Monday, May 11, 2009

PENINDASAN & KEZALIMAN TERHADAP UMAT ISLAM DI CHINA OLEH PEMERINTAH KOMUNIS CINA....DIMANA KEADILAN & PEMBELAAN??


Aktivis etnik Uighur terbit buku


WASHINGTON 10 Mei – Pada suatu hari semasa musim panas pada 1999 ketika Rebiya Kadeer sedang dalam perjalanan bertemu dengan penyelidik kongres dari Amerika Syarikat (AS), yang telah datang ke bandar Urumqi untuk menyiasat penderitaan yang dialami oleh etnik minoriti Uighur di China.

Bimbang diekori, Rebiya menaiki teksi sebelum sebuah kenderaan lebih besar meluru ke arah mereka, namun berjaya dielak oleh pemandu teksi itu, sebelum mereka melanggar kereta di belakang.

Tanpa mempedulikan mangsa yang cedera, kereta-kereta hitam mengepung teksi tersebut dan berapa pegawai keluar dengan senjata automatik dan dari situ bermulalah penderitaan Rebiya dipenjarakan selama enam tahun di dalam sel yang hanya seluas 2.5 meter persegi, dan menceritakan tahanan-tahanan wanita Uighur turut dibogelkan.

Ia dicatatkan dalam memoir Rebiya berjudul Dragon Fighter yang baru diterbitkan di AS, Britain dan beberapa negara yang menggunakan bahasa Inggeris oleh Kales Press, anak syarikat kepada W.W. Norton.

Buku itu menceritakan kehidupan dramatik seorang ibu kepada 11 anak yang juga usahawan runcit yang bertukar menjadi penentang etnik Uighur dan bertanding untuk Anugerah Keamanan Nobel.

Dia turut menceritakan tentang etnik berbahasa Turki dan beragama Islam yang menghadapi tekanan agama dan budaya, menurut laporan hak asasi manusia terbaru Jabatan Negara AS.

China membebaskan Rebiya pada 2005 menjelang lawatan Setiausaha Negara ketika itu, Condoleezza Rice.

Dia yang kini tinggal di Washington percaya Beijing menyesal kerana membebaskannya.

“Harapan saya adalah semua orang di dunia akan mengetahui situasi yang kami hadapi menerusi buku ini.

Kerajaan totalitarian China telah menghapuskan etnik Uighur secara sistematik sejak enam dekad lalu, jadi masyarakat antarabangsa tidak mengetahui keadaan kami,” kata Rebiya, 62, dari pejabatnya yang dikawal rapi. – AFP

No comments: