Friday, May 29, 2009

AL-FATIHAH BUAT ARWAH MARINI ABD AZIZ

Tanggal 27hb5,2009..seorang sahabat ibu MARINI ABD AZIZ telah kmbali ke rahmatullah jam 1amlebih waktu msia....sungguh m'gejutkn ibu apabila m'dapat tahu berita ini..tidak disangka dlm usia semuda 28 tahun arwah telah pergi buat selamanyer....sedih tidak terhingga apabila m'dapat tahu dia sakit...ibu dpt tahu dia sakit apabila ibu buka blog tony aspirasiku pd 24hb5...disitu t'dapat info dr hadi m'beritahu arwah dirawat diHUSM kelantan...ibu terus call hdset arwah tp kakaknya yg angkat dan m'beritahu ibu keadaan arwah yg agak kritikal,ibu sempat mninggalkn pesanan supaya disampaikn salam rindu dr kami skuarga dgn doa mg arwah cepat sembuh...ibu juga msg kawan ibu along fiza bertanya pasal arwah kbtulan ada' baru jer call along bgtau keadaan arwah agak kritikal..sejak detik itu doa demi doa ibu pnjatkn buat ILAHI mg arwah dipanjangkn usia dan disembuhkan sakit yg di alaminyer...arwah yg ibu kenali seorg yg periang..senyuman sentiasa m'hiasi bibirnye kini terlantar sakit dan yg lebih m'yedihkan ibu x leh nk g lawat dia dek terpisah oleh jarak yg jauh....YA ALLAH tabahkn hati ku...
Sedang sibuk didapur ibu m'dapat panggilan dr atie,dan msg dr k.tie,salwa dan along fiza m'gatakan arwah telah m'hembuskn nafasnyer yg terakhir sebenta tadi...INNALILLAHIWAINNAILAIHIRAJION...sedih bukan kepalang airmata mgalir tanpa dipaksa dhadapan anak2 dan suami...YA ALLAH...
8tahun belajar bersama2 bukan lah waktu yg singkat suka duka pahit manis dihadapi bersama semua memori berlegar2 di fikiran dan oleh sebab itulah terdetik hati utk menaip dlm blog ini buat kali 1..walaupun terkial2 mencari huruf sebab dah lama x menaip sejak amik master rumahtangga ni hehe ,ni pun dah kali kedua taip post td dah hmpir2 siap tp hero ibu dtg kacau..ops..dia delete plak...aaarrrgghh tp demi memori yg terpahat ibu teruskan jua perjuangan menaip ini mg hati ibu tenang..apabila meluahkan yer..biar pun blum pasti adakah org yg sudi m'bacanyer...huhuhu
Perkenalan kami bermula di maahad tahfiz negeri trganu..sama2 m'hadapi liku2 khidupan sbgai pelajar..m'hadapi peperiksaan SPM,SIJIL MAAHAD dan RABIE SANAWI..arwah adalah best student spm(1999)dan maahad tahfiz m'dapat tmpat pertama kcemerlangan spm antara sekolah2 agama seluruh trganu..
Masih segar di ingatan wajah ceria arwah mnunggang basikal ketika mgunjungi rumah kuarga ibu di kompleks pertanian negeri trganu,arwah bgitu gmbira mnunggang basikal ke seluruh pelusuk kompleks,.masih terkenang wajah arwah yg begitu takut ketika mngunjungi rumah tetap kuarga ibu di sungai siput blkang kompleks pertanian..rumah tu x brape siap lg so tangga utk ke tingkat atas masih tidak berpgar..menjerit2 arwah bila ibu duduk dibirai tangga x berpagar...masih terbayang2 senyuman arwah ketika memetik buah rambutan kuning dihalamn rumah kuarga ibu...dia sgt sukakan rambutan kuning...di makanyerbuah rambutan tu puas2 rumah kuarga ibu dlm kebun penuh pokok2.
Masih terkenang..kenangan ketika kami sama2 pergi temuduga MARA IKIP-YARMOUK..arwah berjalanseiringan dgn aki bertanya pelbagai soalan...dia begitu pandai m'gambilhati org tua...masih tidak dpt dilupakan suka duga di ikip belajar.. bermain bola jaring bersama2..masih tergia2 di telinga gelak ketawa arwah ketawakn ibu apabila kasut ibu tercabut tapak ketika mlompat utk dapatkn bola..masih teringat lg..prihatinyer arwah ketika ibu berkurung kerana sengugut arwah belikan ibu roti dan sangkut roti di pintu bilik bersama secebis nota moga ibu cepat sembuh..semuanyer masih teringat..bagaikan semalam br berlalu..
Masih teringat arwah menemani ibu utk m'dapatkn x-ray..sebelum dtg ke jordan..dan..masih teringat arwah menemani ibu di markazsihhijamiah utk m'dapatkn mc..kerana ibu sakit..prihatinnyer arwah..apabila org sakit dia la yg paling risau sekali..masih terasa jari arwah m'getel2 cuping telinga ibu...hingga pedih dibuatnyer...arwah mmg suka gentel telinga org...sesiapa yg telinga bercuping abis digentelnyer...hehe manisnyer kenangan itu..
Masih teringat ketika pulang dr jordan kami sama2 pergi melaporkn diri diMARA...arwah sukarela menemani ibu pergi bank amik duit..kami turun di tengah2 jalan sebelum sampai ke rumah kakan arwah...masih teringat...4/5 bulan yg lepas ibu call arwah..bertanya khabar..." mu sihat ker? ibu tanyer...arwah jawab ..aku koho sihat..ibu tanye bila mu nk makan nasi minyak?(maksudnyer kawin)dgn berseloroh arwah m'jawab..mu balik msia aku masak lalu nasi minyak ke mu...huhuhu semuanya...masih ibu ingat....
YA ALLAH..tabahkan la hati kami...sehingga hari ini setiap detik ketika kenangan2 itu masih segar di ingatan,..sesedih ibu yg 8 tahun bersama arwah ibu tahu sedih lagi rakan ibu yg lebih rapat dgn arwah...12 tahun bersama khususnya NORLI HAYATI mereka bagaikn adik beradik..sabar norli semuanya ketetapan ILAHI......mg roh arwah tenang disana...begitu jua kuarga arwah...lg sedih dr ibu kan...moga ALLAH tabahkn hati mereka.
Di kehilangan ini..terasa kesal x dapat bertemu terasa kesal x dpt melawat ketika dia sakit x dapat m'hadiri jenazahnyer bila dia tiada ...namun ape yg berlaku semuanya ketentuan ILAHI..kita kena tabah hadapinya... percaya pd qada' dan qadar nyer...hidup mati kita semuanye di tangan ALLAH...kita hanya manusia yg di datangkan hnya sementara m'hunikan alam..dan akan di jemput utk pulang.namun...kita masih mampu m;hadiahkan al fatihah buatnyer...m'hadiahkn doa buat arwah...moga roh nya di cucuri rahmat ALLAH..moga tergolong dlm golongan org yg beriman..AMIN...
buat kita yg di tinggalkn ..tabahkan hati kuatkn semangat hidup mesti diteruskan walaupun arwah telah tiada di hadapn mata kita namun dia tetap kekal dihati kita tetap hidup di sanubari kita kenangan bersamanyer tetap subur di ingatan walau zaman terus berlalu ...bersama2 la kita cukupkan bekalan utk ke sana kerana kita tidak tahu bila kita akan di jemput..mafhum hadis apabila matinya anak adam terputus la segala amalanye kecuali sedekah jariah,ilmu yg bermanafaat dan doa anak yg soleh dan solehah...YA ALLAH terasa kerdilnyer diri ini...terasa tidak mampu kehilangan org yg tersayang anak2 dan suami..ibu ayah dan adik beradik...jua sahabat handai...moga kalian dipanjangkn usia dan dijauhkan bala bencana yg tidak di ingini...
sama2 la kita sedekahkan AL-FATIHAH buat arwah...mg roh arwah bersama2 org yg beriman.. AMIN...wassalam.

Monday, May 18, 2009

ISU2 SEMASA & PENJELASAN

Hukum ‘Brain Death'

(Mati Otak) Dan Beberapa

Isu Derma Organ, Gugur Janin

Oleh :

Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

B.A(Hons) UM ; MA (Hons) Shariah, Jordan

Email : zaharuddin@yahoo.comThis e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it

Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam, selawat dan salam buat Rasul junjugan Nabi Muhammad SAW , pemimpin para du'at dan Mujahidin yang telah sempurna menyampaikan amanah dan risalah serta memberika ingatan dan berita baik kepada seluruh manusia. Juga salam ke atas para ahli keluarga Baginda SAW, para sahabatnya yang terpilih serta mujahidin/at dan muslimin/at yang menurut jalan kebenaran Islam.

Penulisan ringkas dan padat ini akan menyentuh aspek berikut :-
1. Tanda kematian Dalam Islam dan Perubatan Moden
2. Mati Otak (Brain Death) ringkasan Perspektif Perubatan.
3. Pendirian Islam dan Hukum berkait Mati Otak.
4. Hukum Derma Organ dalam pelbagai Situasi
5. Hukum Menggugurkan Janin.

Penulisan ini ditujukan khas bagi setiap warga Malaysia yang berminat terutamanya para doctor perubatan yang mengambil berat di atas hal ehwal halal dan haram dalam urusan kerjayanya dan kepada setiap insan yang ingin menambah maklumat, bgmnpun penulisan ini dibuat dalam bentuk ringkas, tanpa menuruti kaedah penulisan tesis ilmiah. Ia sekadar suatu bentuk artikel separa ilmiah dituju pada umum dan diharap dpt menjelaskan ‘mawqif'(pendirian) Islam terhadap beberapa isu perubatan yang mungkin segelintir kalangan para doctor masih lagi tertanya-tanya tentang hukum Islam berkaitannya, juga ia berkait dengan kehidupan semasa kita semua.


Tanda-tanda Kematian dalam Islam

Firman Allah SWT : "Setiap yang hidup pasti akan merasai mati" (Al-Anbiya : 35)
Menurut Al-Qadhi ‘Iyadh al-Maliki dalam Syarh Sohih Muslimnya yang dinaqalkan oleh Imam An-Nawawi (w 676 H) : mati itu adalah perpisahan ruh dari jasad atau perpindahan ruh ke alam lain dan meninggalkan jasadnya. Lalu jika kita menerima takrifan ini, maka secara tidak langsung kita telah menerima kefahaman metafizik, kerana itu manusia tidak mampu untuk mengetahui secara tepat bilakah masuknya ruh dan keluarnya kecuali mereka hanya mampu untuk membuat andaian berlaku kematian dengan berpandukan kepada tanda-tandanya selain berpandukan dalil2 dari Hadith Nabi SAW.

Para Fuqaha berdasarkan hadith2 Nabi SAW yang kukuh telah membuat kesimpulan, antara tanda-tanda kematian adalah :

1. Dari Ummu Salamah RA bhw Rasulullah SAW bersabda "Sesungguhnya ruh apabila diambil maka ia matanya akan menurutinya (memandang ke atas)" (Sohih Muslim)


2. Dari Shidad "Kiranya kamu menghadiri org yang mati dari kalangan kamu, tutupilah matanya, kerana matanya mengikuti ruhnya (terbuka dan melihat ke atas), serta bercakaplah (di antara kamu) dengan perkara yang baik (Musnad Ahmad)

Berdasarkan hadith ini, mengenalpasti kematian melalui mata adalah suatu tanda yang amat penting bagi menunjukkan samada ruh telah berpisah dari jasad atau belum.

Fuqaha juga telah menentukan bhw antara tanda-tanda lain bagi kematian adalah terhentinya nafas, kedua-dua kaki menjadi lembik (longgar), terlerainya gengaman tapak tangan, lenjutnya kulit wajah, mengecutnya kemaluan, sejuknya tubuh dan lain2.

Walau bagaimanapun, jelas menurut ilmu perubatan, ini bukanlah tanda-tanda yang konkrit bagi kematian, kecuali terhentinya pernafasan. Para fuqaha terdahulu, akibat kekurangan alatan moden dan kurangnya perkembangan ilmu sains dan perubtaan, telah membuat kesimpulan bahwa mana-mana bayi yang lahir dan mati sebelum kedengaran sebarang jeritan samada kuat atau perlahan, ia dianggap dilahirkan dalam keadaan mati, serta tidak diiktiraf kehidupan baginya.

Dengan bantuan kemajuan sains dan teknologi hari ini, jelas bhw pandangan fuqaha dahulu tersebut adalah meleset serta kurang tepat, bahkan dunia kedoktoran telah menyaksikan beribu2 bayi yang lahir tanpa sbrg tangisan dan jeritan dan mampu diselamatkan melalui beberapa rawatan kecemasan yang agak mudah. Justeru, dalam hal ini, sewajarnya tanda kematian dan ilmu mengenalpasti kematian ini diberikan kepada para doctor dan bukannya bidang para fuqaha untuk melakukan ijtihad. Para doctor dalam hal ini dianggap ‘ahl az-zikr' iaitu org yang paling mengetahui.


Tanda Kematian Menurut Doktor Perubatan

Secara ringkasnya, adalah seperti berikut :

1. Terhentinya Jantung dan kitaran (peredaran darah), yang mana ianya tidak akan kembali bergerak.


Tetapi perlu diingat, para doctor berupaya untuk memberhentikan pergerakan jantung dari fungsinya selama 2 jam atau lebih ketika pembedahan yang memerlukan keadaan tersebut, bagaimanapun peredaran dan kitaran darah tidak berhenti walaupun sesaat.
Begitu juga dengan terhentinya pernafasan, yang boleh dibantu dengan pernafasan mulut ke mulut atau dengan perantaraan AMBU BAG. Dan biasanya dengan bantuan tersebut pernafasan akan kembali berfungsi secara normal tanpa lagi memerlukan bantuan.

Bagaimanapun, terdapat beberapa keadaan, yang mana pernafasan normal(tabi'e) tidak akan kembali lagi, ketika itu pesakit terpaksa bergantung kepada alat pernafasan sepanjang hidupnya, sebagaimana yang berlaku kepada kanak2 yang mendapat kecacatan di pusat pernafasannya di Medulla Oblongata, atau dinamakan Bulbar Poliomyletis. Demikian juga pesakit yang mengalami kegagalan fungsi pernafasan (Respiratory Failure) amat memerlukan bantuan alat pernafasan bagi menyokong pernafasan asalnya. Dalam keadaan ini, alat (Bennette Respirator) atau lainnya, dapat menolong.

Para Doktor biasanya mengenalpasti waktu terhentinya pusingan (kitaran) darah dan jantung, iaitu terhentinya yang tiada kembali lagi, ia boleh dikenalpasti dengan tanda berikut :-

a) Terhentinya denyutan dalam darah, iaitu dengan menyentuh tempat yang dapat merasai denyutan darah antaranya, kawasan di antara mata dan telinga, dan lain2 tempat yang diketahui oleh doctor.

b) Terhentinya jantung, ia boleh dikesan apabila tiada kedengaran dengupan jantung melalui Stetoskop.

Waktu terhentinya ini mestilah berterusan paling kurang selama 5 minit. Manakala dalam keadaan terhentinya secara mengejut, usaha mengembaliknnya berfungsi dilakukan berterusan dengan pelbagai kaedah antaranya menggunakan mesin (Defibrillator) bagi mengembalikan denyutan jantung iaitu dengan mengenakan sedikit cas elektrik ke jantung. Usaha ini akan diteruskan selama 30 minit dan mungkin juga lebih dari itu kiranya terdapat tanda-tanda kemungkinan jantung untuk berfungsi kembali.

Apabila terhentinya kitaran darah dan pernafsan secara sempurna (iaitu setelah dilakukan pelbagai usaha kecemasan yang disebut tadi) maka Doktor akan mengesahkan matinya pesakit secara rasmi.

2) Terhentinya pernafasan selama lebih 3 minit

Berikut adalah tanda terhentinya pernafasan :-
a- Terhenti pergerakan di dada dan perut.
b- Tiada kedengaran bunyi pernafasan menggunakan stetoskop.
c- Diletakkan cermin yang bersih di depan mulut dan hidung bagi mengtahui terdapat tanda pernafasan berlaku atau tidak.
d- Diletakkan bekas kecil mengandungi air di atas dada atau perut, kiranya air tidak bergerak maka, ia tanda tiada pernafasan.

Bggaimanapun sel-sel tidak mati sejurus kematian pesakit, justeru kita boleh mendapati sel-sel ditubuh masih menerima kejutan2 elektrik dan sel-sel hati masih berfungsi menukarkan gula kepada glucose dan seterusnya ditukarkan kepada glycogen oleh sel Langerhans yang mengeluarkan Insulin.

Disertakan jadual jangka hayat anggota-anggota penting selepas kematian seseorang:

Anggota Masa hayat tanpa dibekukan Masa hayat dengan pembekuan
Otak 4 minit
Jantung Beberapa minit 2 jam atau lebih
Hati 8 minit 8 jam
Pankreas 20 minit 12 jam seluruh pancreas
72 jam separuh darinya
Buah Pinggang 45 minit 72 jam
Kornea 12 jam Sehari atau lebih
Kulit 12 jam di bilik sejuk Sebulan atau lebih
Tulang 24 jam Sebulan atau lebih
Paru-paru 30 minit Beberapa jam
Sperma Berbelas tahun dengan disejukkan

ISU BRAIN DEATH ( Mati Otak )

Ringkasan dari perspektif Sains dan Kedoktoran tentangnya

Walaupun takrif kematian yang diiktiraf di kalangan doktor tadi adalah terhentinya jantung, peredaran darah dan pernafasan, bgmnpun terdapat beberapa keadaan kematian yang tidak dalam bentuk tersebut, Ia adalah rentetan kemajuan teknologi dengan ciptaan alat bantuan hayat . Maka ia adalah satu isu yang perlu di fatwakan oleh para ulama Syariah Islam.

Biasanya para doctor apabila berhadapan dengan keadaan kecemasan pesakit seperti kemalangan dahsyat yang membawa kecderaan parah di otak. Mereka akan menggunakan alat Bantuan Hayat untuk mengambil alih tugas paru-paru, serta membantu jantung agar terus berfungsi. Maka dengan alat ini, peredaran darah akan terus berjalan, jantung akan terus berdenyut dan para-paru masih berfungsi untuk pernafasan.

BAGAIMANAPUN, otak yang ditimpa kemalangan tadi telah rosak dan mati serta tiada kaedah lagi bagi menghidupkannya kembali. Dalam keadaan ini, pesakit mungkin boleh terus hidup dalam beberapa hari dan jantung akan terus berfungsi selama 68 hari dengan bantuan alat hayat selepas otak mati. Justeru, adakah pesakit sudah dikira mati di sisi Islam dalam keadaan mati otak ???

Sebelum dihuraikan pandangan Fuqaha Semasa tentang hal ini, dijelaskan di sini tanda kematian otak menurut kajian yang dikeluarkan oleh Harvard Medical School pada tahun 1968 m. :-

1- Koma serta tiada memberikan respond kepada apa jua keadaan.
2- Tiada pergerakan.
3- Tiada pernafasan (ketika diberhentikan alat bantuan)
4- Tiada tindakan refleksi dari pangkal otak.
5- Graf uji aktiviti otak akan menunjukkan tiada aktiviti (Flat E.E.G). Tapi ianya tidak memberi maklumat muktamad tentang kematian otak.
6- Tidak wujudnya pergerakan darah ketika digoyangkan kepala. Ia dapat dikesan apabila kerana darah, apabila digerakkan kepala ke satu arah, sepatutnya mata akan menghala ke arah yang bertentangan, kiranya berlaku mati otak, maka mata pesakit tidak menghala bertentangan bahkan menuruti arah kepala.

Apabila berkekalan tanda-tanda ini tanpa sebarang perubahan dalam masa 12 jam maka seseorang boleh dianggap telah mati otaknya. Banyak kajian telah dijalankan berkenaan Brain Death ini antaranya oleh :

a- Kesatuan Doktor Antarabangsa yang bersdiang di Australia tahun 1968 M. Juga di Geneva tahun yang sama.

b. Kuliah DiRaja Britain Bagi Para Doktor juga telah membuat satu badan bagi membuat kajian tentangnya dan mengeluarkan beberapa ketetapan pd tahun 1976 M dan 1979 M. Dan banyak lagi.

Brain Death ini pula telah dikelaskan kepada beberapa jenis iaitu :-

a) Mati seluruh Otak ( Whole Brain Death )
b) Mati di Pangkal Otak (Brain Stem Death)
c) Mati Bahagian atas otak dan keadaan ‘Vegetative States' ( iaitu : Hilang kemampuan aqal dan pemikiran dimana pesakit tidak mampu untuk makan dan minum melalui mulut dan hilang kawalan untuk kencing dan sebagainya ) Bhg atas otak (cerebrum) telah mati dan bhg pangkal masih hidup.

Bgmnpun, penulisan ini tidak akan menghuraiakan jenis2 tersebut agar tidak memanjangkan perbincangan.

Kaedah Utama Mengenalpasti Brain Death

1. Syarat-syarat Pra ujian (Preconditions)

a) Pesakit pengsan sepenuhnya serta tidak bernafas kecuali dengan menggunakan alat pernafasan (ventilator).

b) Mengenalpasti sebab pesakit pengsan (tidak sedar diri) serta jelas terdapatnya kecederaan di pangkal otak yang tidak boleh diubati. Peratusan terbesar terhadap keadaan ini adalah kemalangan jalanraya, kapalterbang, keretapi, di tempat kerja lain2 sepertinya.

2. Tidak wujud tanda-tanda atau sebab2 lain yang menunjukkan pesakit hanya pengsan seketika

Antara faktornya:
a) Alkohol dan ubat pemandulan.
b) Rendahnya suhu tubuh.
c) Kegagalan Buah Pinggang atau Hati dari berfungsi.
d) Pengsan akibat terlebih gula di dalam darah atau terlampau kurang gula.
e) Ketidakstablian elektrolit, (Electrolyteimbalance) akibat masalah pada cas elektrolit seperti K, NA dan Ca.

Ketika wujudnya sebab2 sementara di atas mestilah dikenalpasti sebelum dijalankan ujian berlakunya mati otak.

3. Ujian-ujian lanjut

a) Tidak wujud tindakbalas refleksi dari pangkal otak. Ia boleh dikenal dengan cara berikut, antaranya:-
i. Tiada tindakbalas bebola mata terhadap sinaran lampu suluh.
ii. Tidak bergerak biji mata walaupun direnjiskan air sejuk padanya.
iii. Tidak mengerut dahinya walaupun ditekan dahi dengan ibu jari.

b) Tidak wujud pernafasan selepas diberhentikan alat pernafasan selama 10 minit. Ia dibuat dengan ujian khas. Ia diketahui oleh para doctor.

c) Ujian Kepastian Terakhir : Antara yang terpenting adalah :
a- Graf otak tidak menunjukkan sebarang pergerakan (Flat E.E.C )
a- Tiada peredaran atau kitaran darah di otak, ia dapat diketahui dengan menggunakan alat Redionucleotides

Demikian didedahkan secara ringkas berkenaan Brain Death menurut ilmu perubatan.

PENDIRIAN PARA ULAMA ISLAM DAN HUKUM BERKAITAN ISU BRAIN DEATH

Isu Alat Bantuan Hayat dan Mati Otak mula timbul dibincangkan di kalangan Fuqaha dan alam Islam sekitar awal 80 an.

Ia dibincangkan di sidang Majma' Fiqh Islami tahun 1985 M di Jeddah yang mana dihadiri oleh para ulama dunia dan doktor-doktor perubatan pakar tetapi tiada keputusan dibuat demi meneliti isu.

Sidang Majma' Fiqh seterusnya dibuat tahun 1986 M, di Amman Jordan, dan tajuk ini dibincangkan dengan begitu mendalam, hasilnya Majma' Fiqh Islam Sedunia telah membuat fatwa dalam isu Alat Bantuan Hayat dan Mati Otak, yakni bagi menjawab persoalan adalah seseorang dikira mati dari sudut syarak atau belum apabila disahkan mengalami Mati Otak. Fatwanya sebagai berikut :

" Sesungguhnya seseorang dianggap mati dari sudut syara' dan seluruh urusan melibatkan kematian boleh dilaksanakan sekiranya tedapat 2 tanda :
1. Apabila terhenti jantung dan pernafasan secara sempurna, dan Doktor mengesahkan tiada harpan untuk kembali berfungsi.
2. Apabila terhenti seluruh tugas dan peranan otak secara sempurna , dan Doktor Pakar dalam bidang ini mengesahkan tiada harapan untuk kembali fungsi setelah dibuat analisa lengkap.

Dalam keadaan tersebut, adalah HARUS untuk menanggalkan Alat Bantuan Hayat yang digunakan pesakit walaupun terdapat anggota tubuhnya yang berfungsi dengan bantuan alat tersebut"

Kesan Fatwa ini, maka terbukalah ruang yang luas bagi proses pemindahan organ bagi pesakit2 mati otak yang dianggap mati dari sudut syara' lalu bolehlah dijalankan proses pemindahan organ dalam keadaan organ masih segar dan sel masih hidup.

Bagi menjawab persaoaln berkaitan pemidahan organ, berikut disertakan ringkasan Fatwa Majlis Majma Fiqh terhdp isu derma dan pemindahan organ :

1. Pemindahan organ

a) Memindahkan organ seseorg pesakit dari satu bahagian dari tubuhnya ke bahagian lain tubuhnya juga.
Hukumnya : HARUS, dengan syarat :-

i. Kepastian manfaat yang bakal diperolehi adalah lebih tinggi dari mudarat yang mungkin menimpa hasil pemindahan.

ii. Pemindahan tersebut tidak menyebabkan mana2 anggota yang diambil, hilang upaya dari menjalankan fungsi asalnya.

b) Memindahkan organ seseorg pesakit pesakit lain.
Hukumnya : HARUS , dengan syarat :-
i. Ia terdiri dari anggota yang akan pulih dan boleh tumbuh semula seperti darah dan kulit.
ii. Mestilah penderma mempunyai keahlian dari sudut umur dan aqal dalam membuat keputusan tersebut.

c) Memanfaatkan sebahagian angggota yang dipisahkan dari tubuh kerana keperluan akibat sakit tertentu, lalu didermakannya untuk orang lain. Seperti Kornea mata
Hukumnya : HARUS dengan syarat-syarat manfaat melebihi mudarat.

d) Memindahkan Organ yang boleh menyebabkan kematian penderma seperti Jantung
Hukumnya : HARAM

e) Memindahkan Organ yang boleh menghilangupayakan fungsi anggota tersebut dari tugas utamanya dalam keadaan tidak mengancam nyawa penderma. Seperti derma kornea mata kedua-duanya, kedua-dua tangannya.
Hukumnya : HARAM, kiranya didermankan hanya sebelah kornea, terdapat khilaf di kalangan fuqaha, yang lebih kuat adalah Haram kecuali kiranya tersgt diperlukan.

f) Memindahkan anggota mayat kepada seorg yang hidup yang hidupnya bergantung kepada anggota itu.
Hukumnya : HARUS, dengan syarat mendapat keizinan si mati (sebelum matinya) atau warisnya selepas matinya atau izin pemerintah kiranya si mati tidak diketahui warisnya.

g) Memindahkan organ binatang kepada manusia
Hukumnya : HARUS, dengan syarat haiwan yang halal di makan dagingnya.

h) Menjual Organ-organ yang ingin dipindahkan atau penderma mengambil bayaran yang ditetapkan hasil organnya
Hukumnya : HARAM, kecuali jika si penerima @ mana-mana pihak ketiga memberi hadiah secara sumbangan penghargaan tanpa ditetapkan sebelumnya.

2. Menghapus Ovum atau telur wanita yang berlebihan dari keperluan (Hasil pensenyawaan di luar rahim)


Hukumnya :
a). Kaedah penghaspusannya adalah dibiarkan tanpa sebarang perhatian, agar ia mati dengan sendirinya.
b) HARAM menggunakan ovum dari wanita lain, dan WAJIB pihak yang menguruskannya memastikan tiada sebarang kekeliruan atau percampuran atau pertukaran berlaku.

3. Menyambung anggota yang putus akibat Hukum Hudud dan Qisas


Hukumnya :

a) HARAM dalam kes Hudud untuk menyambung anggota semula kerana bercanggah dengan maqsud pelaksanaan syariah. Kecuali dalam kes Tersilap (Khata')

b) Dlm Kes Qisas : HARUS hanya dalam keadaan :-
i- Mangsa mengizinkan penyambungan dibuat selepas dilaksanakan qisas
ii- Apabila mangsa boleh disambung anggotanya yang terputus.


HUKUM MENGGUGURKAN JANIN

Sebagai tambahan dan lebih faedah untuk pembaca disertakan hukum Menggugurkan Janin dalam keadaannya yang berbeza :


1. JANIN mengidap Penyakit yang ringan (tidak mengakibatkan kematian) yang boleh diubati.
Hukumnya : HARAM sebelum 4 bulan dan selepas

2. JANIN mengidap kecacatan ringan yang tidak boleh diubati tetapi ia boleh hidup. Seperti Buta, Cacat sebelah tangan, atau kedua-duanya, cata kaki, kurang jari dan sebagainya
Hukumnya : HARAM jika umur janin melebihi 4 bulan, HARUS kiranya umur bayi di bawah 4 bulan.

3. JANIN mengidap Kecacatan yang Serius yang membawa kematian . seperti tiada kepala, tiada paru2 dan sebagainya
Hukumnya : Biasanya janin akan gugur dengan sendirinya. Tiada hukum.

4. JANIN mengalami kecacatan anggota yang membawa akan membawa kematian sejurus selepas dilahirkan.
Hukumnya : Terdapat perbezaan pandangan ulama'

a) HARUS sebelum 4 bulan, Haram selepas 4 Bulan.

b) HARUS walaupun selepas 4 bulan, dengan syarat, Keyakinan tinggi hasil analisa Doktor2 pakar.

5. JANIN menghidapi penyakit AIDS.
Hukumnya : HARUS sebelum 4 bulan , Haram selepas 4 Bulan.

6. JANIN yang terhasil akibat dirogol
Hukumnya : HARUS digugurkan hanya sebelum 4 Bulan.

7. JANIN yang sihat @ sakit @ cacat tetapi nyawa Ibu terancam kiranya janin dilahirkan.
Hukumnya : HARUS gugur janin samada sebelum atau selepas 4 bulan, kerana nyawa Ibu diutamakan dalam hal ini.


PERSOALAN : Mengapa umur Janin SEBELUM DAN SELEPAS 4 bulan membawa perbezaan hukum ?

Jawapan : Berdasarkan hadith Riwayat Muslim, titik hidup manusia bermula sebagai manusia dengan mempunyai hak2 kemanusian yang dikitiraf dalam Islam adalah dari umur 4 bulan dalam kandungan. Kerana berdasarkan hadith Nabi SAW, MANUSIA DITIUPKAN RUHNYA KETIKA SEKITAR UMUR 120 HARI. DEMIKIAN PANDAGAN MAZHAB YANG EMPAT DAN MAJORITI FUQAHA.

Maka apabila telah ditiup Ruh, janin tersebut dianggap sebagai seorang manusia yang mempunyai hak seperti manusia sempurna. Justeru, penggugurannya adalah dikira membunuh manusia atau nyawa. Ia diharamkan oleh Allah sbgmn FirmanNya : Ertinnya : "Dan janganlah kamu membunuh nyawa manusia yang diharamkan oleh Allah kecuali dengan alasan yang benar (di sisi syarak)." (Surah Al-An'am : 151)

Walaupun majority fuqaha memfatwakan boleh menggugurakn janin sebelum 4 bulan dengan sebab2 yang konkrit, bagaimanapun terdapat sekumpulan kecil ulama yang mengharamkannya dalam semua peringkat umur janin, ia adalah pandangan Imam Abu Hamid Al-Ghazali (wafat 505 H), serta sebahagian Fuqaha' Mazhab Maliki.

Sekadar itu dahulu, semoga ianya dapat memberikan manfaat kepada semua, sebarang teguran membina amatlah dialu-alukan.

Sekian,

Irbid, Jordan
20 Jun 2003

Rujukan :
1. Qarar Majma' Fiqh Islam Sedunia
2. Al-Mawqif Al-Fiqhi wal Akhlaqi min qadhiyah Zar'u al-A'dho' , Dr Muhd Ali Al-Barr, Dar Al-Qalam, Dimasqh, cet 1, 1994 m
3. Qadhaya Tibbiyyah Mu'asiroh, Prof. Dr Muhd Na'im Yasin, Dar an-Nafais, Cet 3, 2000 m
4. Nizam Al-Usrah fil Islam, Prof Dr Muhd Uqlah Al-Ibrahim, Muassasah Ar-Risalah, cet 2, 1992 m
5. Gharasul a'dho', Dr Mustafa Al-Qudoh, Abhath Al-Yarmouk
6. Bahath Ijhad al-Janin Al-Musawwah, Prof Dr Misfar al-Qahtoni
7. Batath Ijhad al-Janin Al-Musawwah, Prof Dr Mahmud Abu Layl, Univ. UAE
8. Fatawa al-Muasiroh, Syeikh Dr Yusoff al-Qaradhawi, Muassasah ar-risalah, Beirut, cet 3, 1

Sila buka di

http://al-ahkam.net/home/upload/dl/Islam/E-book_-_Melayu/UZAR_Brain_Death_Dari_Perspektif_Islami.pdf

Wednesday, May 13, 2009

WA LAN TARDO A'NKAL YAHUDA+WANNASOORO


Ketika tumbangnya rejim Najibullah di Afghanistan pada 1992, dunia Islam berharap kerajaan baru Mujahidin yang ditubuhkan di Kabul akan menjadi contoh kegemilangan tamadun Islam zaman moden. Ditambah kemunculan enam republik Islam di Asia Tengah (Azerbaijan, Turkmenistan, Kyrgyzstan, Uzbekistan, Tajikistan dan Kazakhstan), selepas kehancuran Soviet Union pada 1991, harapan kembali berbunga bahawa tamadun Islam akan kembali bersinar selepas hancurnya daulah Islamiyah Uthmaniyah Turki pada 1924, gara-gara 'permainan licik' Kamal Ataturk. Malangnya impian itu menjadi igauan apabila Afghanistan menjadi 'neraka dunia'. Penduduknya yang sudah melalui kesengsaraan perang berikutan campur tangan Soviet Union terus menderita. Kali ini di tangan saudara seagama. Di Afghanistan, Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang diamanahkan untuk memastikan sejahteraan ummah, gagal meleraikan kumpulan Mujahidin yang bertelagah. Pada awal dekad 90-an, ketua kumpulan Hizb-I-Islami, Gulbuddin Hekmatyar terus memerangi Presiden Burhanuddin Rabbani sekalipun diberikan jawatan perdana menteri. Kemunculan kumpulan pelajar, Taliban adalah di luar jangkaan, tetapi mereka mendapat sokongan rakyat. Pada pertengahan dekad 90-an, mereka berjaya menguasai hampir keseluruhan bumi Afghanistan. Kesungguhan Taliban melaksanakan hukum-hakam Islam, menyebabkan mereka dicemburui Barat. Suatu ketika tindakan mereka menghancurkan patung purba Buddha di Bamiyan, mencetuskan kemarahan dunia Barat. Apabila tercetus Peristiwa 11 September 2001, tidak semena-mena Taliban menjadi sasaran. Taliban didakwa melindungi pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden. Lanjutan dendam Barat kepada Taliban, Amerika menggunakan kesempatan itu untuk 'menguji' senjata-senjata canggihnya di bumi yang hampir musnah itu. Hasilnya Afghanistan hancur tetapi Amerika dengan bongkaknya berkata demokrasi sedang berkembang selepas meletakkan bonekanya, Hamid Karzai sebagai presiden. Tidak cukup dengan kemusnahan Afghanistan, Amerika terus 'melanyak' sebuah lagi negara umat Islam - Iraq. Sama seperti Afghanistan, rejim Saddam Hussein juga tumbang dengan mudah. Jentera perang Amerika jelas tiada tandingan jika perang berlangsung secara berhadapan. Pengajaran Perang Vietnam mungkin menjadi perangsang pejuang Iraq menggunakan taktik perang gerila yang menyaksikan korban besar di kalangan tentera Bersekutu akhir-akhir ini. Kehancuran Iraq (satu-satunya negara Arab dan umat Islam) yang pernah membedil Israel dengan peluru berpandu Scud ketika Perang Teluk 1991, menyebabkan rejim Zionis itu semakin sombong dan ganas. Seorang demi seorang pemimpin Palestin dibunuhnya. Hasil buruan terbesar mereka ialah syahidnya pemimpin Hamas, Sheikh Ahmad Yassin dan Abdel Aziz Rantisi. Dunia hari ini menyaksikan seluruh negara umat Islam hilang 'maruah'nya. Daripada Libya yang terkenal dengan sikap anti-Baratnya sehinggalah kepada Arab Saudi yang sejak dulu lagi pro-Barat, semuanya mempamerkan 'ketakutan' yang amat sangat kepada Washington. Malah ada negara umat Islam sudah mengamalkan kurikulum pendidikan dengan nasihat pakar-pakar Amerika. Konsep jihad dihapuskan daripada buku-buku teks sekolah. Universiti Al-Azhar yang menjadi mercu kehebatan tamadun Islam juga tidak terlepas daripada pemantauan Washington. Ketika seluruh umat Islam yang cintakan agamanya terkapai-kapai, OIC terus dengan retorik dan sidangnya yang tidak habis-habis. Yang terbaru Malaysia sebagai Pengerusi OIC, menyatakan surat telah dihantar kepada 'penjenayah' Bush dan Blair berhubung situasi meruncing di Iraq dan Palestin. Jawapan Bush dan Blair ialah mereka 'amat prihatin' dengan masalah yang ditimbulkan oleh OIC itu! OIC menganggap ini kejayaan besar sedangkan pada masa yang sama darah ummah terus membasahi bumi Palestin, bumi Iraq, bumi Kashmir, bumi Afghanistan, bumi Chechnya, bumi Uzbekistan, bumi Xinjiang, bumi Mindanao, bumi Aceh dan akhir-akhir ini bumi Ambon dan selatan Thailand. Bagi kebanyakan ummah prihatin, hanya doa dan air mata yang mampu mereka hadiahkan bagi mengiringi pejuang-pejuang Islam di mana saja mereka berada. Kepada yang lain, terutama pemimpin-pemimpin negara umat Islam, 'teruskan tidur anda yang panjang' itu dan biarkanlah anak-anak anda (generasi muda) hanyut dengan gaya hidup yang 'mengidolakan' 'Winston, Carlsberg, Levis, Texan, KFC, McDonald's, Bollywood, Hollywood, Sureheboh, Empat Nombor Ekor' dan 'yang sewaktu dengannya'.

Monday, May 11, 2009

PENINDASAN & KEZALIMAN TERHADAP UMAT ISLAM DI CHINA OLEH PEMERINTAH KOMUNIS CINA....DIMANA KEADILAN & PEMBELAAN??


Aktivis etnik Uighur terbit buku


WASHINGTON 10 Mei – Pada suatu hari semasa musim panas pada 1999 ketika Rebiya Kadeer sedang dalam perjalanan bertemu dengan penyelidik kongres dari Amerika Syarikat (AS), yang telah datang ke bandar Urumqi untuk menyiasat penderitaan yang dialami oleh etnik minoriti Uighur di China.

Bimbang diekori, Rebiya menaiki teksi sebelum sebuah kenderaan lebih besar meluru ke arah mereka, namun berjaya dielak oleh pemandu teksi itu, sebelum mereka melanggar kereta di belakang.

Tanpa mempedulikan mangsa yang cedera, kereta-kereta hitam mengepung teksi tersebut dan berapa pegawai keluar dengan senjata automatik dan dari situ bermulalah penderitaan Rebiya dipenjarakan selama enam tahun di dalam sel yang hanya seluas 2.5 meter persegi, dan menceritakan tahanan-tahanan wanita Uighur turut dibogelkan.

Ia dicatatkan dalam memoir Rebiya berjudul Dragon Fighter yang baru diterbitkan di AS, Britain dan beberapa negara yang menggunakan bahasa Inggeris oleh Kales Press, anak syarikat kepada W.W. Norton.

Buku itu menceritakan kehidupan dramatik seorang ibu kepada 11 anak yang juga usahawan runcit yang bertukar menjadi penentang etnik Uighur dan bertanding untuk Anugerah Keamanan Nobel.

Dia turut menceritakan tentang etnik berbahasa Turki dan beragama Islam yang menghadapi tekanan agama dan budaya, menurut laporan hak asasi manusia terbaru Jabatan Negara AS.

China membebaskan Rebiya pada 2005 menjelang lawatan Setiausaha Negara ketika itu, Condoleezza Rice.

Dia yang kini tinggal di Washington percaya Beijing menyesal kerana membebaskannya.

“Harapan saya adalah semua orang di dunia akan mengetahui situasi yang kami hadapi menerusi buku ini.

Kerajaan totalitarian China telah menghapuskan etnik Uighur secara sistematik sejak enam dekad lalu, jadi masyarakat antarabangsa tidak mengetahui keadaan kami,” kata Rebiya, 62, dari pejabatnya yang dikawal rapi. – AFP

Sunday, May 10, 2009

MALAYSIA TANAH+AIRKU!!


Aksi tunjuk alur bontot, buah dada punyai nilai berita/gambar?

Mereka bukan atlet negara ini. Mereka pun bukan pemenang sebarang pingat dalam Sukan Olimpik di Beijing atau di Athens.

Tetapi wanita-wanita ini mendapat liputan besar-besaran dalam akhbar arus perdana negara ini, termasuk akhbar harian berbahasa Melayu. Gambar-gambar mereka terpampang besar dalam akhbar.

Sebabnya? Ini adalah kerana ahli sukan ini seperti pemain bola tampar pantai dari beberapa negara Barat, hanya memakai coli dan seluar dalam sehingga ada yang ternampak alur bontotnya. Gimnasnya pula hebat dengan aksi 'kangkang dan terkoyak'nya.

Nampaknya gambar-gambar inilah yang gemar 'dimainkan' dan selalu ditonjolkan oleh karyawan meja sukan (editor sukan dan pembantu-pembantunya) yang saya percaya kebanyakannya beragama Islam. Ertinya, nilai gambar itu bukan kerana atletnya dapat emas, perak atau gangsa, tetapi keberanian mereka dedah alur bontot atau lipatan punggung atau besar kangkangannya!

Kita berasa amat hairan sekali kerana karyawan meja sukan ini tidak langsung mempunyai rasa sensitiviti terhadap agama. Kita tertanya-tanya sama ada karyawan ini solat atau tidak. Jika mereka menunaikan solat dalam erti kata sebenar-benarnya, tentu hati mereka akan berontak. Mereka akan lawan habis-habisan jika pihak yang lebih berkuasa mahukan gambar itu disiarkan.

Dengan tersiarnya gambar-gambar tidak senonoh ini berulang kali, apakah ia bermakna kebanyakan karyawan (pekerja) dalam media massa termasuk persuratkhabaran sebenarnya sudah mati cahaya keIslaman mereka? Apakah mereka tidak peduli akan perasaan pembaca? Mungkinkah yang penting bagi mereka asal surat khabar laris sudahlah, lebih banyak surat khabar laku, lebih besar peluang mereka untuk mendapatkan bonus besar pada hujung tahun.

Hal yang sama juga berlaku karyawan akhbar di meja lain terutama hiburan dan wanita.

Mereka tidak takut untuk menyiarkan gambar-gambar artis dengan pakaian keterlaluan. Mereka tidak ada rasa malu langsung menyiarkan gambar artis wanita Melayu/Islam yang sengaja menunjukkan alur payu dara, menayangkan paha gebu atau yang lebih daripada itu.

Gambar wanita sengaja dibesarkan sehingga kadang-kadang muat semuka akhbar bersaiz besar (broadsheet). Kadang-kadang artis itu bukanlah 'top', baru muncul sebuah dua drama, tetapi aksi sungguh dahsyat.

Di sini penulis hanya memperkatakan senario yang berlaku kepada akhbar harian arus perdana kerana akhbar ini dilanggani dan dibaca oleh hampir setiap lapisan dan peringkat umur masyarakat - daripada kanak-kanak sampailah golongan veteran.

Penulis tidak akan membincangkan akhbar tabloid mingguan dan majalah picisan kerana senarionya lagi teruk dengan pihak penerbit, pengarang dan penulis seolah-olah tidak peduli bahan disiarkan - daripada gambar separuh lucah kepada cerita tahyul dan 'rencana agama' menyesatkan semata-mata untuk melariskan jualan dan mengaut keuntungan.

Berbalik kepada akhbar arus perdana tadi, apakah sebenarnya yang menyebabkan karyawan akhbar kita semakin terhakis tanggungjawab mereka sebagai seorang Muslim sejati.

Bagi kebanyakan karyawan yang bekerja di syarikat-syarikat akhbar besar, mereka berkelulusan tinggi, sebahagian besar daripada mereka memiliki sekurang-kurangnya ijazah sarjana muda daripada institusi pengajian tinggi.

Jadi setakat mana nilai kehidupan mereka ini sehingga sanggup mengetepikan hukum-hakam agama, ataupun mereka sendiri tidak tahu perbuatan mereka itu salah di sisi agama?

Apakah karyawan-karyawan akhbar ini tidak sedar, hasil pendapatan mereka daripada 'memperagakan gambar-gambar tidak senonoh' itulah yang akan dijadikan modal untuk diberi makan kepada anak isteri.

Tidakkah mereka tahu setitik darah yang dihasilkan daripada sumber pendapatan haram, mereka telah mendedahkan anak isteri ke jurang neraka yang bahan bakarnya adalah batu-batan dan manusia sendiri.

Seorang rakan selalu mengulangi ungkapan ini yang katanya adalah petikan kata-kata hikmah Sayidina Ali: "Kalau manusia itu memikirkan untuk memuaskan apa yang ada antara mulut dan perutnya, nilai orang itu sama dengan apa yang keluar daripada perutnya."

Kita juga berasa hairan kerana akhbar-akhbar kita tidak sekata dalam mempamerkan bahan untuk bacaan umum. Jika dalam ruangan agama dalam sesebuah akhbar itu, dikatakan dengan penuh semangat supaya wanita-wanita menutup aurat tetapi dalam akhbar yang sama dalam ruangan sukan disiarkan gambar wanita menutup 'anu'nya saja.

Demikian juga dalam ruangan artis dan hiburan, yang kerap disiarkan adalah 'wanita yang sudah patah tulang belakangnya' (asyik membongkok saja untuk mempamerkan 'aset'nya).

Sekali-sekala dalam ruangan agama, penulis begitu hebat memperkatakan bahana judi, tetapi dalam akhbar yang sama juga disiarkan keputusan 'empat nombor ekor'.

Kita berasa amat hairan dengan perkembangan ini - adakah ruangan agama itu sebagai medan berdakwah kepada orang luar sedangkan karyawan akhbar berkenaan sendiri tidak dapat didakwah. Atau adakah pengarang-pengarang kita yang hebat-hebat itu bagaikan ketam cuba mengajar anaknya berjalan betul?

Sebagai akhbar yang ditatap sekalian ahli keluarga, karyawan akhbar sewajarnya memahami bahawa bahan yang disiarkan perlu sesuai untuk semua. Akhir-akhir ini, akhbar-akhbar kita terlalu mementingkan nilai komersial sehingga tidak mempedulikan sensitiviti pembacanya.

Akhbar-akhbar semakin berani melaporkan aksi sulit di atas ranjang, membicarakan perlakuan seks secara terbuka dan menyiarkan gambar-gambar keterlaluan.

Nampaknya editor-editor akhbar semakin tidak mempedulikan 'taboo' (pantang larang) dalam masyarakat apatah lagi yang menyalahi agama. Seolah-solah yang dipentingkan adalah jualan (sale) sehingga perhitungan lain diketepikan sama sekali.

Tahukah tuan puan editor, apa yang dibuat oleh remaja (mungkin anak-anak tuan puan sendiri) jika mereka terangsang dengan apa yang akhbar tuan puan siarkan? Jika mereka melakukan maksiat, tidakkah tuan puan rasa berdosa?

Tidak takutkah tuan puan apa yang menunggu tuan puan dalam kubur nanti? Tidakkah tuan tahu balasan perlakuan dosa orang yang dididik akan berterusan sekalipun tuan sudah berada ribuan tahun dalam kubur. Sama seperti saham mengajar orang berbuat baik, saham mengajar orang berbuat jahat akan tetap diterima secara berterusan?

Kepada pengarang-pengarang akhbar, di sini ingin saya menyatakan bahawa kadang-kadang saya terpaksa mengoyakkan muka surat tertentu dalam akhbar tuan puan sebelum saya membawa pulang akhbar berkenaan untuk tatapan anggota keluarga.

Insaflah wahai diri sendiri dan tuan puan kerana 'masa penentuan' itu tersangat dekat - lebih-lebih ramai sahabat kita dalam dunia persuratkhabaran meninggal dunia dalam usia 40-an. Jadi tunggu apa lagi?
Bertaubatlah!!!

JGN TAKUT BERKATE BENAR!!

Kemeros otan ekonomi dunia adalah masalah semua. Dalam menghadapi situasi ini, kebijaksanaan amat penting. Pemerintah dan rakyat perlu bergabung tenaga menghadapinya. Tidak bolehlah pemerintah (pemimpin) meminta rakyat mengubah gaya hidup termasuk berjimat cermat sedangkan dia, isteri dan keluarganya begitu boros berbelanja.


Pemerintah tidak boleh mengabaikan rakyat manakala rakyat juga perlu membuktikan sokongan kepada pemerintah yang berjiwa rakyat. Gabungan kedua-duanya, insya-Allah akan membolehkan negara menghadapi zaman sukar ini.

Persoalannya bagaimana mendapatkan kerjasama erat pemerintah-rakyat? Disebabkan cabaran manusia adalah sama sejak zaman berzaman, elok digali sejarah untuk dijadikan teladan dan sempadan. Di sini penulis mengetengahkan kisah bagaimana pemerintah Mesir, Malikul Muzafar menangani rakyat ketika dunia Islam menghadapi ancaman perang oleh tentera Mongol yang sudah pun memusnahkan Baghdad pada tahun 1253 Masihi.

Kisah Malikul Muzafar ini boleh diikuti dalam buku ‘Wahai Islamku!’ oleh Ali Muhammad Baktsir (dialih bahasa oleh Halimuddin SH) yang diterbitkan oleh Pustaka Nasional Pte Ltd Singapura.

Dalam menghadapi serangan tentera Mongol, penulis menukilkan: “ Pada suatu hari Malikul Muzafar (Quthaz) berfikir untuk mencari dana kewangan yang digunakan untuk pembiayaan Angkatan Bersenjatanya yang dapat diandalkan. Angkatan Bersenjata ini perlu diperbanyak jumlahnya, wajar dipersiapkan alat-alat persenjataannya yang lengkap. Untuk itu perlu mengumpulkan dana yang banyak dan gudang makanan wajar diisi dengan cukup dan padat untuk keperluan dan perlengkapan perang. Jika Baitulmal tidak cukup, hal ini berbahaya. Kerana itu baginda berfikir untuk memungut pajak daripada penduduk dan meminjam barang-barang daripada rakyat untuk dikumpulkan dalam gudang Baitulmal.

“Sultan segera mengadakan sidang, yang dihadiri oleh ulama-ulama, hakim-hakim, amir-amir, menteri-menteri dan orang-orang terkemuka dalam masyarakat. Dalam majlis ini hadir Syekh Abdus Salam. Di sini Sultan minta fatwa kepada ulama-ulama, apakah boleh diwajibkan kepada penduduk pajak harta benda mereka untuk perbelanjaan perang. Dalam hal ini ulama-ulama berasa takut mengeluarkan fatwanya. Kalau sekiranya mereka itu membolehkan, sudah barang tentu penduduk akan marah kepadanya. Dan sebaliknya kalau mereka itu melarang, maka Sultan pula yang akan marah. Sebab itu ulama-ulama ini saling menolak untuk dimintai fatwanya, dan sampailah kepada giliran Syekh Abdus Salam.

“Seluruh yang hadir diam, tidak seorang pun berani mengeluarkan suara. Dalam fatwanya itu beliau terang-terangan mewajibkan memungut harta amir-amir dan raja-raja dalam negara. Mereka ini disamakan dengan rakyat umum, baik dalam berpakaian mahu pun dalam membayar pajak terhadap negara. Sudah itu baru dipungut daripada rakyat umum, yang tadinya amir-amir ini tidak diperbolehkan sama sekali.

“Dalam hal ini Sultan berasa hairan, berasa bingung, mengambil harta daripada amir-amir ini sulit, tidak gampang seperti memungut daripada rakyat umum. Hal ini akan menyalakan api fitnah dalam negeri yang sulit memadaminya. Sebab itu Sultan mengutus seseorang kepada Syekh Abdus Salam untuk mengatakan bahawa sulit mengambil harta daripada amir-amir. Di samping Sultan menyarankan agar beliau berhati-hati dalam berfatwa. Memungut pajak daripada amir-amir ini akan menimbulkan risiko yang sulit untuk dipecahkan, malah belum dapat diramalkan bagaimana akibatnya nanti.

“Saranan ini ditolak oleh Syekh dengan mengatakan kepada utusan ini, “Aku tidak akan mencabut fatwaku ini untuk dipertimbangkan oleh Sultan.”

“Kata beliau selanjutnya, “Raja harus berlaku adil dan berfikir untuk kepentingan kaum Muslimin. Syekh ini bersetumpu pada pendiriannya itu, sehingga sekalian yang hadir dalam sidang itu memastikan bahawa beliau pasti akan ditangkap oleh Sultan.

“Kiranya sebaliknya yang terjadi. Mendengar pendirian tegas beliau ini, Sultan bercucuran air matanya. Lalu Sultan itu berdiri dari kerusinya datang kepada Syekh ini lalu diciumnya kepala gurunya ini seraya berkata, “Allah memberkahi kami dan juga tanah air kita Mesir yang tercinta ini. Islam betul-betul bangga dengan orang-orang yang seperti Tuan Syekh. Jangan takut mengatakan yang benar itu, sekalipun apa yang terjadi.”

Berikutan langkah Sultan yang berjiwa rakyat itu, kerjasama erat diberikan semua pihak untuk menghadapi tentera Mongol. Malah Sultan dan isterinya, Jalinar, turut sama ke medan perang. Dalam perang yang menentukan mati hidup empayar Islam itu, Jalinar terbunuh dan ketika saat hampir menghembuskan nafas terakhir di pangkuan suaminya, dia mengucapkan ‘Wahai Islamku, wahai Islamku’ (ertinya selamatkan Islam).

Sungguh terharu apabila membaca apa yang diungkapkan penulis: “…Sultan lalu duduk termenung di atas kasur, dan isterinya dicium sepuas-puasnya, air matanya bercucuran. Sayup-sayup terdengar suara Sultan, “Wahai isteriku, wahai kekasihku.” Ketika Sultan mengusap wajah isterinya ini, Jalinar membuka matanya dan menoleh kepada Sultan sambil berkata terputus-putus, “Wahai Islamku, wahai Islamku.”

“Jalinar tidak mengatakan wahai kekasihku, tapi wahai Islamku. Yang ikut menghadiri ketika rohnya keluar itu hanya dua orang iaitu dayang-dayang dan seorang doktor.

“Untuk yang terakhir Sultan mencium isterinya itu dengan air mata bercucuran, sudah itu dia bangkit dan ditinggalkannya isterinya itu dan dititipkan kepada dayang-dayang dan doktor yang merawatnya itu, dia keluar dari khemah lalu naik ke punggung kuda dan pergi ke medan pertempuran.”

Malikul Muzafar yang amat terkesan dengan kematian isterinya, begitu bersemangat di medan perang. Baginda dan angkatan Mesir akhirnya berjaya mengundurkan tentera Mongol. Inilah kemenangan penuh makna yang menyelamatkan umat Islam daripada dihancur-leburkan oleh tentera Haulako Khan yang bersemayam di Baghdad.

Sesetengah pihak menyamainya dengan perang pada zaman Nabi s.a.w. seperti Perang Qadisiyah dan Yarmuk. Perang ini dimenangi oleh tentera Muslimin kerana mereka berpegang kepada kebenaran. Semuanya, termasuk raja (pemerintah), isteri (golongan wanita), ulama dan rakyat takut kepada Allah SWT. Jika pemerintah menunjukkan teladan, insya-Allah, rakyat akan menyusulinya!

http://lanh14.blogspot.com/

Saper VINCENT TAN'S??

Boycott Vincent Tan's Berjaya Group/Genting.

He is responsible for giving Hee Yit Fongs defection. Boycott Vincent Tan's Entreprenaurial Empire for the sake of the people and for Islam !

Gaming & Lottery Management
*BERJAYA LAND BERHAD
BERJAYA SPORTS TOTO BERHAD
Sports Toto Malaysia Sdn Bhd
Berjaya Sports Toto (Cayman) Limited
Berjaya Lottery Mgt (HK) Limited
International Lottery & Totalizator Sys Inc, USA
*PRIME GAMING PHILIPPINES, INC
Philippines Gaming Mgmt.Corporation
Berjaya Intl Casino Mgt (Seychelles) Limited

Financial Services
BERJAYA CAPITAL BERHAD
Prime Credit Leasing Sdn Bhd
Berjaya Sompo Insurance Berhad (f.k.a Berjaya General Insurance Berhad)
Inter-Pacific Capital Sdn Bhd
Inter-Pacific Securities Sdn Bhd
Inter-Pacific Asset Management Sdn Bhd

Consumer Marketing, Direct Selliing & Retailing
COSWAY CORPORATION BERHAD
Singer (M) Sdn Bhd
Berjaya HVN Sdn Bhd (Selling children and educational DVD & CD)
Berjaya HVN (S) Pte Ltd
Direct Vision Sdn Bhd
Cosway (M) Sdn Bhd
Cosway (Thailand) Co. Ltd
eCosway.com Sdn Bhd
Cosway Value Club (Australia) Pty Ltd
Country Farms Sdn Bhd (Organic products)
Countryfarm Organics Sdn Bhd
Berjaya Books Sdn Bhd

Vacation Time-share, travel, hotel, resorts
BERJAYA GROUP BERHAD
BERJAYA HILLS BERHAD (f.k.a Bukit Tinggi Resort Berhad)
*BERJAYA LAND BERHAD
Avetani Sdn Bhd
INFORMATICS EDUCATION LTD, SINGAPORE
Berjaya Vacation Club Berhad
Berjaya Vacation Club (Cayman) Limited
Berjaya Eden Park Hotel, London, United Kingdom
Berjaya Vacation Club (UK) Limited
Berjaya Vacation Club (S) Pte Ltd
Berjaya Hotel Singapore
Berjaya International Casino Management (HK) Limited
Berjaya Redang Beach Resort Sdn Bhd
Berjaya Redang Golf & Spa Resort, Terengganu
Berjaya Redang Beach Resort, Terengganu
Berjaya Langkawi Beach Resort Sdn Bhd
Berjaya Langkawi Beach & Spa Resort, Kedah
Berjaya Beau Vallon Bay Beach Resort Ltd
Berjaya Beau Vallon Beach Resort & Casino, Seychelles
Anse Volbert Hotel Ltd
Berjaya Praslin Beach Resort, Seychelles
Berjaya Georgetown Hotel (Penang)Sdn Bhd - Berjaya Georgetown Hotel, Penang
Dian Kristal Sdn Bhd- Berjaya Times Square Hotel and Convention Center, KL

Recreation Development & Management
BERJAYA LAND BERHAD
Amat Muhibah Sdn Bhd
Desa WaterPark, Kuala Lumpur
Berjaya Vacation Club Berhad 99.25
Berjaya Air Sdn Bhd
KDE Recreation Berhad
Kelab Darul Ehsan
Indah Corporation Berhad
Bukit Banang Golf & Country Club, Batu Pahat
Staffield Country Resort Berhad
Staffield Country Resort, Negeri Sembilan
Bukit Kiara Resort Berhad
Bukit Kiara Equestrian & Country Resort, Kuala Lumpur
Berjaya Golf Resort Berhad
Bukit Jalil Golf & Country Resort, KL

Property Investment & Development
COSWAY CORPORATION BERHAD
Cosway (M) Sdn Bhd
Stephens Properties Sdn Bhd
Wisma Cosway, Kuala Lumpur
Berjaya City Sdn Bhd
Wangsa Tegap Sdn Bhd
Berjaya Central Park, KL
Bukit Pinang Leisure Sdn Bhd
*BERJAYA LAND BERHAD
Kota Raya Development Sdn Bhd
Kota Raya Complex, K.L.
Nural Enterprise Sdn Bhd
Plaza Berjaya, K.L.
Noble Circle (M) Sdn Bhd
KL Plaza, K.L.
Menara Berjaya, KL
Berjaya Land Development Sdn Bhd
Taman UPC, Ayer Hitam, Johor
Bandar Banang Jaya, Batu Pahat, Johor
Selat Makmur Sdn Bhd
Seputeh Heights, K.L.
Subang Heights, Subang Jaya, Selangor
Indra Ehsan Sdn Bhd
Taman Cemerlang, Gombak, Selangor
Sri Panglima Sdn Bhd
Taman Kinrara IV, Puchong, K.L.
Securiservices Sdn Bhd
Petaling Indah, Condominiums, K.L.
Klasik Mewah Sdn Bhd
Sri Indah Court, Johor Bahru, Johor
Cempaka Properties Sdn Bhd
Kuantan Perdana, Kuantan, Pahang
Berjaya Megamall, Kuantan, Pahang
Tiram Jaya Sdn Bhd
Sri Pelangi Apartments / Condominiums, K.L.
Pakar Angsana Sdn Bhd
Berjaya Park, Shah Alam, Selan


Thursday, May 7, 2009

Yer Dok Ning!!


SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK BABI

1. Minyak Masak LAM SOON ( Cap Helang & Buruh )
2. Ubat Pearl Cream Arche ( Thailand )
3.Ajinomoto ( Thailand )
4.Ais Krim Harga RM1.00 ke atas
5. Semua tauhu buatan Orang Cina >
6. Sabun LUX & Lotion Badan Buatan Malaysia , USA , & Thailand >
7. Sabun FAB berbuku >
8. Lobak Jeruk >
9. Mee & Kueteow basah ( buatan Cina) >
10. Krim Muka Hazeline Snow SENARAI BARANG YG MENGANDUNGI ( KULIT BABI, URI & BINATANG YANG TIDAK HALAL) >
11. Semua Jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi >
12. Pucuk , Kulit Popia, Fish Cake & Bebola Ikan buatan Orang Cina >
13. Daging Burger Import >
14. Sardin, Kari Ayam dlm tin & Yong Taufu buatan Orang Cina >
15. Kasut Bola Jenis ' Gold Cup' >
16. Berus Gigi Jenis ' Reach' >
17. Mee Kering ...utk keyakinn,sila siasat