Tuesday, June 29, 2010

Kisah Di Sekolah Gajah..Dia Curi Pisang Saya!!



ini bukan pertama kali saya pernah sampai di Dumai. Kira-kira hampir Asar, setelah bertolak naik feri kira-kira jam 9 pagi dari Pelabuhan Kelang, Malaysia. Di kawasan pelabuhan itu, di bawah pokok saya makan sate Padang dengan beberapa penumpang yang tadinya sama-sama dalam feri.

"Kira-kira 15 tahun lalu saya pernah ke sini.. Saya membawa pelancong-pelancong Malaysia melawat sekolah gajah berhampiran pekan Duri di sini.." Saya memulakan perbualan.

"Sekolah gajah? Ai, gajah pun bersekolah juga?" tersentak ibu didepanku, terkejut.

Hal ini membuat ingatanku terbang menghimbau kisah-kisah lama di sini. Di mana sebuah berita antarabanga WWF atau World Wide Fund For Nature telah membuat filem dokumentari mengenai konflik gajah dan manusia di Riau. Berita yang menyorot ingatan semasa saya bersama-sama Syarikat GG Edar melawat Pusat latihan Gajah yang saya namakan 'sekolah gajah' waktu itu.

Dumai ialah sebuah bandar pelabuhan, kaya dengan minyak seperti Kelantan dan Terngganu kalau di Malaysia Barat. Dari Dumai ke pekan Duri, terus arah ke Pekan Baru kira-kira 2 jam perjalanan dengan Toyota Kijang, merentasi kampung, kawasan pembalakan dan hutan belantara. Masih terbayang, apabila pekerja-pekerja di situ kerumuni kami, seolah-olah kami orang luar pertama melawat pusat latihan yang baru dibina itu. Termasuk beberapa pemuda 'pawang gajah' jurulatih handal berpengalaman, yang diimport dari Thailand.

Mereka terus buat pertunjukan, dipanggilnya 10 ekor gajah. "Pusat Latihan ini baru dibuka." kata salah seorang jurulatih atau pawang gajah itu, memberi taklimat. "Tapi yang 10 ini adalah terbaik dari 80 ekor yang ada."

"Yang lain di mana?" Saya tanya, kerana saya tak nampak pun, di dalam kawasan yang kira-kira 4 ekar itu. "Di mana tempat tidur mereka?"

"Oooo. Kalau bapak datang ke sini kira-kira jam 9 pagi atau 5 sore, saya akan bawa bapak ke tepi sungai belakang pusat latihan ini.." katanya, sambil jarinya menunjuk arah sebuah kawasan semak berlorong menuju sebuah sungai dibawah pohon-pohon besar. "Bapak bisa lihat, mereka mandi-manda ramai-ramai. Lepas itu mereka pulang. Mereka datang, bila kami panggil."

"Eh. Bagaimana makan-tidurnya, tak diberi?" Antara kami bertanya.

"Aah, itu urusan mereka sendiri! Rimba inilah kampung halaman mereka, tiada manusia yang terganggu di sini." Sambung jurulatih itu sambil terkekeh-kekeh tertawa.

Pertunjukan pun bermula.

"Siapkan barisan!!" Perintahnya dengan suara nyaring kepada gajah-gajah itu. Semua gajah-gajah itu mengikut, kecuali seekor anak gajah, yang tidak indahkan peraturan, nampaknya. Pawang jurulatih itu pun tidak ambil kisah.

Sesudah berbaris, gajah itu disuruh duduk.

"Ya, bapak. Sila hulurkan tanganmu, bersalaman degan gajah-gajah ini." Saya pun bersalaman dengan belalainya, satu persatu hingga selesai barisan itu.

Diperintahkan gajah itu bermain bola. Tiap gajah, ada seorang gembala atau pawang jurulatih itu ditengkuk yang sentiasa mengawalnya. Gajah itu menyepak bola ke kiri ke kanan. Disuruh pula meniti jambatan diperbuat dari papan tebal. Lebarnya kira-kira 1-2 kaki, agak jauh puluhan kaki juga... susunannya bagai itek berbaris berlenggang pulang petang.

Seterusnya, gajah-gajah itu disuruh berjalan melintasi beberapa anak muda yang bergelipangan berbaring di atas tanah. Gajah itupun berjalan, meletakkan kakinya di celah anak-anak muda yang berbaring itu, berhati-hati hindari dari terpijak pemuda itu. Beberapa gajah sudah lulus ujian.

Tetapi, tiba-tiba seorang dari pemuda yang berbaring itu melompat bangun lari lintang pukang dari pembaringan itu. Pemuda-pemuda lain pun terus mengikut begitu satu persatu. Menyebabkan acara itu tidak jadi diteruskan. "Mengapa?" Saya tanya spontan.

"Aku kenal gajah-gajah itu Pak. Yang hampiri aku tadi itu, antara yang paling degil. Aku nampak dia naik angin Pak. Aku yakin dia akan pijak aku betul-betul! Sebab itulah aku lari. Jangan sampai penyet tak bernapas!!" Jelasnya dalam kepenatan.

Acara berikutnya, menunggang gajah ala cowboy, sehingga dua kaki depannya terangkat ke atas. Ini antara acara paling menarik, sehingga penonton-penonton bersorak-sorai gembira. Dan banyak lagi acara-acara lain seperti bergayut di belalinya beramai-ramai, semua gajah berbaring tidur macam manusia, atau bersalaman sesama sendiri belalai bertemu belalai bagaikan tanda perpisahan.

Bila tahu kami akan pulang, gajah-gajah dan pekerja-pekerja sekolah tersebut berkumpul bersama-sama mengucapkan salam perpisahan dan bergambar beramai-ramai. Seolah-olah suasana sedih menyelubungi perasaan masing-masing. Mereka mengharapkan kami akan membawa lebih ramai lagi pengunjung-pengunjung menziarahi mereka.

"Kalau bapak mahu beli gajah, atau ada syarikat-syarikat teman bapak mahu membeli atau menyewa gajah kami untuk pertunjukan dan sebagainya, sila datang ke sini, bisa pilih Pak!" Kata salah seorang pegawai pemasaranya.

Gajah pun boleh ikut peraturan kalau betul cara didiknya, apa lagi manusia. Kanak-kanak yang dilahirkan bersih, cuma peranan ibubapanya, yang men'yahudi-nasrani'kan. Begitu juga bagi sesebuah kerajaan, maju mundurnya terletak kepada kemampuan peminpinnya. Bila negara menghadapi masalah buang anak, masalah seks remaja, dan sebagainya, siasatlah tentu ada cacat cela pemerintahnya. Sila betulkan. Kalau pemerintah masih degil juga, tukar pemimpin atau tukar kerajaan. Pilih parti yang mahukan kemajuan dunia akhirat menurut Islam.

Tiba-tiba terdengar suara riuh orang ramai dari arah kedai makan dan buah-buahan di belakang kami. Tuan gerai itu menjerit..

"Dia curi pisang saya! Dia curi pisang saya!" Sambil menunjukkan arah seekor anak gajah yang melarikan se sikat pisang. "Kami nggak bisa buat apa-apa, karena dia kuat!"

Itu baru se sekor anak gajah yang sedang ditarbiah, apa lagi kalau anak seorang pemimpin negara. Teruk lagi kalau ianya seorang bapak kepada pemimpin-pemimpin, atau pemimpin no 1 negara yang tidak pernah ditarbiah secara Islam untuk memimpin umat majoriti Islam?? Jauh panggang dari api!

Friday, June 25, 2010

Kaedah Bagaimana Gambar Muslimah Dieksploitasikan Jadi Lucah

Sekali lagi, saya rasa terpanggil untuk “bertanggungjawab” terhadap penulisan saya sebelum ini. Tentang pengeksploitasian gambar muslimah yang bertudung.

Sebelum itu, suka untuk saya beritahu di sini bahawa saya tidak punyai sebarang kepentingan dan keuntungan daripada penulisan ini, cuma saya mengharapkan “maruah” seorang muslimah itu terpelihara.

Juga ingin saya beritahu bahawa “memang gambar yang statik, tidak dapat ditembusi pakaiannya”, tetapi anda perlu ingat, ia boleh “dieksploitasi”. Ayat ini sudah saya ulangi banyak kali, namun masih ada yang belum jelas. Jadi, di dalam ruang ini, ingin saya dedahkan secara terperinci bagaimana gambar ini boleh dieksploitasikan.

Pertama : Kaedah Penghasilan 3D

Saya antara penggemar software Lightwave, dan selama 5 tahun saya menggunakan software ini, saya menyedari bahawa cukup mudah untuk menghasilkan tubuh badan manusia. Bahkan, sejak kebelakangan ini, lebih banyak software 3D yang muncul, khas untuk menghasilkan tubuh badan manusia.

Semasa penghasilan sesuatu tubuh badan, kita memerlukan rangka. Atau istilah yang biasa digunakan di dalam software ialah “bone” (tulang). Di hujung “bone” ini, adalah sendi. Bone inilah yang membentuk asas tubuh seseorang, samada tinggi, lebar dan sebagainya.

Dalam masa yang sama, pada tubuh setiap manusia terdapat titik-titik sendi yang utama. Contohnya di tengkuk, bahu, siku, pergelangan tangan, pinggang, kemaluan, lutut dan buku lali. Ini adalah kebiasaannya.

Cara untuk men”3D”kan sebatang tubuh berdasarkan gambar ialah, dengan cara mendapatkan gambar tersebut. 3 gambar seorang wanita yang menutup aurat, dengan 3 aksi yang berbeza sudah cukup untuk mengeksploitasikannya kepada 3D.

Contohnya, gambar pertama seseorang itu sedang duduk, dan tangkap dari sudut sisi. Dari situ, kita dapat meletakkan titik-titik sendi, di tengkuk, pinggang lutut dan siku. Gambar kedua pula adalah aksi berdiri seperti biasa dan ditangkap dari depan. Lebih mudah untuk meletakkan titik-titik sendi, iaitu di tengkuk, bahu dan pinggang.

Begitulah gambar yang keseterusnya. Setelah titik-titik sendi ini diletakkan, dan dipadankan dengan kesemua gambar, maka akan membolehkannya “memasang” tulang-tulang tadi (bone), dan menghasilkan satu kerangka tubuh berdasarkan gambar tersebut.


Contoh "bone" yang cuba dipadankan dengan gambar

Setelah penghasilan kerangka, lalu dilihat kembali kepada gambar-gambar tadi untuk mengukur saiz-saiz pada anggota badan. Iaitu membentuk tubuh badan berdasarkan bentuk-bentuk yang “matching” dengan kerangka tadi. Contohnya, saiz pada dada dan pinggul yang dapat dikesan daripada gambar tadi.




Contoh penukaran daripada gambar statik kepada 3D. Cuma pen"3D"an ini dibuat daripada gambar yang "tidak menutup aurat". Bagi gambar menutup berpakaian, boleh dipadankan, seakan-akan sama dengan sebenar.



Saya tak pasti, adakah penghasilan 3D ini dibuat daripada gambar, atau discan daripada wajah sebenar.


Setelah itu, terhasillah satu bentuk tubuh badan yang telanjang daripada rekaan 3D tadi. Lebih teruk apabila wajah mangsa juga di”3D”kan, untuk menghasilkan diri seorang wanita yang seksi berdasarkan gambar. Atau dengan kata lain, olahan daripada gambar statik kepada 3D yang mempunyai bentuk-bentuk.

(sila lihat gambar di atas)

Tidak hairan, sekarang ini sudah banyak filem-filem lucah dalam bentuk 3D. Tidakkah anda risau sekiranya karakter dalam filem lucah 3D itu adalah orang yang anda kenal? Atau diri anda sendiri? Na’uzubiLlah. Dari manakah mereka boleh mengumpulkan gambar-gambar ini? Saluran yang paling mudah ialah Facebook!

Kedua : Super Impose

Teknik ini sudah diketahui ramai, tetapi ramai yang “terleka” mengenainya. Teknik ini begitu mudah, dengan hanya menggunakan Adobe Photoshop, sudah mampu untuk menghasilkan gambar seorang yang bertudung tetapi bertubuh “tidak berpakaian” sepertimana yang telah dieksploitasikan sejak kebelakangan ini.

Saya antara penggemar Adobe Photoshop dan saya telah menggunakannya selama 8 tahun, daripada 2002 lagi. Di dalam Adobe Photoshop terdapat pelbagai alat (tool) yang disediakan, antaranya clone stamp, smudge, blur, curves, hue/saturation dan banyak lagi. Anda boleh tengok sendiri dan pelajari kaedah-kaedah menggunakannya.

Cara yang mudah, hanya memerlukan gambar seorang wanita “walaupun bertudung”. Gambar tersebut “dikerat” pada bahagian tudung, beserta muka. Kemudian dipadankan dengan mana-mana tubuh bogel yang sesuai, ataupun menggayakan aksi yang hampir sama.

Boleh juga dengan cara “mengerat” di bahagian muka sahaja, kemudian ditampal pada wajah-wajah perempuan bogel. Maka, ia akan menghasilkan seorang yang berwajah melayu, tetapi tidak berpakaian. Untuk menambahkan “real” pada gambar, maka perlu menggunakan curves, hue/saturation dan sebagainya bagi memadankan warna muka dengan tubuh badan. Bahkan mengawal pencahayaan bagi grafik tersebut.

Teknik ini sudah ramai yang tahu, dan menyedari kesan buruknya, tetapi tidak ramai yang berjaga-jaga dan berhati-hati. Ini kerana mereka mungkin berkata “isy.. takkan la gambar kita.. gambar orang lain ramai lagi...” Walaupun anda memberikan sejuta alasan, ia tetap tidak menghalang niat-niat jahat golongan tertentu untuk mengeksploitasikan gambar tersebut.

Anda jangan terkejut, sekiranya laman utama sebuah web lucah tertera gambar anda dengan menggayakan aksi yang melampau. Ataupun gambar orang yang anda kenal. Gambar hasil superimpose ini menjadi bahan tarikan untuk ke web tersebut, dengan menggunakan istilah “malay sex” atau seumpama dengannya.

Dari manakah mereka memperolehi gambar-gambar ini? Saluran yang paling mudah dan cepat ialah melalui Facebook! Inilah dunia hari ini. Semoga teguran ini bermanfaat.


Agak-agak la.. tengok muka budak ni, macam tak percaya je dia jadi Hero Filem.. Kalau nak tengok lagi, sila klik sini (link)

Ketiga : Melukis Semula

Cara ini agak ketinggalan zaman, dan saya kira ia sudah tidak dilakukan pada zaman sekarang. Saya juga antara orang yang gemar melukis dan memang meminati kartun dan lukisan potret. Bagi saya, nak melukis bentuk badan manusia cukup mudah, apatah lagi watak-watak kartun yang dihasilkan di dalam televisyen.

Pada zaman sekarang, lukisan Manga (lukisan Jepun) telah banyak dicemari dengan watak-watak seksi seperti Sailormoon dan komik-komik Jepun sendiri. Lukisan yang seksi ini boleh mem”blue”kan otak pembaca. Apa nak hairan, komik khas yang berunsur lucah pun memang diterbitkan. Apatah lagi komik pendekar yang berwatak lucah.

Pada zaman dahulu, ada di kalangan seniman-seniman dunia yang melukis wanita yang tidak berpakaian, kemudian lukisan tersebut dianggap sebagai satu seni yang agung. Semua orang tahu, kisah yang dipaparkan di dalam Filem Titanic, lebih kurang begitulah.

Lukisan Leornado Da Vinci.. terpaksa dihitamkan..

Saya sebagai seorang pelukis, ingin memberitahu bahawa pelukis-pelukis ini ada yang mampu melukis wajah anda sebijik. Antaranya, ketika berada di bangku sekolah, saya mampu melukis gambar kawan saya yang sedang tidur di atas meja (kawan lelaki). Dalam otak ini, pernah je syaitan berbisik, lukis la gambar perempuan pulak.

Betapa mudahnya melukis gambar orang, walaupun tidak jadi 100%, tapi irasnya cukup jelas. Di dalam kes peng”eksploitasi”an gambar ini, lebih mudah! Caranya hanya mencopy gambar daripada Facebook atau saluran-saluran yang sesuai, kemudian melukis wajahnya dan tubuh badannya sekali.

Apatah lagi apabila gambar begitu banyak dalam Facebook, bertambah mudah untuk melukis wajah-wajah yang bertudung, yang diubah menjadi seperti tidak berpakaian! Tak susah pun.. Cuma setakat ni, alhamdulillah, tangan ini masih dijaga oleh Allah daripada disalahgunakan.

Tapi cuba anda bayangkan, sekiranya ada orang lain yang cuba menyalahgunakan gambar anda. Mereka melukis wajah anda, tetapi ditambah dengan tubuh badan yang seksi? Adakah anda tidak takut dengan perkara ini?

Realiti yang terjadi, hari ini ramai kartunis-kartunis yang melukis wajah orang yang mereka benci dengan menggayakan aksi yang tak senonoh, untuk mengutuknya. Contoh kita boleh lihat wajah Obama yang paling mudah untuk dieksploitasikan melalui lukisan. Apakah anda tidak sedar, kemungkinan gambar anda turut diperlakukan sedemikian?


Kalau dalam bentuk kartun, tak kisah sangat.. Tapi kalau bentuk potret? Fikir-fikirkan. Semoga nasihat ini berguna.


Kesimpulan

Peringatan dan nasihat ini saya sampaikan tanpa mendapat sesen pun. Cuma, saya ingin menyelamatkan “maruah” kaum wanita muslimah. Islam mengajar dua perkara penting dalam konteks ini. Iaitu, “wajib menutup aurat” dan “wajib menjaga pandangan”. Kedua-dua hukum wajib ini untuk lelaki dan perempuan.

Maka, apabila kita menyiarkan gambar-gambar kita (muslimah) di dalam Facebook, seolah-olah kita memberi ruang kepada orang lain untuk “tidak menjaga pandangan mereka”. Memang benar kita menutup aurat, tetapi kita juga perlu berusaha supaya mengelakkan orang “tidak dapat menjaga pandangan” disebabkan kita.

Peringatan kepada mereka yang “pandai” dalam bab-bab 3D grafik, lukisan potret dan adobe, janganlah anda menyalahgunakan kelebihan yang diberikan oleh Allah. Gunakan kemahiran itu untuk kebaikan.

Thursday, June 24, 2010

7 Sunnah Nabi Yang Patut Dilakukan

Oleh: asshafiee

"Tujuh Sunnah Rasulullah yang perlu diamalkan ialah :

Solat Tahajjud

Solat Tahajjud ialah solat apabila terjaga daripada tidur malam. Sebaik-baiknya 1/3 malam yang terakhir iaitu dalam lingkungan jam 3 atau 4 pagi. Jumlah rakaat sekurang-kurangnya 2 rakaat. Di antara fadhilatnya :






  1. Mendapat pengawasan Allah dan menampakkan kesan ketaatan di wajahnya.
  2. Dikasihi oleh para ahli ibadah dan org mukmin.
  3. Percakapannya menjadi hikmah dan bijaksana.
  4. Dimudahkan hisab ke atasnya.
  5. Mendapat catatan amal dari tangan kanan.
Firman Allah SWT yang bermaksud :


“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat Yang Terpuji. (Al-Isra : 79)Membaca Al-Qur'an Sebelum Terbit Matahari


Membaca Al-Quran merupakan salah satu sunnah Rasulullah terutamanya membaca Al-Quran pada waktu sebelum terbitnya matahari. Besar pahala bagi orang yang mebaca Al-Quran dan mentadabbur isinya. Jadikan Al-Quran sebagai panduan hidup dan jangan dijadikan Al-Quran sebagai bacaan bacaan sahaja. Jadikan Al-Quran sebagai bacaan, panduan dan membudayakan Al-Quran dalam setiap perkara dalam kehidupan kita. Firman Allah yang bermaksud :


“Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan Yang amat betul (ugama Islam), dan memberikan berita Yang mengembirakan orang-orang Yang beriman Yang mengerjakan amal-amal soleh, Bahawa mereka beroleh pahala Yang besar.” (Al-Isra : 9)


Jangan Tinggalkan Masjid


Solat yang lebih baik adalah solat berjamaah di masjid, kerana pahala orang yang solat berjamaah di masjid sangat besar dan pahalanya dikira pada setiap langkahnya ke masjid dan ia juga akan memperolehi pahala berjamaah sebanyak 27 pahala. Hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud :


"Sungguh, alangkah ingin aku menyuruh (para sahabat) melakukan solat, dan aku suruh seseorang untuk mengimaminya, kemudian aku pergi bersama beberapa orang yang membawa beberapa ikat kayu api menuju (rumah) orang-orang yang tidak ikut solat berjemaah, untuk membakar rumah mereka dengan api."




Jaga Solat Dhuha


Solat Sunat Dhuha adalah solat yang yang sangat dianjurkan oleh Rasulullah kepada umatnya, kerana solat sunat Dhuha ini banyak kelebihannya. Di antara kelebihannya ialah pintu rezeki dibuka dan dimurahkan rezeki. Waktu solat sunat Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir. Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :


“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Jaga Sedekah


Sedekah ialah seseorang itu mengorbankan sedikit hartanya untuk diberikan kepada orang yang memerlukan dengan hati dan perasaan yang ikhlas kerana Allah. Bagi orang yang rajin bersedekah, Allah akan gandakan setiap sedekahnya dengan rezeki yang melimpah. Firman Allah yang bermaksud :


“Dan jangan sekali-kali orang-orang Yang bakhil Dengan harta benda Yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahanNya - menyangka Bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka. bahkan ia adalah buruk bagi mereka. mereka akan dikalongkan (diseksa) Dengan apa Yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak. dan bagi Allah jualah hak milik Segala warisan (isi) langit dan bumi. dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui Dengan mendalam akan Segala Yang kamu kerjakan. (mukjizat) Yang nyata dan Dengan (korban) Yang katakan, maka membunuh mereka, jika kamu orang-orang Yang benar (dalam apa Yang kamu dakwakan itu)?" (Al-Imran : 180)


Jaga Wudhuk Terus Menerus


wudhu adalah salah satu cara untuk menyucikan diri dari hadas kecil. Orang yang menjaga wuduknya akan disayangi oleh Allah. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib :


"Orang yang selalu berwudhuk senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".


Istighfar Setiap Masa


Istighfar ialah memohon keampunan dari Allah atas segala dosa dan kesalahan yang telah dilakukan dan berjanji kepada Allah tidak akan mengulangi kesalahan tersebut. Firman Allah yang bermaksud :


“Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang Engkau (Wahai Muhammad) ada di antara mereka; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun).” (Al-Anfal : 33)

SENSASI! Mengenali 10 Lelaki Terkaya Malaysia

Oleh: dewa

"Artikel panjang ini membincangkan kisah 10 lelaki terkaya di Malaysia dari Vincent Tan yang memiliki $1.6 billion sehinggalah kepada Robert Kuok yang memiliki $12 billion. Wow! Banyak duit tuh. Patutlah UMNO melutut di kaki tauke judi nih, kwah kwah.

1. VINCENT TAN
LELAKI KONTROVERSI dengan aset $1.6 billion ni berusia 58 tahun, sudah berkawin malah mempunyai 11 orang anak. Hebat juga. Biasanya orang Cina anak satu atau dua saja. BERJAYA GROUP miliknya menguruskan Starbucks, papa John's Pizza dan Wendy's, dan banyak lagi.
Vincent ini memiliki banyak aset di Vietnam dan Jepun. Merupakan pemilik kepada Friendster.com. Selepas kecoh-kecoh dengan isu judi bola, Vincent telah menjual pegangannya dalam syarikat judi Ascot Sports, kepada syarikat Berjaya Sports, yang juga miliknya, kui kui.
Kasih sayang yang kuat dan jitu antara UMNO dan beliau pastilah menyumbang kepada kejayaan tauke judi ini. Akhbar melaporkan bahawa beliau telah menyumbang dan menaja 11 pilihanraya kecil UMNO-BN yang terkini. Wow.
2. SYED MOKHTAR ALBUKHARI
Umur sekitar 58, sebaya dengan Vincent Tan. Anak ada 5, kurang 6 orang banding dengan Vincent Tan. Takpe, teruskan berusaha.

Bekas pedagang beras masyhur ini menjadi kaya khususnya melalui Malaysia Mining Corps (MMC). Terlibat menguruskan pelabuhan dan airport di Johor selain memiliki pegangan di Malakoff.

Syarikat Tradewinds nya telah berjaya mengambil alih Padiberas Nasional. Turut memiliki Harrods. Antara sumbangan besar ialah Muzium Kesenian Islam Malaysia.  Semoga Allah berkati perniagaanya dan sinari hatinya dengan sinar iman.
3. TIONG HIEW KING
Umur sudah 75. Anak ada 4. Memiliki RIMBUNAN HIJAU yang menguruskan ladang kelapa sawit, pembalakan dan hartanah di New Zealand, Malaysia dan Papua New Guinea. Variasi sungguh.
Turut memiliki Media Chinese International dan 6 akhbar serta 30 majalah di Amerika Utara, Asia Tenggara dan China. Sedang berusaha menjual pegangan di EON kepada Hong Leong.
4. YEOH TIONG LAY
$2.5 billion. Sudah 80 tahun umurnya . Anak ada 7. Pengasas YTL Corp. Berjaya mengambil alih Macquarie Group (Australia) yang memiliki banyak hartanah di Malaysia dan Singapura. Turut memiliki PowerSeraya, power generator kedua terbesar di Singapura.
Meskipun gitu, kebanyakan urusan dibuat oleh anak sulungnya Francis dalam 2 dekad kebelakangan ini.
5. TEH HONG POIW
Umurnya sebaya dengan Yeoh Tiong Lay, 80 tahun . Asetnya dalam $3.8 billion. Bekas kerani bank ini telah mengasaskan Public Bank pada tahun 1966 hasil duit simpanan dan keuntungan dari jual beli hartanah.
6. QUEK LENG CHAN
Junior dalam 10 tahun berbanding dengan Teh Hong Piow dan Yeoh. Umurnya dalam 69 tahun. Anak ada 3. Aset utamanya ialah Guoco Group di Hong Kong. memiliki Hong Leong Bank.
7. LEE KIM HUA
Tidak ada kena mengena Kim Jong Ill di Korea Utara, kui kui. Umurnya 81 tahun. Ada 6 anak. Balu kepada Lim Goh Tong, pemilik casino Genting ini memiliki saham-saham Genting yang meningkat lebih 50% hasil sokongan padu UMNO kepada industri judi negara.
8. LEE SHIN CHENG
aSET DALAM $4.6 BILLION. uMUR 71. aNAK 6. ketua IOI, pemilik rangkaian ladang kelapa sawit.
9. ANANDA KRISHNAN
Aset dalam $8.1 billion. Umur 72. Anak 3. Bekas pedagang minyak yang memiliki Maxis. Turut memiliki Astro. Dengan sikap rakyat Malaysia yang paling suka berseronok-seronok dan berhibur, tak pelik jika beliau menjadi orang kaya nombor 1 nanti.
10. LELAKI TERKAYA: Robert Kuok
Aset saja sudah $12 billion. Umur 86 tahun, anak baru lapan.
Asetnya bertambah $3 billion baru-baru ini. Pemilik syarikat minyak kelapa sawit, Wilmar International. Baru baru ini menjual pegangan dalam syarikat gula, Jerneh Insurance dan tanah-tanahnya di KL. Kebanyakan masa diluang di Hong Kong, sama seperti penulis, kui kui.
KEPADA PAS dan Pakatan, eloklah sekiranya PAS dan Pakatan berusaha melahirkan generasi pelapis yang kuat kewangan mereka agar boleh boleh membantu perjuangan Islam. Contohnya,di zaman Nabi, AbdulRahman Bin Aus dan Saidina Osman antara orang kaya yang sentiasa menyumbang kepada Islam.
Pakatan sewajarnya mengadakan institusi untuk monitor dan membantu pedagang-pedagang Islam khususnya dengan mengadakan seminar seminar, mengajar kaedah berniaga yang betul, memberi bantuan sokongan atau support apabila mereka menghadapi masalah besar.
Ini bukan soal mentaliti tongkat atau subsidi seperti yang dijaja oleh UMNO. Orang bukan Islam khususnya Cina mempunyai sejarah yang lama sebagai kaum peniaga.
JANGAN LUPA, dalam karya sejarah Tome Pires, beliau menceritakan betapa kaum Melayu sewaktu zaman kesultanan Melaka merupakan pedagang dan peniaga yang sangat berjaya sehinggakan hampir setiap keluarga Melayu memiliki bot atau kapal mereka sendiri.
SESUDAH dijajah selama 400 tahun lalu diperintah oleh UMNO, orang Melayu hilang budaya berniaga. Segelintir peniaga Melayu yang ada pun turut ditindas dengan teruk oleh UMNO sekiranya mereka menzahirkan bahawa mereka PAS atau Pakatan. Sokongan UMNO hanyalah untuk kroni-kroni mereka yang berniaga cara alibaba sahaja.
Bak kata Tok Guru: PERGI JAHANAM DENGAN UMNO..

Wednesday, June 23, 2010

Sihir Piala Dunia 2010

Oleh Hj Shahul

Siapa tidak tahu kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 yang sedang berlangsung sekarang? Dari kanak-kanak hinggalah ke warga emas, baik lelaki mahupun wanita, tanpa mengira keturunan, pangkat, kaya atau papa, boss atau drebar, baik mereka yang tinggal di singgahsana kekuasaan yang serba mewah mahupun mereka yang tidur hanya beratapkan langit, baik mereka yang tinggal di negara maju mahupun mundur, malah tidak keterlaluan jika dikatakan hampir kesemua penduduk bumi tahu akan kejohanan yang berlangsung empat tahun sekali ini.

Begitulah hebatnya Piala Dunia, ibarat sihir yang memukau seluruh manusia! Apa yang menyedihkan kita ialah terdapat begitu ramai dari kalangan umat Islam yang turut terkena sihir ini. Berapa ramai yang matanya terpaku di depan televisyen dan lidah mereka akan dibasahi dengan ‘zikir' bola sepak setiap pagi, petang dan malam. Setiap Muslim pencinta bola tidak leka dan lalai dari mengetahui perkembangan perlawanan. Rasanya tidak afdhal jika tidak berbicara tentang bola di dalam setiap pertemuan dengan kawan-kawan.

Piala Dunia yang berlangsung 11 Jun - 11 Julai 2010 ini telah menjadi satu magnet besar yang yang dapat menarik perhatian sebahagian besar penghuni planet bumi. Tidak hanya itu, Piala Dunia ini telah berjaya mengubah ’pola hidup’ manusia di mana secara sedar atau tidak, mereka akan menyesuai atau‘melaraskan’ jadual hidup mereka dengan kejohanan tersebut. Paling tidak, dalam sebulan ini, ramai penduduk dunia akan mengubah pola menonton televisyen, termasuk mengubah pola tidur, pola perbelanjaan dan pola perbincangan. Malah ramai yang tidak berpuas hati jika hanya menonton di rumah. Mereka sanggup ke kedai atau ke mana-mana tempat yang ada skrin besar dan menontonnya beramai-ramai untuk ‘merasakan’ suasana dan aura perlawanan umpama berada di stadium. 

Dari segi sejarah, bola sepak Piala dunia pertama kali dicetuskan pada 26 Mei 1928 di Amsterdam. Sebelumnya bola sepak hanya dipertandingkan di sukan olimpik. Piala Dunia pertama berlangsung di Uruguay pada 13-30 Julai 1930. Presiden FIFA pada waktu itu, Jules Rimet, berharap pertandingan antara negara ini dapat mencipta perdamaian dunia. Kejohanan pertama itu disertai oleh 13 buah negara yakni Amerika Syarikat, Perancis, Romania, Belgium, Yugoslavia, Argentina, Chile, Mexico, Brazil, Bolivia, Uruguay, Peru dan Paraguay yang kesemuanya adalah negara non-muslim. Tuan rumah Uruguay keluar sebagai juara setelah mengalahkan Argentina dengan 4-2 di perlawanan akhir yang melayakkan negara tersebut memperolehi trofi Jules Rimet Cup yang bertatahkan emas. Semasa Perang Dunia II, kejuaraan ini terhenti selama 12 tahun. Ia dimulai kembali pada tahun 1950 di Brazil. Pada tahun 1970 di Mexico, FIFA telah memutuskan untuk Brazil menyimpan piala Jules Rimet kerana berjaya menjadi negara pertama yang menjuarai kejohanan itu sebanyak 3 kali iaitu pada 1958, 1962 dan 1970. FIFA kemudian membuat trofi dunia yang baru dengan menggunakan emas 18 karat dengan ketinggian 36cm dan berat 4.97kg, yang menjadi rebutan hingga sekarang. Piala ini tidak boleh disentuh oleh sesiapa pun kecuali oleh negara pemenang. Untuk menghiburkan masyarakat dunia, replikanya telah dibuat dan diusung mengelilingi dunia setiap kali acara itu menjelang. Piala ini bak berhala yang didewakan oleh masyarakat dunia, khususnya pencinta bola sepak.

Sihir Bola Sepak

Piala Dunia ibarat sebuah sihir yang nyata. Gara-gara bola, ramai orang boleh lupa akan penderitaan diri sendiri, apatah lagi penderitaan orang lain. Setidak-tidaknya buat sementara waktu segala penderitaan seolah-olah tiada dan tidak pernah ada. Mereka tidak peduli lagi dengan isu-isu yang berlaku di luar bola. Kalau ada pun yang peduli, jumlahnya hanya sedikit sahaja. Sihir bola sepak merasuk jauh ke dalam diri manusia sehingga ke peringkat wujudnya manusia yang meng‘agama’kannya. Di beberapa negara Eropah, kaum Nasrani enggan datang ke gereja. Mereka lebih rela pergi ke stadium menonton pertandingan walaupun harus membayar mahal untuknya. Kita juga sering mendengar berapa ramai dari umat Islam yang ‘lebih redha’ menonton bola dan sanggup meninggalkan solat kerana tidak mahu terlepas perlawanannya. Para pemain bola sepak telah menjadi ‘Tuhan’ baru bagi sesetengah manusia. Ada penggila bola sampai ke tahap memuja bintang bola sepak mereka melebihi segala-galanya. Di Argentina sebagai contoh, pemuja Diego Maradona mendirikan Gereja Maradona Iglesia Maradoniana. Maradona telah dianggap sebagai ‘Tuhan’. Dan diberitakan bahawa pengikut ‘agama’ Maradona ini mencapai 15 ribu orang di seluruh dunia. Agama yang didirikan pada 30 Oktober 1998 –hari lahirnya Maradona- ini memiliki kitab suci mereka sendiri iaitu buku biografi Maradona dan ‘10 Perintah Tuhan’ ala mereka sendiri. Salah satu perintah tersebut adalah kewajipan untuk mencantumkan nama Diego kepada anak-anak mereka. Iglesia Maradoniana mempunyai tarikh keramat mereka sendiri yang dimulai dari tahun 1960 iaitu tarikh lahirnya bintang bolasepak dunia tersebut. Bagi mereka, tahun 2010 adalah sama dengan tanggal 50 AD (After Diego). Nombor 10 milik Maradona, dianggap bukan sekadar angka semata-mata, tetapi Diego 10’s, jika diolah akan menjadi D10S (dios) yang dalam bahasa Sepanyol bermaksud ‘Tuhan’.

Sihir bola memang luar biasa. Dahulu pemain Argentina Lionnel Messi disamakan dengan Jesus, kerana jasanyalah Barcelona telah mengalahkan Arsenal. Yang menyamakannya tidak lain adalah pelatih Argentina sendiri, Diego Maradona. Di kalangan umat Islam, sihir bola sepak telah berjaya memukau para pengusaha Arab yang berlumba-lumba membeli kelab bola sepak. Mereka rela menghamburkan wang mereka berbilion-bilion hanya untuk membeli sebuah kelab bola sepak. Syeikh Mansour membeli Manchester City dengan harga RM1 billion. Suliman al-Fahim membeli Portsmouth sebanyak RM353 juta. Dan dilaporkan bahawa Putera Faisal bin Fahd bin Abdullah dari Saudi berniat membeli Liverpool dengan nilai RM1.84 billion. Sungguh ironi keadaan ini, di saat umat Islam menderita di seluruh dunia, para Kapitalis ini sibuk menghamburkan harta kepada suatu yang sia-sia. Masyarakat Arab bertambah gila bola sejak masuknya Arab Saudi ke pusingan akhir Piala Dunia 1998. Stadium-stadium bola sepak di negara Arab selalu penuh dengan penonton dengan masing-masing mempunyai kelab kesukaan (favourite club) masing-masing. Sungguh mengaibkan kerana terdapat banyak peristiwa di mana pengulas perlawanan bola melaungkan takbir ‘Allahu Akbar’ ketika pemain membuat jaringan, walaupun penjaring gol itu adalah orang kafir! 

Kapitalisme Di Sebalik Piala Dunia

Kali ini (2010), giliran Afrika Selatan pula untuk menjadi tuan rumah kepada sukan bola sepak terbesar dunia ini. Sekali fikir, sungguh aneh bagaimana negara semiskin Afrika Selatan boleh terpilih untuk menjadi hos kepada temasya berprestij ini. Dari segi infrastruktur, sebenarnya Afrika Selatan masih belum siap. Negara itu termasuk negara penghutang yang besar, tapi kenapakah negara paling selatan itu berhasil menjadi penyelenggara kejohanan besar empat tahun sekali ini? Untuk menjayakan Piala Dunia yang pertama di benua Afrika ini, Afrika Selatan mesti menyediakan 10 buah stadium sedangkan yang sedia ada hanya lima buah, itupun tidak memenuhi syarat dengan pelbagai kekurangannya. Mahu tidak mahu, lima buah stadium baru terpaksa dibina dan yang sedia ada diperbaiki. Kos keseluruhannya mencecah berbillion dolar. Soccer City Stadium sahaja melebihi RM1.4 billion. Justeru, bagaimana hal ini boleh dijayakan jika tidak adanya campurtangan dari para Kapitalis? Semua tahu bahawa Afrika Selatan masih berada di bawah bayang-bayang Barat. Walaupun majoriti penduduk negara itu adalah berkulit hitam, namun yang menguasainya adalah kulit putih. Melalui tangan Kapitalis global berkulit putih inilah kesemua rancangan dapat disiapkan sebagaimana dirancang. Dalam waktu dua tahun, semua stadium berjaya disiapkan. Para pekerja kulit hitam dikerah bekerja siang dan malam sehingga terjadi mogok yang melibatkan lebih kurang 70,000 pekerja kerana tidak berpuas hati dengan jumlah gaji yang diterima berbanding jam kerja yang melampau. 

FIFA selaku organisasi bola sepak dunia adalah dalang (mastermind) kepada semua perkara. Boleh dikatakan semua perkara yang melibatkan piala dunia ini tidak boleh dilakukan kecuali dengan izin FIFA. “FIFA adalah satu-satunya pihak yang yang meraih untung dari Piala Dunia”, keluh Grant Abramhamse, seorang pengusaha rantai kunci (keychain) yang ingin mengeluarkan rantai kunci khas Pila Dunia namun tidak dibenarkan FIFA untuk menjual produknya kerana dikatakan bertentangan dengan hakcipta. Sebuah headline media setempat menulis judul besar “Welcome to the Republic of FIFA” (Selamat datang ke Republik FIFA) sebagai bentuk perli yang menggambarkan kekecewaan warga Afrika yang merasakan badan bola sepak dunia itu telah memegang kendali (kuasa) atas segala yang berkaitan dengan Piala Dunia. FIFA mendapat hak memerintahkan pemberhentian segala produk yang berlambangkan Piala Dunia. Di samping mengurus pemasaran, kesemua sembilan buah kota di Afrika di mana berlangsungnya kejohanan, diwajibkan terikat dengan peraturan FIFA yang mengatur segala aktiviti termasuk di luar stadium. Dilaporkan bahawa badan bola sepak gergasi itu telah mengajukan 451 kes dakwaan pelanggaran pemasaran, mulai dari industri penerbangan hinggalah ke produk gula-gula. FIFA memberi alasan bahawa ini adalah usaha untuk melindungi penaja rasmi  yang telah membenamkan modal mereka untuk mendapat hak eksklusif Piala Dunia.

Ketua Eksekutif Piala Dunia 2010, Danny Jordaan menjangkakan bahawa FIFA akan memperolehi keuntungan sebesar USD3.5 bilion dari Piala Dunia kali ini. Keuntungan juga akan dikaut oleh rakan niaga FIFA mulai dari syarikat penerbangan rasmi, hak penyiaran rasmi, hotel rasmi dan lain-lain penaja besar rasmi lagi. Pengeluar alatan sukan Adidas misalnya dijangka mengaut keuntungan USD1.7 bilion, demikian pula dengan Nike, Puma dan Umbro yang dikatakan bakal mengaut nilai yang hampir sama. Tidak sekadar itu, keuntungan juga bakal dikaut oleh syarikat pengeluar kondom. Ini kerana, pemerintah Afrika Selatan memerlukan sejuta kondom kerana sekitar 40 ribu pelacur dijangka akan ‘hadir’ sama bagi memeriahkan temasya. Ini belum lagi termasuk pengeluar minuman keras yang bakal meraih keuntungan yang mungkin jauh lebih besar. Apatah lagi ‘pengusaha’ judi yang bakal menjadi juara dalam meraih keuntungan yang paling besar, bukan sahaja di Afrika, malah di seluruh dunia. Pasar judi di Britain sahaja mengharapkan dapat meraih lebih 1 bilion pound sterling. Hatta di Malaysia pun, para Kapitalis judi, dan kerajaan judi Malaysia akan mendapat keuntungan besar dengan ‘usaha baik’ Kementerian Kewangan yang telah menghalalkan judi bola di sepanjang kejohanan Piala Dunia ini. Pendek kata, yang menjadi juara di dalam Piala Dunia sebenarnya adalah para Kapitalis!

Sukan Menurut Islam

Suatu hal yang kita dapat menduga akan berlaku di sepanjang berlangsungnya Piala Dunia ini adalah, bukan hanya akan terjadi perlawanan bola sepak semata-mata, malah yang jauh lebih besar dari itu, akan terjadinya kemaksiatan dan ‘kesyaitanan’. Judi, arak, pelacuran, perzinaan dan sebagainya akan menyelebungi bumi Afrika Selatan itu. HIV/AIDS mungkin akan meningkat berlipat kali ganda memandangkan fakta bahawa Afrika Selatan sememangnya tergolong dalam negara dengan pengidap HIV/AIDS terbesar di dunia. Dari sisi politik, kejohanan bola sepak Piala Dunia ini merupakan usaha sistematik puak kuffar untuk meningkatkan lagi fanatisme assabiyyah (kebangsaan) dan wathaniyyah (patriotisme) . Penduduk sesebuah negara pastinya akan menyokong negara mereka dengan perasaan yang membuak-buak mengharapkan kemenangan negaranya dan mereka akan merasa sedih, malah ramai yang tidak akan segan silu menangis dan meratap jika negaranya kalah. Sesungguhnya tidak ada keuntungan yang diperolehi oleh umat Islam dari bola sepak, baik Piala Dunia atau piala lainnya, kecuali ‘kepuasan sementara’. Malah sebenarnya boleh terjadi kerugian darinya kerana ternyata banyak masa dan tenaga umat Islam dicurahkan untuk bola. Ramai di kalangan umat Islam yang sanggup menghabiskan masa berjam-jam untuk menyaksikan perlawanan bola, masa yang sama yang tidak sanggup digunakan untuk hadir di kelas-kelas agama. Ramai yang sanggup berjaga atau bangun malam untuk menghadap bola sepak, hal yang sama tidak sanggup dilakukan untuk bertahajud menghadap Allah. 

Bola sepak merupakan suatu permainan atau ‘lahwun’. Lafaz lahwun terdapat di dalam Al-Quran dan Al-Hadis. Rasulullah SAW bersabda, 

“Hendaklah kalian sentiasa berlatih memanah kerana ia merupakan sebaik-baik lahwun
” [HR Al-Bazzar & At-Thabrani] . 

Lahwun di sini membawa maksud permainan. Dalam Islam, sukan termasuk lahwun yang diperbolehkan selama mana tidak ada unsur haram di dalamnya. Kebolehan ini juga dibatasi selama mana tidak mengakibatkan tertinggalnya suatu kewajipan. Manakala jenis sukan yang dianjurkan oleh Islam adalah sukan yang tujuannya membina setiap Muslim untuk menjadi seorang mujahid (ahli jihad) misalnya berkuda, memanah, menembak, merejam lembing, renang, lari, seni mempertahankan diri dan seumpamanya. Sabda Rasulullah SAW, 

“Setiap permainan di dunia ini adalah batil kecuali tiga perkara: memanah, menjinakkan kuda dan bermain dengan isteri”
 [HR al-Hakim]. 
Yang dimaksudkan dengan batil di sini ialah sia-sia atau yang seumpamanya, yang tidak berguna serta tidak menghasilkan buah yang dapat dipetik [lihat Al-Muwaafaqaat, Jilid l, m/s 84].

Dalam hal ini, Imam As-Syathibi menyatakan, “Hiburan, permainan dan bersantai adalah mubah (boleh) asal tidak terdapat suatu perkara yang terlarang.” Selanjutnya beliau juga menambahkan, “Namun demikian, perkara tersebut tercela dan tidak disukai oleh para ulama. Bahkan mereka tidak menyukai seorang lelaki yang dipandang tidak berusaha untuk memperbaiki kehidupannya di dunia dan tempat kembalinya di akhirat kelak, kerana ia telah menghabiskan waktunya dengan berbagai macam kegiatan yang tidak mendatangkan suatu hasil duniawi atau ukhrawi.”

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Di sebalik Piala Dunia yang berlangsung sekarang, dengan melihat apa yang berlaku, kita sesungguhnya tidak dapat menolak bahawa terdapat kelicikan Barat di balik semua ini. Selain usaha menguasai dunia, mereka menginginkan agar masyarakat dunia, khususnya umat Islam terus lena dengan pelbagai pesta, pesta bola, pesta arak, pesta zina, pesta judi dan bermacam-macam lagi pesta kemaksiatan yang muncul seiring dengan kejohanan bola sepak. Setidak-tidaknya, ini adalah salah satu protokol yang tertulis di dalam Protokol Zionis walaupun ada pihak yang mempertikaikan kesahihannya. Tokoh Yahudi, Samuel Zwemer dalam Persidangan Misi Zionis di Jerusalem pada 1935, dalam ucapannya menegaskan, “Misi utama kita bukanlah menjadikan orang-orang Islam bertukar agama menjadi Kristian atau Yahudi, tetapi cukuplah dengan menjauhkan mereka dari Islam...Kita jadikan mereka sebagai generasi muda Islam yang jauh dari Islam, malas bekerja (untuk Islam), suka berfoya-foya, senang dengan segala kemaksiatan, memburu kenikmatan hidup dan orientasi hidupnya semata-mata untuk menuaskan hawa nafsunya...”. 

Justeru, berhati-hatilah wahai kaum Muslimin agar kalian tidak terkena sihir bola sepak ini sehingga menjauhkan kalian dari Islam! Pertandingan bola sepak mahupun pertandingan apa sekalipun di peringkat dunia telah dijadikan medium oleh Barat untuk umat Islam mempertahankan semangat nasionalisme dan patriotisme (yang diharamkan Islam) yang sekaligus menghalang dan mempersulitkan lagi penyatuan di kalangan negara kaum Muslimin di bawah satu kesatuan pemerintahan. Bagi Barat, penyatuan umat Islam di bawah sistem pemerintahan yang satu, yakni Daulah Khilafah, adalah suatu mimpi ngeri yang mereka berusaha halangi selama ini dan mereka tidak akan membiarkan hal ini terjadi. Berwaspadalah dan berusahalah ke arah menegakkan semula Daulah Khilafah dan Insya Allah, dengan tertegaknya institusi agung politik umat Islam ini, kita akan dapat menjadikan mimpi ngeri Barat sebagai sebuah kenyataan! 

Tuesday, June 22, 2010

Dimana nak cari bini yang 'ori'? Banyak 'Second-hand'

Oleh Ustaz Saiful Bahri
Kajian terbaru Universiti Putra Malaysia (UPM) mendedahkan lebih 300 remaja Melayu di bandar dan luar bandar berusia antara 13 hingga 25 tahun mengakui terbabit dengan salah laku seksual dan gejala seks bebas, sehingga ada yang menggugurkan janin. Lebih mengejutkan, kira-kira 85 peratus daripada mereka yang melakukan perbuatan itu, bukan saja tidak kesal, malu atau takut dari segi dosa malah menyifatkan pengalaman berkenaan sebagai menyeronokkan.

Menurut kajian itu, mereka yang terjebak dengan gejala terbabit bukan disebabkan faktor tekanan akibat kegagalan institusi keluarga termasuk rumah tangga porak-peranda, sebaliknya tertarik dengan pengaruh rakan sebaya. Sebahagian besar mereka juga mengakui menerima pendidikan agama mencukupi.

Dapatan itu diperoleh daripada kajian enam bulan bertajuk ‘Keterlibatan Remaja Dalam Salah Laku Seksual’ dengan 400 responden ditumpukan kepada dua kumpulan sasaran di Lembah Klang dan juga kawasan luar bandar, iaitu pelajar sekolah menengah daripada Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima serta remaja di bawah usia 25 tahun. Kajian itu siap sepenuhnya Disember lalu.

Pengarah Pusat Kokurikulum UPM yang mengetuai kajian itu, Prof Madya Dr Mohammad Shatar Sabran, berkata ada responden mengakui terdedah kepada ‘dunia seksual’ seawal sekolah rendah, termasuk muat turun gambar lucah melalui telefon bimbit, menonton video lucah dan melayari laman web pornografi. Walaupun dapatan kajian di luar bandar dan Lembah Klang menunjukkan hasil lebih kurang sama, senario di luar bandar itu boleh dianggap lebih mengejutkan apabila ramai remajanya turut terjebak dengan gejala ini sedangkan kawasan berkenaan tidak mendapat pendedahan seperti di bandar raya,” katanya.

Antara tanggungjawab sebuah kerajaan dalam Islam adalah menjaga 5 asas kehidupan manusia. 1. Menjaga Agama. 2. Menjaga Harta. 3. Menjaga Akal. 4. Menjaga Zuriat & Keturunan. 5. Menjaga nyawa. Ia juga dianggap sebagai perkara dhoruriyat yang penting demi maslahah dan kepentingan sesuatu kehendak syariah.

Amat malang apabila pihak kerajaan gagal dalam menjaga semua ini dan kerajaan juga gagal menegakkan syariah Islam padanya. Hukum riddah, mencuri & merompak, minum arak, zina dan bunuh balas serta qisas adalah berkaitan dengannya. Suasana hari ini tidak selesa perkembangan anak-anak membesar dengan budaya Islam tetapi tetapi budaya kehaiwanan dan hawa nafsu serta syahwat. Penzinaan berlaku merata-rata dan bahkan sudah menjadi bala Allah Swt keatas bangsa Malaysia. Anak luar nikah sudah menjangkau juta. Malaysia sudah tidak selamat lagi untuk hidup terpelihara mengikut persekitaran melayu yang penuh budaya ketimuran apatah lagi mengharapkan persekitaran dan cara hidup Islam. Malaysia umpama mekah diera jahiliyyah.

Bagaimana generasi era 2020 nanti? Adakah lagi Insan di Malaysia ini? Adakah lagi bakal ibu muslimah untuk anak-anak mujahid sabilillah? Kalau hanya baki 1/4 dari remaja yang tidak mengamalkan sek bebas. Dimanakah nak dicari calon isteri yang ori? Adakah nanti semuanya barang second-hand?

الزَّانِي لَا يَنْكِحُ إِلَّا زَانِيَةً أَوْ مُشْرِكَةً وَالزَّانِيَةُ لَا يَنْكِحُهَا إِلَّا زَانٍ أَوْ مُشْرِكٌ وَحُرِّمَ ذَلِكَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ
Laki-laki yang berzina tidak mengawini melainkan perempuan yang berzina, atau perempuan yang musyrik; dan perempuan yang berzina tidak dikawini melainkan oleh laki-laki yang berzina atau laki-laki musyrik, dan yang demikian itu diharamkan atas oran-orang yang mukmin (Surah an-Nur: 3)

Kalau berdasarkan ayat diatas nescaya tidak wajar orang yang beriman kawin dengan yang berzina, demikian pula sebaliknya. Habis dimanakah nak dicari bakal ibu yang soleh kepada anak-anak yang 3/4 sudah ditebuk tupai dan bagaimana pula seorang muslimah yang suci hendak mencari suami-suami atau bakal bapa yang soleh buat anak-anaknya yang tidak pernah berzina. Huhh dahsyatnya umat sekarang.

Monday, June 21, 2010

Rejab Bulan Palestin

Oleh: ustnik

"Di antara peristiwa penting di bulan ini ialah Isra’ Mikraj. Pelbagai pengajaran boleh diambil darinya. Di antara yang penting tetapi jarang disingkapi dengan wajar ialah hubungkait Isra’ Mikraj dengan isu Palestin. Ketika kecil-kecil dahulu, ustaz atau tok guru berkata: ‘Bulan Rejab dah masuk. Kita baca Isra..’ Lalu disebut peristiwa-peristikwa yang dilalui Nabi Muhammad SAW tanpa dihubungkaitkan dengan hikmah dan falsafah di sebaliknya.

Masa itu telah lama berlalu. Ramai ustaz, penceramah kini yang menghuraikan Isra’ Mikraj dan bulan Rejab dan falsafahnya termasuk kaitannya dengan bumi Palestin itu sendiri. Dr Fadl Hasan Abas, seorang ahli akademik pakar ilmu tafsir berasal dari Palestin, matanya buta, hatinya tidak, menulis sebuah buku berjodol Nafahat Min al-Isra wal Mikraj. Di antara kupasannya menyebut Isra’ Mikraj ialah hari Palestin. Kita tidak perlu menunggu akhir Rejab untuk menyambut hari Palestin ini.
Saya sendiri telah menyampaikan kuliah khusus berkaitan Palestin seawal 4 Rejab kali ini.
Rejab Bulan Palestin 1 (8)2 (6)powerpoint (12)
kupasan dari kitab nafahat min al-Isra wal mikraj: 1 (6)2 (6)
khutbah khutbah Jumaat Ust Ridhuan Md Nor, exco DPPP Masjid Pasir Minal (10)
Surah al-Isra’ turun selepas surah al-Qasas. Surah al-Qasas berkenaan para Nabi terdahulu. Hampir kesemuianya berkisar di bumi Palestin atau yang berhampiran dengannya. Selepas surah al-Qasas, surah al-Isra’ menyusul. Fokus peristiwa Isra’ terhadap Palestin boleh disimpulkan dalam beberapa point seperti di bawah (melalui ringkasan buku Nafahat min al-Isra’ wal Mikraj):
1.Surah al-Isra’ juga dinamakan surah Bani Israel. Tentu ada hikmah dinamakan demikian. Surah Muhammad misalnya, juga dinamakan surah al-Qital (peperangan). Jangan disangka nama ini hanya kerana ada perkataan alqital di dalam surah Muhamamad itu. Surah al-Mukmin juga dinamakan surah Ghafir. Bacalah surah-surah itu kalau mahu memahami mengapa ia dinamakan demikian. Surah al-Isra’ yang dinamakan surah Bani Israel bukan hanya kerana disebut Bani Israel di dalamnya, kerana Bani Israel banyak disebut dalam surah-surah yang lain. Disebut Bani Israel bersama peristiwa Isra’ menunjukkan sejarah yang dalam dan panjang di antara keduanya. Ini mengingatkan kepada orang Islam betapa keturunan bani Israel ini akan bertembung dengan mereka terutama dalam isu Palestin ini. Apatah lagi apabila mereka mendakwa mereka punya hak ke atas bumi Palestin ini.
2.Dalam ayat pertama surah al-Isra’, Nabi Muhammad SAW tidak disebut dengan namanya tetapi pangkat ‘hambaNya’, satu pangkat yang sebenarnya cukup tinggi di sisi Allah. Ini menjadi isyarat jelas buat umat Islam bahawa bumi Palestin ini tidak dapat dibebaskan melainkan sifat kehambaan kepada Allah itu dibuktikan terlebih dahulu. Sifat hamba inilah yang menjadikan umat Islam itu wali Allah dan punya karamah sehingga batu dan kayu bercakap memberitahu umat islam bahawa Yahudi bersembunyi di belakang kayu dan batu itu. Nabi SAW bersabda: ‘Tidak berlaku Kiamat hingga orang Islam memerangi Yahudi, lalu orang Islam membunuh Yahudi sehingga Yahudi bersembunyi di belakang batu dan pokok. Batu dan pokok berkata: ‘Ya Muslim Ya Hamba Allah! Ini Yahudi dibelakangku. Mari! Bunuh mereka’, melainkan pokok Gharqad kerana ia pokok Yahudi. Hadis riwayat Muslim.
Dalam sejarah, mereka yang mampu membebaskan Palestin dan Masjid al-Aqsa adalah mereka yang menjulang tinggi kalimah Tauhid, punya sifat hamba cukup hebat, ibadah yang bukan calang-calang dan peribadi yang unggul. Saidina Umar al-Khattab dan Salahuddin al-Ayyubi adalah nama-nama itu. Seorang penyair menyebut:
Bagi Masjid al-Aqsa itu ada kebiasaannya
ia berlaku, terjadi dan begitulah kebiasaannya
Apabila esoknya kehinaan bertapak
Allah membangkitkan bagi al-Aqsa penolong
Lantas penolong yang membebaskannya kali pertama
dan penolong yang membebaskannya kali kedua

Iman dan kehambaan kepada Allah itulah yang menjadi senjata utama bagi membebaskan Palestin sebelum senjata-senjata lain.
3.Firman Allah bermaksud ‘..ke Masjid al-Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya..’ Setiap perkataan dalam al-Quran punya erti dan maksud. Ia tidak disebut secara kosong tanpa makna. Barangkali inilah yang difahami oleh Salahuddin al-Ayyubi dalam misi membebaskan al-Quds dengan dibebaskan terlebih dahulu kawasan-kawasan sekitarnya. Mereka yang pernah ke Ajloun di Jordan, Damsyik di Syria akan melihat kota-kota Salahudin al-Ayyubi yang tegak berdiri megah hingga sekarang yang menjadi bukti sebuah jihad pepmbebasan bumi sekitar Palestin sebelum membebaskan Palestin dan Masjid al-Aqsa itu sendiri. Barangkali itulah juga yang perlu difahami umat Islam sekarang. Selagi Mesir, Jordan, Syria, Lubnan disekitar Palestin diperintah oleh penguasa nasionalis Arab, maka selagi itulah bumi Palestin itu tidak dapat dibebaskan sepenuhnya.
4. Ayat kedua surah al-Isra’ memfokuskan tentang Nabi Musa yang diberikan Taurat, menjadi petunjuk kepada Bani Israel, zuriat dari Nabi Nuh as. Dalam peristiwa Isra’ Mikraj, Nabi Musa cukup prihatin dengan umat Muhammad SAW. Baginda yang meminta Nabi Muhammad SAW memohon kepada Allah supaya diringankan bilangan waktu solat buat umat Muhammad SAW kerana ia sudah punya pengalaman dengan Bani Israel. Bani Israel adalah bangsa yang suka mengingkari pelbagai nikmat Allah. Justru, umat Muhammad SAW tidak dapat mengalahkan musuh mereka di kalangan Yahudi jika mereka sama dengan Bani Israel dalam mengingkari nikmat-nikmat Allah. Saidina Umar pernah mengingatkan bala tentera Islam supaya taatkan Allah supaya mereka tidak sama dengan musuh dalam melakukan maksiat kepada Allah. Kalau sama-sama melakukan maksiat, maka kekuatan senjatalah yang menjadi ukuran.
5. Dalam ayat berikutnya, Allah menjelaskan bahawa Bani Israel ini akan melakukan kerosakan di mukabumi sebanyak dua kali dan akan menjadi begitu angkuh dan sombong kerana punya kelebihan-kelebihan tertentu. Dr Fadhl Hasan Abbas telah menghuraikan ayat ini dengan agak panjang. Kesimpulannya ialah kerosakan yang dilakukan pada kali yag kedua itu ialah di zaman kita ini. Mereka tidak pernah ada negara, tetapi Israel kini diiktiraf sebagai sebuah negara walaupun bagi umat Islam ia adalah negara haram. Dari segi politik, ia punya lobi yang kuat dalam menentukan Presiden Amerika dan dasar negaranya. Demikian juga dalam bidang ekonomi, syarikat apa yang tidak dikuasai oleh Yahudi. Dalam bidang ketenteraan, media dan komunikasi, Yahudi menjadi terlalu hebat seakan-akan tidak dapat dicabar oleh sesiapa pun.
Jelas kepada kita, bahawa peristiwa Isra’ Mikraj ini, walaupun hanya satu ayat disebut dalam ayat pertama surah al-Isra dan peristiwa mikraj pada ayat yang lain tetapi isu yang berkaitan dengannya bukanlah isu kecil, bahkan inilah di antara isu penting yang mesti diberi tumpuan oleh umat Islam. Bumi Palestin mesti dibebaskan. Dan umat Islam mesti membebaskan dirinya dari penyakit alwahnu (kasihkan dunia dan takutkan mati) terlebih dahulu, agar mereka layak membebaskan bumi Palestin.
"

Ibu mengandung tengoklah lagi cerita hantu


Eloklah, banyakkanlah cerita hantu tahyul di tv, pawagam dan majalah. Tidak hairanlah sekarang ini semakin banyak gangguan jin dan syaitan. Keluarga berkecamuk, anak-anak sering menangis, remaja tak tenang duduk rumah, kes perceraian rumah tangga semakin meningkat. Orang di India pula yang jumpa kajian bahawa wanita mengandung yang sering menonton siri seram di televisyen di sebelah malam didapati melahirkan anak yang kuat menangis.



 
 

Tonton siri seram lahir anak kuat menangis
 
Utusan Malaysia 20 Jun 2010. CHENNA 19 Jun - Wanita mengandung yang sering menonton siri seram di televisyen di sebelah malam didapati melahirkan anak yang kuat menangis, demikian menurut satu kajian.
 
Kajian Kolej Perubatan Madras di sini mendapati bayi yang dilahirkan oleh wanita mengandung yang suka menonton siri televsiyen Tamil seperti Chitty lebih kerap menangis.
 
"Terdapat perbezaan antara bayi yang dilahirkan oleh ibu yang tidur lewat menonton siri televisyen lewat malam berbanding dengan ibu mengandung yang tidur awal.
 
"Bayi yang dilahirkan oleh ibu yang tidur lewat didapati sering menangis termasuk selepas diberi makan," kata Dr. S. Elango, bekas pengarah kesihatan awam dan pencegahan perubatan Tamil Nadu kepada Bernama.
 
Kajian khas ini dibuat di kalangan 3,500 wanita mengandung selama dua tahun mulai 2007 hingga 2009 di kawasan luar bandar di Tamil Naidu.
 
Ibu-ibu tersebut dipantau semasa mereka sedang mengandung manakala bayi mereka turut diperhatikan sehingga beberapa hari dilahirkan.
 
Kajian turut mendapati bayi yang dilahirkan oleh ibu yang tidak menonton televisyen lebih nyenyak tidur. — BERNAMA

Wednesday, June 16, 2010

GEMPAR!! NASA Sahkan Kemungkinan Matahari Akan Terbit Dari Barat

Sains astronomi ada menyebut bahawa kelajuan putaran planet Marikh sedang perlahan sedikit demi sedikit ke arah laluannya ke timur. Para saintis agensi angkasa lepas kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) pula mendapati pergerakan planet itu terhenti ke arah laluan tersebut.
NASA kemudian mendapati planet Marikh telah menukar laluannya ke arah yang bertentangan, iaitu ke arah Barat, ini bermakna matahari akan terbit dari arah barat Marikh. Fenomena yang ganjil itu disebut sebagai "retrograde motion".

Kebanyakan saintis Barat berpendapat bahawa semua planet akan melalui fenomena yang serupa dan ini termasuklah planet Bumi. Apabila ianya berlaku, maka matahari akan terbit dari Barat!

Subhanallah! Kekasih Allah Nabi Muhammad s.a.w. bersabda bahawa salah satu tanda besar yang hari kiamat akan tiba ialah apabila matahari terbit dari Barat.
Pihak NASA telahpun mendapati tanda-tanda matahari akan terbit dari Barat semasa ahli sains astronominya mengkaji pergerakan planet Marikh. Yang mereka tidak dapat pastikan ialah tempoh masa yang bakal diambil sehinggalah semua planet melalui fenomena yang serupa.

Dapatan sains oleh NASA itu semestinya memperkukuhkan lagi iman umat Islam akan tanda-tanda kiamat. Manusia tidak tahu bila ianya akan berlaku walaupun sudah ada banyak tanda-tandanya. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Tuesday, June 1, 2010

Wanita Berisiko Tinggi Abad ke 21?

Oleh: mikidookie

"

Kesan Dioksin dalam tuala wanita
 Artikel mengenai bahaya tuala wanitaBanyak artikel yang telah dikeluarkan mengenai bahaya tuala wanita di dalam pasaran. Pernahkah anda ambil kisah mengenai perkara ini. Ini adalah serius kerana ia melibatkan masa hadapan kaum wanita di negara kita serta seluruh dunia. Sekiranya kita tidak ambil peduli tentang perkara ini, kemungkinan besar ramai wanita akan mengalami masalah yang kritikal ketika berusia 40an. Oleh yang demikian, cegah sebelum parah.


Salam kepada semua warga TKO..
Saya sebagai seorang muslim, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menyampaikan fakta wanita berisiko tinggi abad ke 21. Adakah anda sedar bahawa bahaya tuala wanita yang selama ini anda gunakan? Banyak artikel yang menyatakan bahawa tuala wanita mengandungi dioksin yang amat merbahaya kerana ia 120 kali ganda lebih kuat daripada arsenik.
Saya amat terkejut kerana selama ini saya tidak tahu mengenai perkara ini. Oleh yang demikian, saya wajib menyampaikan kepada anda semua. Dioksin adalah berpunca daripada proses pembuatan tuala wanita tersebut. Tuala wanita diperbuat daripada serbuk pulpa dan kertas buangan. Ia diproses dengan menggunakan bahan kimia untuk membuang kotoran dan memutihkannya. Bahan kimia tersebut tidak hilang malah ia meresap ke dalam tubuh badan manusia apabila digunakan.
Bahaya dioksin itu kerana ia adalah punca masalah setiap wanita sakit selama ini. Adakah anda senggugut ketika datang haid? Ini adalah contoh yang terdekat bahawa kesan dioksin telah masuk ke dalam rahim. Ini kerana, senggugut yang selama ini mereka rasakan biasa adalah sakit yang luar biasa sebenarnya. Sekiranya anda tidak merawatnya, maka banyak perkara lain yang akan timbul menjelang usia anda 40an. Ini kerana, usia inilah anda berisiko tinggi untuk kena sakit kanser payu dara, kanser servik, fabroid, endrometrosis, dan sebagainya. Adakah anda mahu perkara ini terjadi kepada anda?
Menurut doctor terkemuka Dr.Philip M.Terno menyatakan bahawa “Faraj menyerap apa-apa sahaja dan bila-bila masa sahaja. Apabila anda memasukkan bahan kimia ke dalam faraj, bahan tersebut akan berada di dalam salur darah setengah jam kemudian” Adakah anda sedar selama ini tentang perkara ini? Saya yakin ramai diantara kita masih tidak tahu mengenai perkara ini dan ada yang tahu tetapi tidak membuat apa-apa tindakan. Saya hairan mengapa banyak kajian yang telah dilakukan membuktikan bahawa terdapat bahan kimia dioksin yang merbahaya di dalam tuala wanita ini tetapi tidak ada apa tindakkan yang dilakukan oleh pihak kerajaan dan juga pihak pengguna itu sendiri. Oleh yang demikian, saya harap perkara ini boleh diubahkan.
Bagaimana cara untuk mengubahnya? Kita perlulah berubah kepada bahan lain yang lebih selamat selain tuala wanita yang berasaskan kertas. Ini kerana riwayat nabi dalam pesanan 101 kepada wanita ada menyebut gunalah kapas untuk mencuci darah apabila dating bulan. Oleh yang demikian, anda perlulah merubahnya agar kehidupan lebih sihat.