyah dangan acara besar-besaran sebagaimana yang di ceritakan oleh pengarang kitab Shubh al-A’sya fi Shina’ah al-Insya’, Ahmad bin Ali al-Qalqasyandidengan tajuk:
جلوسه في مولد النبي صلى الله عليه وسلم في الثاني عشر من شهر ربيع الأول
(Kedudukan Khalifah Dalam Menyambut Tarikh Keputeraan Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam pada 12 Rabiulawal)

Pengarang antara lain menyebutkan bahawa adalah sudah menjadi adat kebiasaan para khalifah Fatimiyyah terlebih dahulu membuat pelbagai jenis manisan seberat 20 qintar ( 1 qintar = lebih kurang 100 kati=20 x 100 = 2000 kati)
Yang dituangkan kepada 300 mangkuk tembaga cina. Kemudian apabila tiba malam maulid, manisan-manisan itupun dibahagi-bahagikan kepada orang-orang yang sedia tercatat namanya di istana seperti qadhi besar, ahli-ahli pembaca al-Quran dan lain-lain.

Sebelum itu, selepas waktu Ashar qadhi besar bersama orang ramai bergerak ke Jami’ al-Azhar sambil melaungkan zikir . Di Jami’ ini mereka mendengar syarahan yang dihadiri oleh khalifah. Selepas acara tersebut, merekapun bersurai.

Demikian dicatatkan secara ringkas dengan pindaan daripada kitab tersebut(Shubh al-‘Asya fi Shina’ah al-Insya’: 3/576).

Perayaan maulid Nabi pada zaman al-Musta’la terhenti lebih kurang selama 29 tahun, kerana pada tahun 488 khalifah al-Musta’la Billah melantik al-Afdal Syahinsyah bin Badar al-Jamali sebagai menteri yang tidak suka perayaan dan tidak dapat dipengaruhi oleh ahli Sunnah.Sehinggalah pada tahun 517 jawatan menteri disandang oleh al-Makmun al-Bathi yang mengeluarkan perintah agar sedekah dibahagi-bahagikan semula pada 13 Rabiulawal 517 sempena menyambut hari keputeraan Nabi. (lihat Ahsan al-Kalam: 6/97).

Apabila pemerintah Fatimiyah berakhir pada tahun 568 dan digantikan oleh pemerintahan al-Ayyubiah al-Kurdiah (569 sehingga 784: Farid Wajdi: 1/799), kebanyakan warisan Fatimiyah dihapuskan dan ditiadakan oleh pemerintahan al-Ayyubiah,tetapi amalan perayaan menyambut maulid Nabi masih mereka kekalkan. (Ahsan al-Kalam: 6/97).



Pada awal abad ke-7 amalan perayaan maulid Nabi dijadikan sebagai salah satu amalan rasmi pihak pemerintah di Kota Irbil di Utara Iraq. Perayaan dijadikan silih berganti pada setiap tahun. Dua hari sebelum tarikh perayaan , binatang ternak seperti unta, sapid an kambing akan dihalau ke tanah lapang untuk disembelih.

Dengan adanya perayaan yang berlaku di Kota Irbil ini bermakna ia telah menjalar keluar dari Mesir buat pertama kalinya dan inilah barangkali yang dicatatkan as-Suyuti di dalam al-hawi sebagaimana yang disebutkan di bawah ini.

Mengikut catatan Imam as-Suyuthi Rahimahullah di dalam kitabnyaal-Hawi, bahawa orang yang mula-mula sekali melakukan sambutan maulid Nabi ialah Penguasa Negeri Irbil, Raja al-Muzfir Abu Sa’id Kukubri bin Zainuddin Ali bin Buktakin (wafat 630 Hijriyyah), salah seorang raja yang amat pemurah dan mempunyai pelbagai warisan yang berkebajikan, dan Bagindalah yang membangunkan Masjid al-Muzfiri di kawasan Safah Qasiyun. (1/292).

Berdasarkan catatan Ibnu Katsir dalam kitab Tarikhnya, bahawa Raja al-Muzfir inilah yang menyambut maulid Nabi dalam bulan Rabiulawal secara besar-besaran. (al-Bidayah wa an-Nihayah: 13/158).

Hal ini diperinci lagi oleh pengarang kitab mir’ah az-Zaman bahawa mengikut cerita orang yang pernah menghadiri salah satu perayaan itu, Raja al-Muzfir menyediakan lima ribu kepala kambing panggang, sepuluh ribu ayam, seratus kuda, seratus ribu keju dan tiga puluh ribu piring manisan.

Perayaan yang diadakan raja ini dihadiri ulama-ulama besar dan para ahli tashawuf,kemudian memberikan pelbagai hadiah kepada mereka.

Untuk menjayakan perayaan ini, baginda membelanjakan setiap tahun tiga ratus ribu dinar. Baginda juga mempunyai rumah tetamu bagi yang dating daripada pelbagai tempat dan peringkat dan memperuntukkan sebanyak seratus ribu dinar untuk perbelanjaan di rumah tetamu ini. Bahkan baginda juga memperuntukkan sebanyak tiga puluh ribu dinar setahun untuk keperluan tanah haram Makkah dan Madinah dan pada masa yang sama nilai pakaian baginda tidak sampai harga lima dirham.

Peryaan yang dibuat oleh Raja ai-Muzafir itu disebutkan juga oleh Ibnu Khalikan ketika mencatatkan riwayat hidup al-Hafiz Abu Al-Khathtab bin Dihyah di mana al-Khaththab ini adalah seorang ulama besar yang dating dari Maghhribi ke Syam dan Iraq lalu pergi ke Negeri Irbil pada tahun 604 Hijriyyah. Di negeri ini dia mendapati Rajanya yang bernama Muzfiruddin bin Zainuddin sangat mengambil berat tentang sambutan maulid Nabi, maka Ibnu al-Khaththab pun mengarang sebuah kitab mengenainya bertajuk at-Tanwir fi Maulid al-Basyir an-Nadzir, dan membacakannya kepada raja. Kemudian raja al-Muzfir member hadiah kepadanya seribu dinar.

Raja ini wafat pada tahun 630 Hijriyyah. (Ibnu Katsir, al-Bidayah wa an-Nihayah: 13/158).

Irbil adalah nama sebuah bandar dan kawasan di utara Iraq, terletak di sebelah timur bandar al-Maousil (Syauqi Abu Khalil, ‘Atlas at-Tarikh al-‘Arabi: 86)

3. Bentuk Sambutan

Berdasarkan pembacaan kita tentang catatan para ulama, acara dan bentuk sambutan maulid Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam yang telah bermula pada zaman pemerintahan Fatimiyah sehingga sekarang, adalah dalam bentuk dan cara yang berbagai-bagai, di antaranya:

- Memperbanyak sedekah, sama ada dalam bentuk makanan (jamuan), mata wang, pakaian dan sebagainya.
- Berzikir dan mendengar syarahan di masjid-masjid, sepertimana yang berlaku pada awal kemunculannya.
- Selain melakukan yang disebutkan di atas, acara telahpun dimulai sebelum masuk bulan Rabiulawal dengan mengadakan persembahan lagu-lagu, tari-menari, membunyikan alat-alat muzik sebagaimana yang berlaku di negeri Ibril. (Ahsan al-Kalam: 6/97).
- Membaca kisah Nabi, seperti berzanji (sama ada satu malam atau selama beberapa malam) di masjid-masjid dan disudahi dengan bacaan doa serta syarahan agama. (HH. Sirajuddin Abbas, 40 Masalah Agama: 3/2-jawi).
- Mendengar syarahan saja.
- Berkumpul dan berarak dan lain-lain.


4. Hukum

Pengarang kitab Ahsan al-Kalam menukil perkataan Syeikh Muhammad al-Fadhil bin ‘Asyur yang bermaksud:

“Abad ke-9 muncul di mana ulama berbelah bahagi di antara yang mengharuskan dan menegah membuat sambutan maulid Nabi.”

Imama as-Suyuthi, Ibnu Hajar al-‘Asqalani dan Ibnu Hajar al-Haitami berpendapat, adalah baik dan harus dilakukan, tetapi menegahnya apabila ia disertai sama dengan perkara-perkara bid’ah . (6/97)

Dengan didasari pendapat imam-imam besar tersebut, maka banyaklah ulama, termasuk dalam mazhab Syafi ‘e yang memfatwakan bahawa adalah sunat memperingati hari keputeraan Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, begitu juga memperingati Isra’ dan Mi ‘raj.

Merayakan hari maulid Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam itu boleh dengan apa sahaja, asalkan ianya diniatkan untuk membesar dan untuk mengagungkan hari keputeraan Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam , begitu juga memperingati Isra’ dan MI’raj.

Namun dalam pada itu, janganlah ada di dalam perayaan itu sesuatu yang ditegah oleh agama, seperti merayakan dengan berjudi, merayakannya dengan tari-menari, merayakannya dengan muzik-muzik, merayakannya semalam suntuk dengan pergaulan bebas muda-mudi dan lain-lain pekerjaan yang jelas haramnya.

Di bawah ini disebutkan beberapa alasan atau dalil yang menghukumkannya sunat iaitu terbahagi kepada dalil khas dan dalil am seperti di bawah ini:



Dalil pertama:

Imam Jalaluddin as-Suyuthi berkata:

انه سءل عن عمل المولود النبى فى شهر ربيع الأول وهل هو محمود أو مذموم وهل يثاب فاعله أولا ؟ والجواب عندى أن أصل المولد الذى هو اجتماع الناس وقراءة ما تيسر من القرآن ورواية الأخبار الواردة فى مبدإ أمر النبي صلى الله عليه وسلم وما وقع فى مولده من الأيات ثم يمد لهم سماط يأكلونة وينصرفون من غير زيادة على ذلك من البدع الحسنة الذى يثاب عليها لما فيه من تعظيم قدر النبي صلى الله عليه وسلم وإظهار الفرح والإستبشريف.

Ertinya:

“Bahawasanya beliau ditanya tentang maulid Nabi pada bulan Rabiulawal, apakah hukumnya menurut syara’, apakah pekerjan itu dipuji atau dicela dan apakah pelakunya diberi pahala atau tidak?”

Jawab saya, (kata Imam as-Suyuthi): “Asas daripada amal maulid itu ialah, bahawa manusia berkumpul, lalu mereka membaca sekadarnya ayat-ayat al-Qur’an, kemudian membaca kisah-kisah sejarah Nabi dan kisah-kisah bagaimana situasinya pada masa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam dilahirkan kemudian mereka bersama dan selepas itu bersurai, tidak lebih daripada itu. Ibadat macam itu adalah bid ‘ah hasanah (bid ‘ah baik), yang diberi pahala mengerjakannya, kerana dalam amal ibadat tersebut terdapat suasana membesarkan Nabi, melahirkankesukaan dan kegembiraan atas lahirnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam yang mulia.” (Al-Hawi: 1/292)

Daripada huraian ini dapatlah disipulkan :

1. Amalan maulid, iaitu berkumpul umat Islam di suatu tempat (di rumah, surau atau masjid) pada setiap bulan Rabiulawal adalah amalan bukan baru, tetapi telah berabad-abad dilakukan oleh orang Islam. Di dalamnya berbagai-bagai aturcara dibuat, seperti membaca sedikit ayat al-Quran dan sedikit kisah Nabi ketika lahir dan sedikit perjalanan hidup dan mu ‘jizat-mu ‘jizat Baginda, di samping untuk menzahirkan kegembiraan dan kesyukura atas kedatangan Baginda membawa agama Islam yang suci.

Sesudah itu mereka berjamu makan minum, sama ada yang disediakan oleh orang perseorangan ataupun orang ramai kemudian bersurai.

2. Ibadat serupa itu adalah bid ‘ah, tetapi bid ‘ah hasanah, kata Imam as-Suyuthi.
3. Orang yang mengerjakan bid ‘ah hasanah masih berpahala, kata Imam as-Suyuthi.
4. Mengadakan perayaan maulid Nabi itu ibadat yang diberi pahala jika dikerjakan, dan tidak berdosa jika ditinggalkan.

Imam as-Suyuthi adalah ulam besar dalam mazhab Syafi ‘e yang jarang ada tandinannya. Beliau lahir tahun 849H, di kampung Asyut, Mesir dan meninggal tahun 911H.


Dalil kedua:

Sayyid Ahmad bin Zaini Dahlan, Mufti Syafi ‘e di Makkah al-Mukarramah dalam kitab Sirah an-Nabi berkata:

جرت العادة ان الناس اذاسمعواذكر وضعه صلى الله عليه وسلم يقومون تعظيما له صلى الله عليه وسلم وهذا القيام مستحب لمافيه من تعظيم صلى الله عليه وسلم وقد فعل ذلك كثير من علماء الأمة الذين يقتدى بهم

Ertinya: “Telah berlaku kebiasaan, bahawa orang apabila mendengar kisah kelahiran Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam mereka berdiri bersama-sama untuk menghormati dan membesarkan Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam. Berdiri ini adalah suatu yang mustahabb (baik), kerana dasarnya ialah membesarkan Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam dan sesungguhnya telah mengerjakan hal serupa itu ramai daripada kalangan ulama ikutan umat.” (I ‘anah ath-Thalibin: 3/363)

Jadi Sayyid Zaini Dahlan berpendapat, bahawa mengadakan maulid Nabi dengan membaca kisah-kisah Baginda berserta dengan berdiri ketika sampai kepada kelahirannya adalah suatu amalan yang baik (mustahabb).

Sayyid Zaini Dahlan ialah Mufti Besar Imam Syafi ‘e di Makkah, meninggal 1304 Hijriyyah.




Dalil Ketiga:

Tersebut dalam kitab as-Sirah, karangan Syeikh al-Halabi:

فقد حكى بعضهم ان الإمام السبكى اجتمع عنده كثير من علماء عصره فانشده قول الصرصرى فى مدحه صلى الله عليه وسلم:

قليل لمدح المصطفى الخط بالذهب
على ورق من خط أحسن من كتب
وأن تنهض الأشراف عند سماعه
قيام صفرفا أو جثيا على الركب

فعند ذلك قام الإمام السبكى وجميع من بالمجلس.

Ertinya: “Telah dikhabarkan, bahawa di hadapan Imam as-Subki pada suatu kali berkumpul ramai ulama pada zaman itu. Kemudian salah seorang daripada mereka membaca perkataan ash-Sharshari dalam memuji Nabi:

“Sedikit tulisan emas memuji al-Mustafa,
pada selembar kertas,
lebih baik daripada kitab yang banyak.
Dan orang-orang mulia berdiri,
ketika mendengar sebutannya,
bersaf-saf atau tunduk hormat.”

Pada ketika itu Imam as-subki dan sekalian ulama yang hadir dalam majlis juga berdiri menghormati Nabi.”
(I ‘anah ath-Thalibin: 3/364).

Imam as-Subki adalah salah seorang ulama besar dalam mazhab asy-syafi ‘e, pengarang kitab Takmilah al-Majmu’, iaitu sambungan daripada kitab al-Majmu’ Syarh Muhadzdzab karangan Imam an-Nawawi.

As-Subki meninggal dunia pada tahun 657H. Beliau berpendapat bahawa berdiri ketika mendengar kisah Nabi dilahirkan adalah suatu pekerjaan yang baik, demi menghormati Nabi.

Dalil Keempat:

Imam Abu Syamah berkata:

ومن أحسن ما ابتدع فى زمننا ما يفعل كل عام فى اليوم الموافق ليوم مولده صلى الله عليه وسلم من الصدقات والمعروف وإظهار الزينة والسرور فإن ذلك مع ما فيه من الإحسان للفقراء مشعر بمحبة النبى صلى الله عليه وسلم وتعظيمه فى قلب فاعل ذلك وشكرالله تعالى على ما من به إيجاد رسول الله صلى الله عليه وسلم الذى ارسله رحمة للعالمين.

Ertinya: “Suatu halyang baik dibuat pada zaman kita ini ialah apa yang dibuat pada tiap-tiap tahun bersamaan dengan hari maulid Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam dengan member sedekah, membuat kebajikan, melahirkan kegembiraan dan kesukaan. Sesungguhnys ysng demikian – di samping dapat berbuat kebajikan kepada fakir miskin – adalah satu bukti adanya perasaan cinta kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam didalam hati orang melakukan perkara-perkara itu, dan juga sebagai tanda membesarkan Baginda dan bersyukur kepada Allah Ta ‘ala atas kurnianya yang telah mengirim Baginda sebagai rasul yang diutus untuk kebahagiaan seluruh makhluk.”
(I ‘anah ath-Thalibin: 3/364)

Imam Abu Syamah juga adalah seorang ulama besar dalam lingkungan mazhab Syafi ‘e. beliau hidup pada akhir abad ke-6 Hijriyyah sehingga awal abad ke-7 Hijriyyah (599-665 Hijriyyah/1202-1267 Masihi) dan beliau adalah guru Imam Nawawi.


Beliau ini berpendapat:

1. Merayakan maulid Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam dengan suatu perayaan dan dengan memperbanyakkan sedekah, amal bakti serta melahirkan kegembiraan kerana maulid itu adalah suatu bid ‘ah hasanah. Bid ‘ah hasanah apabila dibuat mendatangkan pahala.
2. Mengadakan perayaan maulid Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam adalah suatu “manifestasi” daripada kecintaan kita kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam.


Dari pendapat Imam Jalaluddin as-Suyuthi dan Abu Syamah ini kita mendapat isyarat bahawa bid ‘ah itu ada dua, pertama bid ‘ah yang baik (hasanah) dan kedua bid ‘ah yang buruk (sayyi’ah):

1. Bid ‘ah hasanah iaitu suatu pekerjaan yang belum pernah wujud di zaman Nabi tetapi ia suatu pekerjaan yang baik yang mendatangkan faedah kepada masyarakat.

Umpamanya membuat sekolah agama, mengarang buku-buku agama, mengumpulkan al-Quran dalam satu mushhaf, mengadakan university-universiti Islam, membuat kitab-kitab hadis, semuanya ini belum wujud di masa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam masih hidup.

Demikian juga perayaan dan sambutan maulidar-rasul hanya muncul setelah lama Baginda wafat. Ia dianggap sangat baik untuk membangkitkan semula semangat cintakan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Kerana itu ia dibenarkan dan dianggap sebagai bid ‘ah hasanah yng juga mendatangkan pahala apabila dibuat.



2. Bid lah sayyi’ah ialah bid ‘ah yang buruk, yang boleh membawa dosa jika dikerjakan, umpamanya bermain muzik dalam masjid atau lainnya, bercampur-gaul lelaki dan perempuan di tempat-tempat permainan dan di tempat-tempat hiburan atau lain-lain yang tidak dibenarkan oleh syara ‘.






Dalil-dalil Umum Yang Menjadi Dasar Bagi Amalan Maulid


Walaupun amalan maulid itu belum ada pada zaman Nabi namun secara umum ianya dianjurkan oleh agama.

Walaupun tidak nyata nashnya namun secara simbolik Allah dan Rasulnya memang menggalakkan hari maulid, hari Mi ‘raj, hari turun al-Qur’an (nuzul al-Qur’an), hari tahun baru Islam (Hijriyyah), hari ‘Asyura’ dan lain-lain.

Banyak dalil yang bertalian dengan perkara ini, di antaranya:

Dalil pertama:

Tersebut dalam hadis:

أن النبى صلى الله عليه وسلم قدم المدينة فوجد اليهود يصومون عاشوراء فسألهم فقالوا : هو يوم أغرق الله فرعون ونجى موسى ونحن نصومه شكرا فقال : نحن أولى بموسى منكم.
(رواه البخاري ومسلم)

Maksudnya: “Bahawasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam dating ke Madinah, lalu Baginda mendapati orang-orang Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyura’, (hari 10 Muharram). Maka Nabi pun bertanya kepada orang-orang Yahudi itu: “Kenapa kamu berpuasa pada hari ‘Asyura’?” jawab mereka: “Ini adalah hari peringatan, pada hari ini dikaramkan Fir ‘aun dan pada hari ini jug Musa dibebskan, kami berpuasa sebagai tanda syukur”. Maka Nabi bersabda: “Kmi lebih patut menghormati Musa berbanding kamu.”

(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)



Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani, iaitu pengarang Syarh al-Bukhari yang bernama Fath al-Bari mengatakan, bahawa daripada hadis ini dapatlah dipetik hukum:

1. Umat Islam dibolehkan dan bahkan dianjurkan, agar memperingati hari-hari yang bersejarah, hari-hari yang dianggap besar, umpamanya hari maulid dan lain-lain.
2. Nabi pun memperingati hari karamnya Fir ‘aun dan bebasnya Musa dengan melakukan puasa ‘Asyura’ sebagai syukur atas hapusnya kebatilan dan tegaknya kebenaran. ( Fath al-bahri:4)










Dalil kedua:

Allah berfirman dalam al-Quran al-Karim:




فالذين عامنوا به وعزروه ونصروه واتبعوا النور الذى أنزل معه أولئك هم المفاحون

(سورة الأعاف : ١٥۷)

Maksudnya: “Maka orang yang beriman kepadanya (Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam), dan memulikannya, juga menolongnya serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (al-Quran), mereka itulah orang-orang yang berjaya.”
(Surah al-A ‘raf: 157)


Di dalam ayat ini dinyatakan dengan tegas, bahawa orang-orang yang memuliakan Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam itu adalh orang yang Berjaya. Merayakan maulid Nabi tidak syak lagi adalah rangka memuliakan itu.

Bukan saja merayakan maulid, tetapi juga merayakan hari Mi’raj, hari Hijrah dan lain-lain itu adalah memuliakan namanya. Sekalian orang yang memuliakan Nabi itu akan mendapat syurga insya’ Allah.

Ayat ini umum dan sangat luas tafsirnya. Apa jua yang dilakukan jika niat memuliakan Nabi, maka pekerjaan itu diberi pahala. Kecualilah perkara-perkara yang memang bertentangan dengan ajaran Islam, pahala tidak dapat, sebaliknya kutukan pula yang datang.

Umpamanya, seorang mengadakan perayaan maulid, walaupun dengan tujuan untuk memuliakan Nabi, namun disulam dengan judi, menyabung ayam, dengan lakonan orang lelaki memakai pakaian wanita dan wanita memakai pakaian lelaki, maka semua ini bukan mencari pahala tetapi mengundang kepada laknat Allah.

Dalil ketiga:

Allah berfirman:


إنى معكم لئن أقمتم الصلوة وءاتيتم الزكوة وءا منتم برسلى وعزرتموهم وأقرضتم الله قرضا حسنا لأكفرن عنكم سيئاتكم ولأدخلنكم جنت تجرى من تحتها الأنهر
( سورة المائدة : ١٢)


Tafsirnya : “Sesungguhnya Aku berserta kamu jika kamu mengerjakan sembahyang dan menunaikan zakat serta beriman kepada rasul-rasulKu, dan kamu muliakan mereka, dan kamu member pinjam kepada Tuhan dengan apa saja yang baik, nescaya akan Aku ampuni dosa-dosa kamu, dan akan Aku masukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di dalamnya beberapa sungai”.

(Surah al-maidah:12)


Erti: “"عزرتموهم ialah “memuliakan mereka”. (Tafsir ath-thabari: 6/151)


Dalil keempat:

Allah berfirman:

وَمَن يُعَظِّمُ شَعَئِرَ اللهِ فَإِنَّهَا مِن تَقْوَى اْلقُلُوبِ

(سورة الحج: 32)

Tafsirnya: “Dan barang siapa yang memuliakan tanda-tanda kebesaran Allah sesubgguhnya itu adalah sesuiatu manifestasi dari hati yang bertaqwa kepada Tuhan

(Surah al-Hajj:32)



Nabi kita, Muahmmad Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam adalah ‘syi’ar’, kerana dengan munculnya Baginda, dunia mengetahui Allah Yang Maha Esa.

Maka memuliakan syi’ar Allah ini adalah membuktikan hati taqwa kepadaNya. Orang yang hatinya tidak bertaqwa tidak akan memuliakan Nabi.

Dalil kelima:

Nabi bersabda:

لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتىَّ أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ
(سورة البخاري ومسلم)

Maksudnya: "Belum sempurna iman seseorang kamu, kecuali saya lebih dikasihinya daripada ibu bapa, anak-anak dan manusia keseluruhannya.”

(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis ini dinyatakan bahawa iman itu belum wujud atau belum sempurna pada seseorang, kecualilah orang itu mengasihi Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam melebihi daripada kasihnya kepada keluarganya (anak dan isterinya), hartanya dan seluruh manusia.

Jadi iman itu, ada ataupun tidak, sempurna ataupun tidak adalah tergantung kepada isi hati seseorang. Jika dalam hatinya dia mengasihi Nabi melebihi daripada mengasihi orang lain, hatta keluarganya, maka barulah imannya itu dianggap sempurna.

Dalil keenam:

Tersebut dalam hadis:

Maksudnya: “Datang seorang Badwi kepada Nabi, lalu dia bertanya: “Wahai Rasulullah, bilakah kiamat itu datang?” Nabi menjawab: “Apa yang telah engkau sediakan untuk menemui Hari Kiamat itu?”

Badwi itu menjawab: “Saya tidak menyiapakan sembahyang yang banyak, juga tidak puasa yang banyak, melainkan aku adalah (benar-benar mencintai Allah dan RasulNya).”

Nabi menjawab: “Seseorang itu (di akhirat) akan bersama-sama orang yang dicintainya.”

(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)



Manurut hadis ini, sekalian orang yang mencintai Allah dan Rasul akan bersama-sama Allah dan Rasul di akhirat nanti.

Maka merayakan ulang tahun maulid Nabi dengan membaca berzanji, membaca puji-pujian, membaca maulid atau bersyarah agama serta berdiri sambil membaca ‘marhaban’ itu adalah suatu tanda tentang kecintaan kita terhadap Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam.

Kerana itu ia menjadi punca pahala termasuklah juga akan turut dapat itu ialah sekalian orang yang terlibat menyumbangkan tenaga, keringat dan wangnya untuk perayaan ini.




Imam al-Ghazali, seorang ulama dalam lingkungan mazhab asy-Syafi’e, membahagikan cinta itu kepada tiga:

1) Hubb asy-syafaqah, kasih sayang kepada anak-anak kita.
2) Hubb syahwat, kasih sayang kerana syahwat, seperti kasih kepada wanita, kasih kepada kekasih dan kasih kepada dunia.
3) Hubb at-ta’zhim. Iaitu kasih ‘memuliakan’ seperti kepada ibu bapa dan kasih kepada ketua-ketua.

Adapun kasih kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bukanlah ia hubb asy-syafaqah, dan bukan juga hubb syahwat, tetapi ia adalah hubb at-ta’zhim, iaitu kasih kerana hormat dan memuliakan baginda itu.

Jadi membaca riwayat Baginda, membaca selawat kepada Baginda, membaca madah atau puji-pujian terhadap Baginda, adalah semua itu terangkum dalam rangka hub at-ta’zhim, yakni kasih dan cinta kerana hormat dan memuliakan Baginda.

Berdiri membaca "مَرْحَبًا جَدَّ الْحُسَين"atau "طَلَعَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا" adalah suatu pekerjaan yang baik, yang dibeti pahala jika diniatkan untuk menghormati dan memuliakan Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam.

Imam al-Bushairi (yang meniggal tahun 695) pengarang Amin Tadzakkur berkata dalam Qasidah al-Burdahnya begini:

دع ما ادعته النصارى فى نبيهم

واحكم بما شئت فيه مدحا واحتكم

وانسب إلى ذاته ما شئت من شرف

وانسب إلى قدره ما شئت من عظم

Ertinya: “Tinggalkanlah apa yang diserukan oleh orang Nashrani tentang nabinya, kerjakanlah apa yang engkau sukai dalam memujinya, taruhkanlah kepada Baginda apa saja kemuliaan yang engkau suka dan letakkanlah kepada pangkatnya apa saja yang engkau kehendaki.” (Qasidah al-Burdah)





Nazam ini menegaskan, bahawa kita umat Islam boleh memuliakan Nabi kita dengan apa saja yang berupa kemuliaan, tetapi janganlah kita tiru orang Nashrani memuliakan nabinya dengan menganggapnya Tuhan di samping Rasul Tuhan. Baginda juga manusia serupa orang lain, cuma keadaan dan kedudukan Bgainda sangat mulia, melebihi kemuliaan seluruh makhluk.

Pangkat dan darjat Baginda (Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam) sangatlah tinggi, selaku Rasul Allah, Baginda dideretkan dengan nama Tuhan, dan sehingga tidaklah sah Islam seseorang jika tidak mengakui keesaan Allah dan tidak mengakui kerasulan Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam.

Masalah ‘berdiri’ apakah ‘berdiri’ itu menandakan penghormatan?

Jawabnya: Ya.

Dalam sejarah Islam berlaku suatu ketika sedang Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam duduk bersama sahabat-sahabat, datanglah seorang kepala suku Aus namnya Sa’ad bin Muaz. Anak buah Sa’ad yang ketika itu ada bersama-sama Nabi tidak berdiri menyambut ketuanya itu, lalu Nabi pun bersabda kepada mereka:

قُومُوا إِلَى سَيِّدِكُمُ
(رواه البخاري)

Maksudnya: “Berdirilah kamu menyambut ketua kamu.”

(Hadis riwayat al-Bukhari)

(Lihat buku sejarah Muhammad Rasulullah, karangan Muhammad Redha, halaman 238).

Dalam peristiwa ini ternyata bahawa ‘berdiri’ untuk menyambut kedatangan orang besar atau ketua dianjurkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam sendiri.

Dalil ketujuh:
Firman Allah Ta’ala:
وَذَكِّرْهُم بِأَيَّمِ الله
(سورة ابراهيم: 5)

Tafsirnya: “Dan ingatkanlah merreka dengan hari-hari Allah.”
(Surah Ibrahim:5)



Maksud hari-hari Allah di sini ialah peristiwa-perristiwa yang bersejarah bagi sesuatu umat yang mengandungi nikmat-nikmat ppertolongan Allah, atau bala bencanaNya yang membawa kepada naik atau jatuhnya sesuatu umat itu. (Tafsir ar-Rahman: 596)

Kelahiran Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam merupakan peristiwa amat bersejarah yang mengandungi hikmah dan nikmat besar.

An-Nasa’I, Abdullah bin Ahmad dalam kitab Zawaid al-Musnad, dan al-Baihaqi dalam kitab Syu’ab al-Iman telah mentakhrijkan daripada Ka’ab daripada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam:


أَنَّهُ فَسَّرَ اْلأَيَّامَ فِى اْلآيَةِ بِنِعَمِ اللهِ وَآلاَئِهِ

Maksudnya: “Bahawa sesungguhnya Bgainda mentafsirkan الأيام (hari-hari) dalam ayat itu dengan: “Nikmat dan tanda-tanda kebesaran Allah. “ (Tafsir al-Alusi: 13/188)

Oleh itu memperingati hari keputeraan Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam adalah merupakan pernyataan bersyukur terhadap nikmat Allah yang tidak ada tolok bandingannya.


5. Hikmah Maulid

Pengarang kitab I’anah ath-Thalibin menukilkan pendapat beberapa ulama tentang maulid, hikmah dan khasiatnya.

• As-Sakhawi:

“Amalan maulid itu muncul selepas abad ke-3 Hijriyah. Selepas itu umat Islam dari pelbagai negeri dan kota-kota besar terus mengamalkan perayaan maulid ini dengan bersedekah pada malam harinya dengan berbagai-bagai jenis sedekah dan juga secara khusus membaca sirah kelahiran Nabi. Dan adapun kesan daripada amalan ini, mereka itu telah beroleh berkatnya.

• Ibnu al-Jawzi:

“Di antara khasiat atau berkat mengadakan perayaan maulid ialah beroleh kedamaian dan kegembiraan pada tahun yang berkenaan itu.”

• Al-Hsan al-Bashri:

“Sekiranya aku mempunyai emas seperti sebesar gunung Uhud, aku akan membelanjakannya untuk membacakan kisah maulid Nabi.”



• Ma’ruf al-kurkhi:
“Barang siapa membuat persiapan majlis kerana membaca kisah maulid Rasul, menyiapkan jamuannya, menghimpunkan teman-teman, menyalakan lampu, memakai pakaian baru, berwangi-wangian dan berhias semata-mata untuk mengagungkan hari keputeraan Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, dia akan dihimpunkan Allah pada Hari Kiamat bersama-sama dengan rombongan pertama para Nabi dan ditempatkan di dalam syurga yang tertinggi.”

Dan barang siapa yang membacakan kisah maulid Rasul kepada mata wang dirham emas atau perak, dan kemudian dia mencampurkannya dengan mata wang yang lain, maka akan diberkati semuanya, dan pemiliknya pula tidak akan miskin dan tidak pernah kekosongan wang.

• Imam al-Yafi’e al-Yamani:

“ Barang siapa yang menghimpunkan orang ramai bagi tujuan mengadakan perayaan maulid Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, menyediakan makanan dan tempat, bersedekah dan menjadi sebab diadakan kerja-kerja pembacaan kisah maulid Nabi, maka dia akan dibangkitkan oleh Allah pada Hari Kiamat bersama-sama dengan para shiddiqin dan shalihin, dan ditempatkan dalam syurga an-Na’im.”


• As-Sirri as-Saqthi:

“Barang siapa yang berjalan menuju ke tempat pembacaan kisah maulid Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, bermakna dia itu berjalan menuju salah satu taman syurga, kerana berjalannya ke tempat tersebut semata-mata oleh dorongan cinta terhadap Bgainda.”

• As-Suyuthii:

“Tiada mana-mana rumah, atau masjid, atau tempat yang dibaca padanya kisah maulid Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, melainkan malaikat menaungi penghuni tempat berkenaan serta dilimpahi oleh Allah dengan kurniaNya.”

Mana-mana rumah orang Islam yang dibacakan kisah maulid Nabi di rumahnya, Allah akan angkatkan kemarau, bencana, kebakaran, kerosakan, bala, kebinasaan, musibah, kemarahan hasad dengki, pandangan jahat dan pencuri daripada penghuni rumah berkenaan. Dan jika dia mati, Allah mudahkan baginya menjawab pertanyaan Munkar dan Nakir serta ditempatkan pada kedudukan yang hak di sisi Allah”. (3/364-365)

Seterusnya pengarang berkata:

“Saya bercakap panjang mengenai maulid ini sebagai mendorong dan menggalakkan saudara-saudara untuk membaca kisah maulid Nabi itu semoga Allah memberi taufiq kepada kita semua agar terus membaca kisah maulid Nabi yang mulia dan mengeluarkan perbelanjaan untuk menjayakan pada bila-bila masa saja.” (I’anah ath-Thalibin: 3/3665)



6. Kesimpulan

1. Mengadakan perayaan-perayaan maulid pada tiap-tiap tahun adalah sunat hukumnya, kerana termasuk dalam ibadat memuliakan Nabi dan mengasihi Nabi yang sangat dianjurkan oleh Allah dalam kitab suciNya. Hukum sunat ini hanyalah berlaku apabila tidak dicampur dengan perkara-perkara haram.

2. Bacaan-bacaan yang dibaca ketika itu boleh apa saja kitab yang memuji dan mengandungi sejarah Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, atau kita mengadakan syarahan yang berkaitan dengannya.

3. Perbuatan berdiri ketika ‘marhaban’ adalah sunat sekiranya diniatkan menghormati Nabi Muhammad di akhirat nanti.

Mudah-mudahanlah Allah Yang Maha Pemurah akan sentiasa menganugerahkan kita dengan rahmat dan taufikNya, sehingga dapatlah kita berterusan memuliakan NabiNya, Sayyidina Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam.




والله أعلم بالصواب

Negara asal : Brunei darussalam

Badan yang mengisu fatwa : Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam.

Tarikh Diisu : 2003